Anda Suka???

Sunday, May 26, 2013

5 Bahan Untuk Bersihkan Toksin Dalam Hati


Bahagian hati mempunyai sangat banyak fungsinya kepada kesihatan kita. Hati akan membersihkan semua toksin yang ada dalam badan, sekaligus membolehkan semua sistem dalam badan kita berjalan dengan baiknya. Bahan-bahan dalam pemakanan kita, pencemaran dari luar serta kebergantungan yang tinggi terhadap ubat-ubatan juga sebenarnya hanya menyumbangkan lebih banyak kandungan toksin dalam badan.

Berikut adalah bagaimana untuk membersihkan hati anda...  
 
1. Air Lemon Suam
Air lemon suam merupakan bahan terbaik untuk nyahtoksin daripada badan, terutamanya di waktu pagi. Ini bukan jus lemon, jadi jangan tambahkan gula atau bahan-bahan lain. Pakar pemakanan mengakui bahawa hati menghasilkan lebih banyak enzim jika bertindakbalas dengan air lemon suam.


2. Bawang Putih
Banyakkan bawang putih dalam masakan dan makanan anda lepas ini. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh membantu mengaktifkan enzim dalam hati. Ianya juga mengandungi allicin dan selenium yang diakui baik untuk melindungi hati.


3. Avokado
Buah ini memang banyak fungsinya. Satu kajian di Jepun mendapati avokado mengandungi sebatian yang dapat melindungi hati daripada kerosakan. Jika dibandingkan dengan 21 jenis buah yang lain, avokado merupakan buah yang paling berpotensi tinggi untuk melindungi hati daripada "galactosamine", iaitu bahan toksin paling kuat dalam merosakkan fungsi hati. 


4. Cilantro / Coriander (Ketumbar)
Cilantro ataupun Coriander juga dikenali sebagai Chinese Parssley, dhania. Herba ini boleh ditambahkan dalam diet pemakanan seharian kerana ianya dapat menyingkirkan logam berat dalam badan, sekaligus meringankan tugas hati semasa kerja pembersihan hati.

5. Kunyit
Penambah rasa dalam makanan yang mempunyai banyak khasiat dan kunyit bukan sekadar melindungi hati daripada rosak, tetapi juga menggalakkan penghasilan sel-sel baru hati. Ianya juga dapat meningkatkan penghasilan hempedu semulajadi, dan membantu dalam memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan bebas dari toksin.

Pembersihan hati adalah penting, jadi jangan teragak-agak untuk menggabungkan pembersihan hati ini.  Jom....


Sumber


Wednesday, May 1, 2013

Sinopsis Drama Luluhnya Sebuah Ikrar TV9


Drama terbaru terbitan Double Vision Sdn. Bhd iaitu Luluhnya Sebuah Ikrar  menggantikan drama Kerana Lelaki Ini.  Luluhnya Sebuah Ikrar menceritakan mengenai Yati (Sara Ali), gadis manis yang baru memulakan latihan praktikal di sebuah firma guaman. Perwatakannya yang manis dan merendah diri namun tegas dengan pendiriannya telah membuatkan bakal pewaris syarikat itu, Shahrul (Ryzal Jaafar) terpikat.

Pada mulanya, niat Yati hanya mahu menumpukan pada latihan praktikal dan fokus dengan masa hadapannya.  Tetapi apabila Shahrul tidak henti menunjukkan kesunggahan untuk menawan hatinya, Yati jatuh cinta pada kelembutan dan karisma yang ditunjukkan Shahrul.

Shahrul telah diperkenalkan kepada kedua ibu bapa Yati dan mereka menyenangi Shahrul.  Apabila tiba giliran Shahrul untuk memperkenalkan Yati kepada keluarganya, kehadiran Yati langsung tidak disenangi. Kerana cinta, Shahrul tekad untuk mengahwini Yati walaupun tidak mendapat restu ibu bapanya.

Namun malang menimpa Yati apabila dia telah dirogol sebelum hari pernikahannya.  Adakah Shahrul masih setia dengan ikrar cintanya pada Yati? Jangan lupa untuk ikuti drama terbaru lakonan Sara Ali, Ryzal Jaafar, Zul Ariffin dan Ruzana Ibrahim ini di slot Ratu setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam di TV9 mulai 6 Mei ini.


Sumber

Ajaibnya Air Mata Manusia


Air Mata ternyata mempunyai beberapa fungsi yang sangat ajaib, jadi siapa kata orang yang menangis terus air matanya kering? Justeru orang yang menangis mempunyai beberapa kelebihan akibat dari kesan yang ditimbulkan air matanya.

Siapa kata menangis tak ada gunanya? Akibat dari menangis yang terlalu lama akan membuatkan mata menjadi merah dan bengkak. Tapi jangan salah, menangis dan mengeluarkan air mata ternyata jadi ubat ajaib yang berguna bagi kesihatan tubuh dan fikiran. Apa saja keajaiban air mata itu? Dapati fungsi air mata dan kesihatan mata anda. Dan menangislah kerana Allah Taala.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.


Sumber : Cari


Sunday, March 24, 2013

Punca Penyakit Batu Karang dan Penawar


Penyakit Batu karang terbentuk apabila perubahan berlaku pada kira-kira biasa air, garam, mineral, dan bahan-bahan lain yang ditemui dalam air kencing. Sebatian kimia lain yang boleh membentuk batu-batu dalam saluran kencing termasuk asid urik dan cystine asid amino. Dehidrasi melalui pengurangan pengambilan cecair dan senaman berat tanpa penggantian cecair yang mencukupi meningkatkan risiko batu karang. Sesetengah orang lebih cenderung untuk mendapatkan batu karang kerana keadaan perubatan atau sejarah keluarga, sebagai kecenderungan untuk membentuk batu buah pinggang juga boleh diwarisi. Jika orang lain dalam keluarga anda mempunyai mereka, anda mungkin perlu mereka juga.

Tanda Sakit Batu Karang atau Symptoms and signs of a kidney stone

Batu karang sering menyebabkan kesakitan semasa mereka berada dalam buah pinggang, tetapi ia boleh menyebabkan tiba-tiba, sakit teruk kerana mereka bergerak dari buah pinggang ke pundi kencing. Gejala dan tanda-tanda termasuk menyeksa, kekejangan sakit di bahagian belakang lebih rendah dan / atau sampingan, pangkal paha, atau abdomen serta darah dalam air kencing. Jika jangkitan hadir dalam saluran kencing bersama-sama dengan batu itu, mungkin ada demam dan menggigil. Seorang doktor perlu dipanggil dengan segera.

Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu meningkatkan kesihatan:
  • Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.
  • Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat. 
  • Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini. 
  • Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh. 
  • Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat. 
  • Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat. 
  • Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan. 
  • Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Penawar Batu Karang
Didihkan sebatang pokok matahari bersama akarnya. Biarkan sehingga airnya tinggal kira-kira satu gelas. Setelah sejuk, tapis dan minum seperti air teh dan ulangi sehingga beberapa hari.

Nanas Sembuh Penyakit Batu Karang
> Bagi pengidap batu karang, kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. atau cuba  Cari Sulur Nenas campur ngan gula batu, minum hari hari...sampai dah tak ada batu karang tersebut....

Lobak Putih
Minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2 kali. Jangan diamalkan hari-hari sebab air 1/2 lobak putih adalah tajam.

Epal Hijau, minyak zaitun
5 hari yang pertama, minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau pun boleh gak). Jus epal ni melembutkan batu karang.

Hari ke enam pulak , jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom (magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate buka bukaan pundi kencing. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini akan bertindak menjadi pelincir. Esok paginya, jangan terkejut kalau nampak batu hijau kat najis...biasanya terapung!...dan boleh dikira :). Jika tak ada batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.


Sumber



Friday, March 22, 2013

10 makanan yang boleh buat kita hepi

Bila sebut pasal makanan memang tak habis..tapi setiap makanan  mengandungi kesan sampingan tertentu melibatkan hormon dan emosi juga.  Jangan amalkan makan jeruk2 kerana ia mengandungi asid dan mempunyai kesan negatif dan memberi mood kita jadi lebih buruk.

Berikut senarai makanan yang boleh bagi kita hepi.

Sawi Putih
Sayur ini mengandungi banyak magnesium sejenis khasiat yang memberi kesan baik pada tenaga dalam tubuh manusia, dalam kajian 2009 dari Australian dan NZ Journal Psychiatry mendapati kekurangan magnesium dalam badan menyebabkan kesan tekanan stress dan kemurungan lebih tinggi.

Kentang Biru
Mengandungi kuasa aktioksiden dikenali anthocyannis.  Menyumbang kualiti perlindungan neoro tubuh kita, seperti mengurangkan tekanan otak disebut tekanan/depression dan baik untuk menambah daya ingatan memori (pelupa), penyakit thyroid, khususnya amat digalakkan memakan ubi ini dan lebih baik dimakan dengan kulit kerana kandungan zat yang tinggi ada pada kulitnya.


Kepah
Kepah mempunyai zat yg tinggi seperti vitamin B2, seleium, iodin, protin dan zinc. Kurang kalori serta lemak ia juga membantu menstabilkan mood dan berat badan. Vitamin B2 amat baik untuk membantu membaiki sel2 otak yg rosak dan menajamkan daya fikir kita. 

Ingatan: Pastikan memakan kepah yg diternak dari kepah liar kerana untuk kebaikan kesihatan serta alam sekitar juga. 

Coklat Hitam(dark chocolate) 
Mengandungi kebaikan dimana tidak terdapat pada coklat susu biasa. coklat gelap mampu membaiki edaran darah ke oatk dan memberi anjakan maksimum pada mood serta tumpuan kita, juga membantu anda merasa lebih bertenaga dan ceria. Namun jangan terlebih pula... kerana menurut kajian hanya sedikit sahaja diperlukan dari coklat tersebut bagi mendapatkan kebaikannya setiap hari.

Yogurt Greek
Kandungan kalsium dalam yogurt membantu mengeluarkan kegembiraan dari otak dan mampu mengurangkan berat badan anda...(tak byk pasal yogurt ni..)

Asparagus
Asparagus mengandungi kandungan folat dan trythopan. kekurangan folat dlm badan menyumbang depresi. trytofan juga memberi serotini kedalam otak serta memberi kesimbangan mood kita. ayam belanda juga mempunyai kandungan trythophan. sementara itu juga ia membantu bagi yang mempuyai masalah tidur..namun perlu kalori untuk mengaktifkan kuasa trytophan berfungsi.

Madu
Dalam kesihatan madu adalah jauh lebih baik dari gula biasa. madu mengandungi kaemperol dan quercetin yang mampu menahan depresi dan memastikan otak sentiasa sihat. ia tidak menghantar mesej 'fat-mode' dari otak ke tubuh anda seperti pengambilna gula biasa kerana madu tidak meberi kesan tinggi kandungan gula dalam darah anda.

Tomato Ceri
Semua tomato mengandungi kandungan lycopene iaitu antioksidan yang mampu menahan tekanan pada otak sercara amnya pada otak, untuk kesan yang lebih baik makanlah buah tomato ceri ini dengan minyak zaitun. mnyak zaitun menambah kuasa penyerapan lycopenen dalam badan.

 Telur Ayam Yang Segar
Telur ayam mengandungi banyak khasiat seperti zinc, vitamin B, iodin, omega-3 dan protin. Ia bukan sekadar memberi tenaga pada badan ia juga membantu perut anda berehat kerana kesan baik telur adalah ia membuat perut anda seperti kenyang lebih lama.  Menurut kajian orang yang mengambil telur semasa sarapan lebih kurang berat badan.

Kelapa aka Nyioq
Walapun kelapa dikaitkan sebagai penyumbang makanan tidak sihat dalam makanan terutama di asia, ia mengandungi khasiat triglydcerides sejenis khasiat lelemak yang baik seperti minyak yang mampu memberi mood yang baik pada otak.

Peringatan: Pati santan juga perlu diambil bersederhana kerana ianya amat tidak baik secara keseluruhan jika dimakan secara berlebihan.



Sumber  : Forum Cari


Wednesday, March 20, 2013

10 Perkara Yang Merosakkan Otak


  1. TIDAK MENGAMBIL SARAPAN PAGI
    Otak merupakan organ yang paling banyak menggunakan tenaga, iaitu sebanyak 25% daripada keperluan tenaga badan. Tidak mengambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dalam darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pada otak. Banyak sel-sel otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pada hari tersebut.

  2. TERLEBIH MAKAN
    Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan banyak darah dialirkan kepada perut dan usus untuk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yang sampai kepada otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus. 

  3. MEROKOK
    Asap rokok sangat merbahaya kerana mengandungi pelbagai racun dan boleh membunuh banyak sel-sel otak. 

  4. MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
    Gula yang berlebihan dalam badan boleh mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak yang sihat.

  5. MENGHIDU UDARA TERCEMAR
    Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakkan sel-sel otak. Berkawan dengan perokok juga mendedahkan kita kepada asap rokok yang sangat merbahaya kepada otak.

  6. TIDUR YANG BERLEBIHAN
    Tidur adalah baik untuk kesihatan otak kita. Namun tidur yang berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya fberfikir seseorang.

  7. TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA
    Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantai atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan banyak gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menybabkan otak kekurangan oksigen.

  8. KURANG BERIMAGINASI
    Berfikir merupakan satu cara yang baik untuk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.

