Anda Suka???

Friday, May 25, 2012

Bahaya Minum Air Berlebihan



Ramai yang beranggapan minum air dalam kuantiti yang lebih banyak adalah lebih baik untuk badan mereka. Namun, ramai juga yang tidak mengetahui kesan bahaya sekiranya seseorang itu minum air secara berlebihan dari keperluan badan mereka

Minum air terlalu banyak adalah merbahaya dan terbukti boleh membawa maut. Keadaan yang disebabkan minum air terlalu banyak dipanggil keracunan air (water intoxication). Kebanyakan orang selamat untuk minum 6-8 gelas air sehari, bukan semua. Minum terlalu banyak air dalam satu masa boleh mengurangkan elektrolit dalam badan seperti garam sodium.

Pengambilan air terlalu banyak dalam sesuatu masa yang menyebabkan kehilangan sodium dipanggil hyponatremia, yang mana boleh merosakkan sel disebabkan tekanan. Tanda-tanda tertentu muncul dengan pantas seperti loya dan muntah-muntah. Sakit kepala juga boleh berlaku apabila otak mula membengkak. Susulan daripada tanda-tanda tersebut termasuk sawan dan koma. Kes-kes yang tidak dirawat boleh menyebabkan kematian.


Apa sebenarnya berlaku apabila minum air melebihi keperluan? 

Minum air lebih daripada yang diperlukan meningkatkan jumlah isipadu darah. Peningkatan isipadu darah meningkatkan beban kerja pada jantung dan tekanan pada salur darah. Buah pinggang bekerja lebih untuk menapis air berlebihan. Sistem penapisan di buah pinggang melalui rerambut yang dipanggil glomeruli. Glomeruli boleh rosak disebabkan bekerja lebih. Buah pinggang akan cuba sedaya upaya untuk membuang air berlebihan. Air berlebihan dibuang bersama elektrolit.

Dalam masa sama badan berusaha untuk seimbangkan elektrolit dalam badan, di dalam darah dan sel-sel. Air akan meresap ke dalam sel-sel dan menyebabkan sel menjadi bengkak dan seterusnya pecah. Jika bengkak berlaku dalam otak, anda akan mengalami tekanan intrakranial dan seterusnya menyebabkan gejala-gejala seterusnya berlaku bermula dari sakit kepala.

Berapa banyak air yang diperlukan?

Jawapan kepada soalan ini sebenarnya bergantung kepada banyak faktor termasuk pemakanan, aktiviti harian, tahap kesihatan dan persekitaran. Mereka yang banyak makan makanan berair seperti sayur dan buah tidak memerlukan air yang banyak. Mereka yang bekerja berat memerlukan air yang lebih berbanding mereka yang bekerja di pejabat. Mereka yang duduk di kutub utara kurang memerlukan air berbanding yang duduk di gurun sahara.

6-8 gelas air sehari cuma satu rujukan purata. Tidak semestinya anda memerlukan sebanyak itu ataupun mungkin tidak cukup untuk seorang yang aktif bersenam dan sebagainya. Rasa dahaga tidak semestinya menunjukkan anda memerlukan air. Mungkin disebabkan mulut kering. Minumlah air apabila dirasakan perlu. Tidak ada kajian membuktikan minum air sebelum makan mengurangkan selera makan tetapi terdapat kajian menunjukkan minum air semasa makan atau makan berulam air boleh menyebabkan sistem penghadaman tidak efisien dan seterusnya menyebabkan makanan disimpan.

Tahukah anda bahawa jika anda minum air tetapi sentiasa kehausan, ada kemungkinan paras gula dalam darah anda tinggi. Dapatkan pemeriksaan segera.


Sumber : Zakikhan


Wednesday, May 23, 2012

Khasiat Biji Selasih



Biji selasih iaitu biji-biji kecil yang kelihatan seperti telur katak sering dicampurkan ke dalam minuman sejuk terutamanya laici kang dan juga beberapa minuman sejuk yang lain.  Adakah anda tahu, biji selasih sebenarnya juga mempunyai pelbagai khasiat untuk tubuh badan manusia.  Di antara khasiatnya adalah:

Wedang Nata De Coco
  1. Dapat mengurangkan panas badan.
  2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
  3. Merawat insomnia (penyakit susah utk tidur).
  4. Menenangkan fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
  5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
  6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
  7. Bagi wanita, zat coneole dantannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

