Anda Suka???

Wednesday, September 28, 2011

Tahukah Anda??

1.  Semasa dilahirkan, kita ada 300 tulang dalam badan...tapi bila dah dewasa tinggal 206 tulang... sebabnya... kebanyakkan tulang² kita bergabung bersama dan menjadi SATU tulang..
 

2. Hampir semua lipstick mengandungi sisik ikan...

3. "The quick brown fox jumps over the lazy dog" menggunakan semua huruf dalam Bahasa Inggeris.


 4. Ikan YU satu-satunya ikan yang boleh *blink* kedua-dua mata

5. Epal, Kentang dan Bawang mempunyai rasa yang sama bila anda makan dengan hidung tertutup...rasanya MANIS..

  Sumber : Cari



Saturday, September 24, 2011

Vending Machine Emas Di Abu Dhabi

Mesin ini ialah ilham ahli perniagaan German, Thomas Geissler. Mesin "Gold To Go" ini pada awalnya diperkenalkan di German tetapi kurang mendapat sambutan. Encik Geissler berpendapat mesin ini adalah lebih sesuai diletakkan di negara yang ramai orang kaya.


Mesin Gold to Go yang juga disadur dengan emas ini boleh dijumpai di Emirates Palace. Sebuah hotel yang kerap menempatkan billionaire, putera raja dan orang kenamaan. 

Di hotel ini juga anda boleh memakan asikrim yang toppingnya ialah real gold flakes. 

Sumber : Cari

Saturday, September 17, 2011

Petua Merawat Kulit Kusam

Kulit wajah yang kusam akan menghilangkan seri wajah kerana kelihatan tidak bermaya dan tone warna yang tidak sekata. Wajah yang kusam akan kembali segar dengan mengamalkan penggunaan masker/scrub dari buah-buahan seperti betik, epal dan sebagainya. Ini kerana ia mempunyai kandungan zat mineral dan vitamin yang tinggi, baik untuk wajah bagi menganti sel-sel kulit yang mati. Antaranya ialah:

 Betik

Kisar sepotong betik yang telah dibuang biji dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Gaul ramuan sehingga sebati. Kemudian sapukan pada wajah dan biar kering selama 15-30 minit. Selepas itu, bersihkan wajah dengan air suam. 

Tomato
Belah sebiji tomato dan gosokkan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam. 

Mentimun
Potong mentimun secara nipis. Tampalkan pada keseluruhan muka dan dibiarkan selama 15-30 minit. Kemudian baru dibilas dengan air suam.


Epal
Kisar sebiji epal  yang telah dibuang pulur dan biji. Kemudian dicampur dengan 1 sudu makan madu. Gaul sehingga ramuan sebati dan barulah disapukan pada wajah. Biarkan selama 15-30 minit. Selepas itu bilas dengan air suam. 

Strawberry
Kisar 3 biji strawberry dan campurkan dengan 1 sudu makan madu. Sapukan pada wajah dan biarkan selama 15-30 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air suam. 

Karot
Kisar sebatang karot dan campurkan 1 sudu makan madu. Kemudian sapukan pada wajah dan dibiar selama 15-30 minit. Selepas itu barulah dibilas dengan air suam.


Sumber : Shida Risha

 
 

Anak Gorila Mandi Dalam Tab Mandi

 
MIDLANDS, Britain - Seekor anak gorila, Joe gemar mandi di dalam tab mandi seperti kanak-kanak, lapor sebuah akhbar kelmarin. Joe dimandikan dalam sebuah bilik mandi di Zoo Twycross, Leicestershire. Seterusnya, gorila itu bermain-main di sekitar tab mandi sebelum menuju ke arah tab lain dan cuba meminum air menerusi paip. 

Rakaman tersebut dibuat pada tahun 1967 dan disimpan dalam arkib video British Pathe tetapi ia ditayangkan kepada umum baru-baru ini. - Agensi 

Sumber : KOSMO

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...