Anda Suka???

Wednesday, October 31, 2012

Drama Cinta Itu Milikku di TV3



Slot Akasia bakal menayangkan sebuah lagi siri drama, CINTA ITU MILIKKU bagi menggantikan JULIA.  Drama 26 episod yang ditukar tajuknya daripada Rindu Rania ini diarahkan oleh Pengarah Emi Suffian Sabhe.  Antara barisan pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah  Emma Maembong, Fazreen Rafi, Ana Dahlia, Erry Putra, Mustapha Kamal, Karl Shafek, Dato’ Aziz Singah, Sherry Merlis, Adik Putri Balqis, Ridzuan Hashim dan ramai lagi mulai 12 November 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00malam.  


Sinopsis
Mengisahkan tentang Rania (Emma Maembong) iaitu anak kedua daripada 3 orang adik beradik. Rania bercinta dengan Zafril (Fazren) tetapi bekas tunang Zafril, Dini (Ana Dahlia) tidak puas hati sebab Zafril putuskan tunang untuk berkahwin dengan Rania. Jadi Dini berdendam. Dini akan buat apa saja asalkan dapat balik Zafril. Jadi, Dini menggoda dan berkahwin dengan abang Rania, Ridzuan (Karl Shafek). Dini dan Ridzuan duduk serumah dengan Rania dan Zafril. Disitulah bermula segala konflik drama tersebut.
 
Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...