 Sumber : Buku Nota Cempakamelati

Sunday, May 20, 2012

Apakah Koronari Arteri


Dikenali sebagai penyakit koronari arteri, ia merujuk kepada sekumpulan penyakit yang kesemuanya berkaitan dengan pembuluh darah yang membekalkan darah kepada jantung itu sendiri bagi membolehkannya mengepam darah.  Apabila deposit lemak terkumpul di dalam arteri, ia menjadi sempit dan darah yang mengalir melaluinya semakin berkurangan. Proses yang menyebabkan arteri ini menjadi sempit dinamakan aterosklerosis.

Pembuluh darah ini sama ada tersumbat dan menyebabkan serangan jantung yang boleh membawa risiko kematian lebih-lebih lagi jika tidak dirawat dengan segera, ataupun tersempit, yang mana selalunya menyebabkan sakit dada atau istilah perubatannya, angina.

Angina sering berlaku apabila jantung terpaksa bekerja lebih kuat daripada biasa misalnya ketika melakukan senaman ataupun terdapat gangguan emosi. Bahagian jantung yang arterinya sempit tidak mendapat oksigen secukupnya, akibatnya seseorang mengalami sakit dada.

Sementara itu, serangan jantung pula terjadi apabila arteri yang sempit tadi secara tiba-tiba menjadi tersumbat sepenuhnya oleh darah beku.  Otot-otot jantung yang mendapat bekalan darah daripada arteri yang tersumbat itu tidak mendapat oksigen dan sekiranya aliran darah tidak dipulihkan dengan kadar segera, ia boleh menyebabkan kerosakan kekal.

Perlu diingatkan, penyakit jantung yang dahulunya merupakan penyakit yang hanya terdengar di negara barat ataupun negara maju, sekarang ini sudah endemik dan menjadi masalah di mana sahaja. Ia telah membunuh ramai penduduk yang rata-ratanya masih berkemampuan untuk menyumbang kepada pertumbuhan negara dan juga mereka yang menjadi pencari rezeki untuk keluarga.

Terdapat juga pesakit yang mengalami beberapa serangan jantung pada masa lepas tanpa mereka sedari sama ada disebabkan oleh masalah kencing manis ataupun risiko-risiko jantung yang lain, yang tidak pernah dirujuk kepada doktor sebelumnya, termasuklah kolesterol tinggi. Lazimnya, disebabkan oleh serangan bertubi-tubi secara senyap ini, pesakit akan mendapat komplikasi serius. Ini sama ada melibatkan kerosakan sebahagian atau keseluruhan dinding jantung ataupun kerosakan injap. Akibatnya pesakit akan menghidap lemah jantung dan kerap kali akan memerlukan rawatan hospital disebabkan masalah paru-paru berair.

Simptom yang perlu dikhuatiri
  •  Sakit dada ( apabila sakit dada "dada terasa berat, data tertekan" ataupun sakit dada yang dirasakan beralih ke tangan dan kadang-kadang ke rahang mulut. Mungkin berlaku secara tiba-tiba ataupun semasa atau selepas senaman kecil dan selepas melakukan aktiviti yang menggunakan lebih tenaga. Perlu diberikan perhatian lebih adalah apabila sakit itu berterusan lebih dari 20 minit ke setengah jam atau intensiti semakin meningkat, lebih-lebih lagi jika disertakan dengan rasa pening, loya atau berpeluh secara tiba-tiba.
Siapakah yang berisiko menghidap penyakit ini?
  • Gaya hidup seseorang seperti merokok (sama ada aktif merokok atau pasif, iaitu menghidu asap rokok orang lain), kencing manis, kolesterol tinggi (lemak dalam darah), darah tinggi, berat badan yang berlebihan dan kurang bersenam.
  • Seseorang yang mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidap sakit jantung dalam usia yang muda juga berkemungkinan mengalami risiko yang sama.

Diagnosis

Apabila doktor mengesyaki anda menghidap penyakit jantung, selepas mengambil maklumat secara lisan daripada anda, doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal.  Berdasarkan kepada maklumat awal ini, pemeriksaan seterusnya melibatkan:
  • Ujian darah
  • Bacaan elektrikal jantung (elektrokardiogram) atau singkatannya ECG dan 
  • