Jambatan Banpo (Banpo Bridge) adalah jambatan utama di pusat bandar Seoul yang melalui Sungai Han, Korea Selatan, menghubungkan Seocho dan daerah Yongsan. Jambatan Banpo terletak di atas Jamsu Bridge, membentuk jambatan "dua tingkat". Apabila paras air naik terlalu tinggi, Jambatan Jamsu akan ditenggelami air dan ditutup. Apa yang menarik tentang jambatan ini adalah The Moonlight Rainbow Fountain, pancutan air terpanjang di dunia yang memasuki Guinness World Record. Lebih menarik kerana pancutan air itu mempunyai irama mengikut muzik yang dimainkan. Anda dapat menyaksikan warna-warni lampu menemani pancutan air yang menari bersama alunan muzik-muzik indah bermula jam 8 malam waktu tempatan.
Untuk mencantikkan pemandangan terutamanya pada waktu malam, hampir 10,000 LED dipasang di kedua-dua belah jambatan yang sepanjang 1140 meter itu. Fountain itu memancutkan 190 tan air per minit. Air dipam terus dari sungai itu sendiri dan secara berterusan dikitar semula. Jambatan tersebut mempunyai 38 pam air dan 380 muncung ke atas di kedua-dua sisi jambatan. Di bawah ini adalah gambar-gambar menarik dari jambatan tersebut
Sumber
No comments:
Post a Comment