  9. JARANG BERFIKIR
    Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita berkerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.

  10. TIDAK MEMBACA AL-QURAN
    Al-Quran merupakan kalimah-kalimah Allah s.w.t. Membacanya akan memberi banyak manfaat kepada badan kita termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya daripada rosak. Tidak membaca al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.

Sumber : FB - Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad



Sunday, March 3, 2013

7 minuman berkhasiat sebagai pengganti air masak

Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat. Minum lapan gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena penyakit. Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita pon jadi jemu.

Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Antaranya:

JUS OREN
Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh darah. Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih sedikit zat untuk melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat kandungan gula pun perlu diambil kira,jadi lebih baik minum jus tanpa gula.

TEH CHAMOMILE
Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).

JUS CRANBERRY
Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik

SUSU COKLAT
Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian. Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum. Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.

TEH HIJAU
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22% turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.

JUS TOMATO
Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.


TEH HITAM

Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.


Monday, February 25, 2013

Sinopsis Drama Kerana Lelaki Itu TV9

Drama terbitan Radios One Production arahan Ramli Long ini akan disiarkan dalam slot Ratu di TV9 menggantikan darama Dalam Setiap Sujudnya.   Para pelakon yang terlibat adalah Ana Dahlia, Fikhree Bakar, Riz Amin, Zarina Zainordin, Tunku Hanis, Siti Elizad, Noryati Taib dan Syafiq Kyle.

SINOPSIS
Drama yang penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan dua pasangan berkawan rapat iaitu Dr. Hanafi bersama pasangannya Diana, seorang peguam serta Syukri dan Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana.

Sementara itu, Syukri yang bercita-cita untuk menjadi pengarah, akhirnya berjaya menggapai impiannya untuk menerbit dramanya sendiri dengan bantuan isterinya Munirah. Sebagai isteri, dia tahu Syukri tidak dapat mencapai cita-citanya kerana kekurangan modal. Oleh itu, Munirah telah mencagarkan geran tanah peninggalan bapanya untuk dibuat sebagai modal. Namun, sebagai pengarah muda yang berjaya, Syukri mula digoda oleh Camelia, seorang pelakon baru dan juga adik kepada Dr. Hanafi. Walaupun Syukri cuba menepis godaan Camelia, namun, sebagai seorang lelaki, dia akhirnya mengalah. Hubungan mereka menjadi semakin intim sehinggalah menjadi kecurigaan kepada para media. 

Apakah kesudahan kepada rumahtangga kedua sahabat ini? Adakah peluang kedua bagi Dr. Hanafi dan Syukri untuk memujuk hati isteri mereka yang lara? Semuanya terjawab dalam slot Ratu, ‘Kerana Lelaki Itu’.


Sumber

8 Tip Sihat Awet Muda Mudah

Berdasarkan perkongsian dan perbincangan dengan beberapa individu yang masih kelihatan muda dan aktif di usia lewat 40an, cara hidup dan pemakanan yang betul merupakan asas yang sangat penting.

Ikutilah tip-tip berikut untuk terus kekal muda:

  1. Tidur - Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda.  Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 – 8 jam setiap hari.
  2. Bersenam - Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym.
  3. Buah-Buahan & Sayuran - Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Di samping khasiatnya yang sangat tinggi, jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.
  4. Minum Air - Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.
  5. Jangan Merokok - Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.
  6. Amalkan Pemakanan Seimbang - Amalkan pemakanan seimbang di dalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan. 
  7. Tangani Tekanan Dengan Bijak - Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi kesihatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.
  8. Berfikiran Positif - Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.

Sumber

Sunday, February 24, 2013

5 Petua Mudah Untuk Mata Menawan

Mata yang cantik mempesonakan pandangan. Mata yang letih, bengkak dan mempunyai eyebag adalah masalah yang sering menghantui wanita. Mata yang cantik dan bersinar bermula dengan penjagaan yang baik. Ikuti 5 petua mudah ini bagi mengembalikan daya penarik mata anda..^__^

Petua 1
Sama ada anda mengenakan solekan atau tidak, mata perlu dibersihkan setiap hari. Gunakan pembersih khusus kerana mata adalah antara bahagian yang agak sensitif berbanding bahagian wajah lain.

Petua 2
Minum air masak secukupnya bagi mengelakkan bahagian keliling mata daripada kering dan berkedut. Keadaan cuaca yang panas atau dingin penyaman udara boleh mempercepatkan mata menjadi berkedut. Namun elakkan minum air dua jam sebelum tidur bagi menghindari terjadinya eyebag.

