Anda Suka???

Saturday, February 26, 2011

Test IQ

Sebut warnanya dan bukan menyebutkan tulisannya. Otak kanan anda berusaha menyebut warnanya, tetapi otak kiri anda tetap membaca tulisannya. Cuba dan praktikkan, pasti anda akan terganggu oleh konflik otak kiri dan otak kanan anda.


 Cari 7 kuda dalam gambar ini
klik gmbr utk paparan lbh besar

Berapa gambar wajah dalam gambar di bawah ini:

sumber:wartapedia.com (klik gmbr utk paparan lbh besar)
Jika anda temukan :

0 – 5 wajah : anda idiot !
6 – 7 wajah : anda bodoh !
8 – 9 wajah : anda normal !
10 – 11 wajah : anda sangat normal !
12 – 13 wajah : anda genius !

Cari 11 wajah dalam gambar ini
(klik gmbr utk paparan lbh besar)



Wednesday, February 23, 2011

Atasi Tumit Pecah dan Merekah


Petua 1
Ambil sebiji betik muda atau yang hampir kuning.   Potong bahagian kepalanya hingga keluar getahnya.  Kemudian sapukan getah betik tadi pada tumit.  Amalkan selalu untuk mendapat kesan yang memuaskan.

Petua 2
Ambil beberapa keping asam gelugur dan dimasukkan ke dalam baldi yang berisi air suam.   Rendamkan kaki anda selama 1/2 jam.   Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

Petua 3
Gosokkan tumit kaki yang merekah pada permukaan simen yang kasar.  Lakukan beberapa kali dalam seminggu dan tumit kaki anda tidak akan nampak merekah lagi.  Namun, sewaktu menggosok tumit pada simen, janganlah terlalu kasar.   Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit.

Petua 4
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh.   Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut.  Amalkan sebelum mandi.


Sumber : petuanenek

Saturday, February 19, 2011

Ujian Stress

Hypnosis merupakan sebuah kaedah yang telah diakui di USA sejak tahun 1958, iaitu kaedah klinikal untuk mengatasi berbagai permasalahan emosional.  Beberapa Universiti di USA telah membuka program Diploma mahupun Doctoral di bidang Hypnosis. Inilah yang membezakan bahawa Hypnosis di negara maju telah menjadi sebuah bahan pembelajaran yang disusun berdasarkan hasil-hasil penyelidikan klinikal serta telah disempurnakan seiring dengan perkembangan zaman.
 
Oleh kerana itu, fenomena Hypnotism sebenarnya sama sekali tidak berhubungan dengan magik ataupun mistik, tetapi fenomena tersebut diteliti sebagai suatu keadaan seseorang dimana perhatiannya lebih terfokus dan fikiran bawah sedarnya (Sub-Concious Mind) bekerja lebih maksimal.
 
Berikut beberapa gambar yang boleh membuat pandangan kita terhipnotis dan seolah-olah berubah padahal gambar ini merupakan gambar statik atau tidak bergerak. 
Bentuk-bentuk gambar ini digunakan untuk menguji tahap stress yang boleh dikawal oleh seseorang..

Semakin perlahan pergerakan gambar yang dilihat, semakin baik kebolehan seseorang untuk mengawal stress. Bagaimanapun, kebanyakan dewasa yang agak berumur (senior citizen ) dan kanak2 melihat gambar-gambar tersebut statik (tidak bergerak).

 Sumber : Taman2syurga
 

Tuesday, February 15, 2011

Makanan Untuk Otak


Kita harus memilih makanan yang baik untuk daya ingatan dan ini dapat meningkatkan kekuatan otak serta sistem saraf kita. Banyak kajian yang menyatakan bahawa pemilihan makanan yang tepat dapat meningkatkan kekuatan otak hingga 50%. Di antara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan antara lain: · 
  • Bijirin dan kekacang (badam, walnut, kacang soya, kacang a’das, biji labu, kismis, habbatus sauda ) 
  • Sayur – sayuran (lobak merah, halia) 
  • Tumbuhan herba (ginkgo biloba) 
  • Air (air mineral, air zam zam, madu, susu, air soya, kopi ) 
  • Daging ayam 
  • Telur ayam
  • Vitamin B (Thiamine (B1), Niacin (B3), Pyridoxine (B6), Complex (B12) ) 
  • Ikan tuna 
  • Ulam-ulaman (pegaga, daun sadri, kemangi ) 
  • Buah-buahan (anggur hitam, kurma, buah delima, blue berry ) 
  • Roti 
  • Minyak (minyak ikan, minyak zaitun, minyak rosemary, minyak sage) 
Yang penting, makanan tersebut haruslah segar, baik, halal, seimbang, tiada bahan pengawet, tiada perasa tiruan serta tiada pewarna tiruan. Mari kita tingkatkan daya ingat kita, dengan memakan makanan yang baik.

