Anda Suka???

Sunday, May 26, 2013

5 Bahan Untuk Bersihkan Toksin Dalam Hati


Bahagian hati mempunyai sangat banyak fungsinya kepada kesihatan kita. Hati akan membersihkan semua toksin yang ada dalam badan, sekaligus membolehkan semua sistem dalam badan kita berjalan dengan baiknya. Bahan-bahan dalam pemakanan kita, pencemaran dari luar serta kebergantungan yang tinggi terhadap ubat-ubatan juga sebenarnya hanya menyumbangkan lebih banyak kandungan toksin dalam badan.

Berikut adalah bagaimana untuk membersihkan hati anda...  
 
1. Air Lemon Suam
Air lemon suam merupakan bahan terbaik untuk nyahtoksin daripada badan, terutamanya di waktu pagi. Ini bukan jus lemon, jadi jangan tambahkan gula atau bahan-bahan lain. Pakar pemakanan mengakui bahawa hati menghasilkan lebih banyak enzim jika bertindakbalas dengan air lemon suam.


2. Bawang Putih
Banyakkan bawang putih dalam masakan dan makanan anda lepas ini. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh membantu mengaktifkan enzim dalam hati. Ianya juga mengandungi allicin dan selenium yang diakui baik untuk melindungi hati.


3. Avokado
Buah ini memang banyak fungsinya. Satu kajian di Jepun mendapati avokado mengandungi sebatian yang dapat melindungi hati daripada kerosakan. Jika dibandingkan dengan 21 jenis buah yang lain, avokado merupakan buah yang paling berpotensi tinggi untuk melindungi hati daripada "galactosamine", iaitu bahan toksin paling kuat dalam merosakkan fungsi hati. 


4. Cilantro / Coriander (Ketumbar)
Cilantro ataupun Coriander juga dikenali sebagai Chinese Parssley, dhania. Herba ini boleh ditambahkan dalam diet pemakanan seharian kerana ianya dapat menyingkirkan logam berat dalam badan, sekaligus meringankan tugas hati semasa kerja pembersihan hati.

5. Kunyit
Penambah rasa dalam makanan yang mempunyai banyak khasiat dan kunyit bukan sekadar melindungi hati daripada rosak, tetapi juga menggalakkan penghasilan sel-sel baru hati. Ianya juga dapat meningkatkan penghasilan hempedu semulajadi, dan membantu dalam memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan bebas dari toksin.

Pembersihan hati adalah penting, jadi jangan teragak-agak untuk menggabungkan pembersihan hati ini.  Jom....


Sumber


Wednesday, May 1, 2013

Sinopsis Drama Luluhnya Sebuah Ikrar TV9


Drama terbaru terbitan Double Vision Sdn. Bhd iaitu Luluhnya Sebuah Ikrar  menggantikan drama Kerana Lelaki Ini.  Luluhnya Sebuah Ikrar menceritakan mengenai Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang manis dan merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat.

Pada mulanya, niat Yati hanya mahu menumpukan pada latihan praktikal dan fokus dengan masa hadapannya.  Tetapi apabila Shahrul tidak henti menunjukkan kesunggahan untuk menawan hatinya, Yati jatuh cinta pada kelembutan dan karisma yang ditunjukkan Shahrul.

Shahrul telah diperkenalkan kepada kedua ibu bapa Yati dan mereka menyenangi Shahrul.  Apabila tiba giliran Shahrul untuk memperkenalkan Yati kepada keluarganya, kehadiran Yati langsung tidak disenangi. Kerana cinta, Shahrul tekad untuk mengahwini Yati walaupun tidak mendapat restu ibu bapanya.

Namun malang menimpa Yati apabila dia telah dirogol sebelum hari pernikahannya.  Adakah Shahrul masih setia dengan ikrar cintanya pada Yati? Jangan lupa untuk ikuti drama terbaru lakonan Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin dan Ruzana Ibrahim ini di slot Ratu setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam di TV9 mulai 6 Mei ini.


Sumber

Ajaibnya Air Mata Manusia


Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus air matanya kering? Justeru orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya.

Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.


Sumber : Cari


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...