Petua 3
Kaedah tradisional seperti meletakkan timun atau uncang teh yang telah dipakai pada mata boleh membantu mata untuk berehat selain menjimatkan kos. Menyapukan ais di keliling mata juga antara kaedah yang dapat membantu melancarkan perjalanan darah.

Petua 4
Lakukan senaman ringan dengan menggerakkan mata ke kanan, kiri, atas dan bawah dalam kiraan 5-12 saat bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata. Ia amat berkesan sekiranya anda melakukan tugasan sepanjang hari di hadapan komputer.

Petua 5
Ambil lobak merah dan timun. Kisarkan bersama susu dan air untuk menjadikannya jus. Amalkan meminum jus ini setiap hari.  InsyaAllah mata anda akan bersinar dan menawan.

Sumber

Wednesday, February 20, 2013

Kucing Paling Setia


Inilah Si Karim, Kucing Yang Setia Mencari Rumah Majikannya Hingga Menempuh 3.218 KM

Seekor kucing berjalan 3.218 kilometer untuk mencari majikannya setelah majikannya pindah rumah tanpa si kucing dari Uzbekistan ke Rusia. Dua tahun kemudian, kucing tersebut berjaya menemui rumah majikannya di Rusia.

Ravila Hairova, 52 tahun, memutuskan meninggalkan kucing hitam peliharaannya bernama Karim kepada jirannya di Gulistan, Uzbekistan. Keputusan tersebut diambil kerana Hairova bimbang perubahan tempat tinggal bakal membuat Karim tidak biasa dengan tempat baru.

Hairova pun meninggalkan kerusi kesayangan Karim dan piring makanan Karim agar Karim merasa selesa. Akan tetapi, dua tahun kemudian, Hairova menemui Karim di pintu rumahnya di Liska, Rusia.

“Saya tahu dia hilang dari rumah jiran saya beberapa hari setelah kami pergi dan itu sangat menyedihkan. Tetapi, setelah itu kami tidak pernah mendengar khabar mengenainya lagi,” ujar Hairova. “Lalu ketika saya berjalan di jalanan, saya melihat kucing yang sepertinya menunggu saya. Ketika saya menghampiri kucing tetsebut, ternyata kucing itu adalah Karim yang berada dalam keadaan kurus serta sedih. Tetapi itu memang benar dia,” ujar Hairova.

“Sekarang Karim sangat gembira, begitu juga dengan kami. Saya tidak tahu bagaimana ia menemui kami. Tetapi saya gembira ia berjaya menemui kami,” tambahnya.
Sumber

Tuesday, February 19, 2013

Kolam Renang Infiniti Di Singapura


Pada ketinggian 200 meter (55 tingkat) tiga menara hotel Marina Bay Sands yang terletak di Singapura ini mempunyai teres yang besar dalam gondola dengan kolam renang dan taman-taman hijau dengan jumlah keluasan 12400 meter persegi. Kolam utama terletak di teres terbuka dan mempunyai susur penghadang yg tidak kelihatan.  Oleh kerana itu kelihatan kesan air jatuh dari atas yang nampak hebat dan kesan ini dipanggil sebagai infiniti. Kolam renang seluas kira-kira 150 meter dan merupakan kolam renang terbesar yang dibina di peringkat ini. Hotel ini mempunyai 2500 bilik, pusat membeli-belah, dewan persidangan, dua teater, muzium dan mempunyai beberapa restoran. Kos pembinaan hotel $8 bilion (RM24 billion) dan ini merupakan resort berkembar yang paling mahal di dunia.

Sumber

Sunday, February 17, 2013

Oscar Kucing Berkaki Bionik

Seekor kucing mendapat dua kaki bionik selepas menjalani pembedahan pertama di dunia yang dapat mengubah masa depan yang mengalami kecacatan kaki.

Kucing tersebut yang diberi nama Oscar yang kehilangan kaki akibat tersepit di mesin penuai kini boleh berlari selepas pembedahan implan. Peralatan sokongan besi yang dimasukkan ke dalam buku lali Oscar itu membolehkan tulang dan kulitnya bercantum di sekitar besi berkenaan.

Tapak kaki palsu juga direka khas di bawahnya bagi melancarkan pergerakan Oscar. Oscar boleh berdiri sehari selepas dibedah doktor haiwan, Dr. Neol Fitzpatrick yang menelan belanja ₤50,000.

Empat bulan kemudian berat Oscar bertambah dan kini ia boleh berlari. Dr. Fitzpatrick memberitahu teknik yang diaplikasi itu dijangka dapat digunakan ke atas manusia.



Sumber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...