 

Salam Maulidur Rasul

 


 Sumber : iluvislam (terima kasih tatkala bagi info nie)



Sunday, February 13, 2011

Cara Timbang Blog

Blog dinilai dari segi Size, Load Time dan Avarege Speed per KB. Apa yang perlu anda fokuskan adalah pada saiz kerana nilai terbaik untuk sesebuah blog adalah di bawah paras 100kb. Bagi Load Time dan Avarege per speed per KB pula, ianya bergantung pada kelajuan internet anda. Jika blog anda bersaiz lebih dari 100kb, cuba kurangkan beban pada blog anda.

Macamana nak check berat blog? Rasanya ramai dah tahu. Ini bagi yang tak tahu lagi. Sila ke iwebtool dan masukkan url blog anda kemudian klik check. Lepas tu akan keluar la maklumat berat blog anda. 
speed blog akak slps buang banyak widget....isk... nak buang yg mana lagi  ek???? sebenarnya syg semua ....
Boleh juga check berat blog anda di rapid searchmetrics. Tool kat sini akan memaparkan maklumat yang  lebih detail lagi berkaitan dengan coding yang diletakan dalam blog anda. Berat gambar pun akan diberitahu.  
paparan berat blog akak  secara detail 

Selamat menimbang..... try la...


 

Wednesday, February 9, 2011

Teknik Membuat Puding Karamel

Puding ini memang disukai oleh kanak-kanak sehingga ke orang dewasa. Ia juga boleh dikatakan agak mudah disediakan. Bahan-bahannya juga sangat mudah didapati di mana-mana. Rasanya yang enak lebih-lebih lagi jika dimakan sejuk membuatkan ramai yang tidak dapat menahan untuk menjamahnya.

Namun ada segelintir yang mengeluh apabila hasil yang dibuat tidak memuaskan. Alasannya gula yang dibuat berasa pahit kerana terhangus. 

Untuk membuat puding karamel atau krim karamel bukanlah sesusah yang disangka sebenarnya. Bahan-bahan asas membuat puding ini adalah telur, susu dan gula. Puding karamel yang asli hanya menggunakan esen vanilla untuk menambah rasa dan aromanya tetapi anda boleh mempelbagaikan rasanya dengan menambahkan perisa nescafe, pandan atau coklat. 

Teknik yang paling penting dalam membuat puding karamel adalah ketika anda membuat gula karamelnya. Jangan dibiar gula hangus terlalu lama di dalam periuk walaupun sudah diangkat dari api kerana ia akan terus hangus dengan kepanasan periuk. Bila gula menjadi terlalu hangus dan menjadi perang gelap, ia akan berasa pahit. Ini akan merosakkan rasa puding anda. Gula yang sudah menjadi perang sepenuhnya harus ditutup apinya dan serta merta tuangkannya di dalam loyang. Biarkan gula itu mengeras sebelum anda menuang adunan puding nanti. Gula yang sedang dicairkan hanya perlu dikacau sekali-sekala, jangan dikacau dengan terlalu kerap dan keterlaluan kerana ia akan merubah kristal gula dan mengganggu pencairan gula. Gunakan api yang sederhana agar gula dapat diperangkan dengan sekata dan terkawal. 
gambar drpd opie5662.blogspot.com
 Untuk membuat pudingnya pula sila pastikan ketika membancuh adunan puding jangan memukul susu, telur dan gula terlalu kuat. Memukul dengan kuat akan membentuk buih yang akan menyebabkan permukaan puding kasar dan berbintik-bintik. Tapis bancuhan ke dalam loyang yang mengandungi gula karamel tadi. Menapis dapat membuang chalazae (seakan-akan bentuk jeli putih) yang melekat di antara putih telur dan kuning telur. Ini penting untuk mendapatkan puding yang licin dan bersih. 

Ada dua cara membuat Puding Karamel. Ada jenis yang dibakar di dalam ketuhar dan yang dikukus. Jika hendak dibakar, acuan berisi puding hendaklah diletak di dalam bekas atau tin yang lebih besar. Air mendidih dimasukkan ke dalam tin tersebut. Dengan cara ini, puding akan masak dengan wap daripada air panas dan ketuhar sekaligus. Kebanyakan puding yang bertekstur halus dan lembut menggunakan teknik ini. 

Sementara puding jenis kukus mesti dikukus di atas api sederhana perlahan. Bahagian atas acuan perlu ditutup dengan kertas aluminium atau aluminium foil. Jangan ditutup ketat. Memadai dibentukkan seperti ‘bumbung’ dan diletak di atas acuan. Ini untuk mengelakkan wap pengukus menitis ke atas puding dan merosakkannya. 

Kenapa kadang kala bahagian gula hangus terpisah daripada pudingnya? Ini adalah kerana anda tidak terus menuangkan campuran telur ke atasnya. Jika anda menunggu lama, lapisan gula hangus mungkin mengeras. Inilah sebabnya bila anda terbalikkan puding yang sudah masak, lapisan gula hangus melekat di dalam acuan. 

Selain susu cair, susu segar atau susu UHT juga boleh digunakan. Sukatan air dan susu sama banyak. Jadi, anda hanya perlu gunakan tin susu yang sama untuk mengisi air. Jika anda inginkan warna puding yang lebih kuning, boleh ditambah sedikit pewarna kuning atau gantikan tepung jagung dengan tepung kastard.

Untuk mengetahui samada puding anda masak, cucuk bahagian tengahnya dengan hujung pisau tajam. Jika anda menarik keluar pisau, ia hendaklah kelihatan licin dan tidak melekat dengan adunan. Biar puding di dalam acuan hingga sejuk. Kemudian letak di dalam peti sejuk selama 2-3 jam barulah diterbalikkan ke dalam mangkuk. Jika anda mengukus di dalam bekas-bekas kecil, masa mengukus lebih pendek. Sajikan dengan buah-buahan, jika suka.
 


Monday, February 7, 2011

Rahsia Ais dan Air Sejuk

  • Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa. 
  • Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. 
  • Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
  • Liputan ais di Antartika (daerah kutub Selatan) dan Artik (daerah kutub utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
  • Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
  • Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. 
  • Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
  • Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
 
  • Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
  • Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi sawan.
  • Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. 
  • Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
  • Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
  • Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
  • Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
  • Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
  • Air sejuk akan menguatkan tulang bayi. 
  • Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
  • Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekut kristal yang paling keras iaitu intan. 
  • Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
  • Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang ingatan seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar yang mana dibuat air penawar melalui bacaan ayat-ayat al-Qur'an dan selawat dengan bacaan tiga kali atau tujuh kali.
  • Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang. 
  • Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
  • Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
  • Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
  • Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
  • Air kelapa muda bersifat sejuk amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadinya bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
  • Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia menguatkan perut.

Sumber : hmetro

Thursday, February 3, 2011

Maher Zain - Insya'Allah (versi Melayu)







Wednesday, February 2, 2011

Kerajaan Usaha Bawa Pulang Ke Malaysia Menggunakan Kapal @ Pesawat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing. 

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail. 

"Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir," katanya kepada Bernama di sini. 

Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5, iaitu sebuah kapal serbaguna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan. 

"Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita," katanya. 

Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia. 

"Mereka (MAS dan AirAsia) akan memaklumkan kepada saya esok mengenai kemungkinan menggunakan pesawat mereka untuk tugas ini," katanya. Beliau berkata kerajaan juga akan berusaha membawa pelajar-pelajar Malaysia ke Jeddah untuk ditempatkan sementara di pusat Tabung Haji di sana sehingga ada penerbangan pulang ke Malaysia. 

Bagaimanapun menurutnya ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu termasuk urusan visa pelajar berkenaan. 

"Kerajaan sedang berurusan dengan kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan kebenaran khas membawa para pelajar kit ke Jeddah," kata Najib. Perdana Menteri berkata kerajaan akan memberi maklumat lanjut mengenai perkara itu kepada pelajar dan ibu bapa esok. 

Sementara itu Kohilan yang berada di Kaherah ketika dihubungi Bernama hari ini berkata pesawat C-130 Charlie Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) juga akan digunakan bagi membawa keluar pelajar Malaysia di Mesir secara berperingkat ke negara jiran terdekat. 

Katanya Dewan Malaysia Abbasiyah, Rumah-Rumah Negeri di Kaherah, dan Rumah MARA di Iskandariah menjadi kawasan perlindungan selamat kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir. "Bagi memastikan keselamatan di sana (rumah perlindungan) serta keperluan harian mencukupi, kerajaan akan meningkatkan kawalan keselamatan serta menyalurkan dengan segera bekalan makanan serta keperluan yang lain," katanya. 

Terdahulu beliau dan Sahlan Ismail yang mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai Rumah Negeri dan wakil-wakil pelajar di Mesir, mendapati rata-rata pelajar Malaysia berada dalam keadaan terkawal dengan moral mereka tinggi. 

Sementara itu, Sahlan berkata pegawai kedutaan ditempatkan dengan segera di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk membantu pelajar dan warganegara Malaysia yang terkandas. "Kami hadapi masalah untuk berikan bantuan makanan dan minuman ekoran laluan di bandar dan lorong dikawal oleh penduduk Mesir yang berdemonstrasi, jadi tugas pegawai kedutaan adalah untuk menyediakan makanan, dan minuman di samping membantu dalam urusan tempahan tiket," katanya. Beliau berkata sehingga hari ini 150 pelajar dan rakyat Malaysia yang terkandas sejak Sabtu lepas berjaya pulang ke tanah air dengan pembiayaan sendiri menerusi Oman, Abu Dhabi dan Amsterdam. "Kami jumpa mereka di lapangan terbang dan beri kata-kata semangat sebelum mereka pulang, kami juga akan usahakan untuk (bawa pulang) yang lain," katanya. 

Sahlan berkata dalam masa yang sama rakyat Malaysia atau ibu bapa khususnya dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak perlu ke Mesir memandangkan amat sukar untuk mendapatkan penerbangan pulang, di samping kesesakan lapangan terbang dan perintah berkurung yang dikuatkuasakan. Beliau berkata kerajaan dan pejabat kedutaan akan terus menyalurkan maklumat mengenai perkembangan semasa kepada semua pelajar dan pegawai-pegawai Malaysia di Mesir serta kepada rakyat Malaysia.

-- BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...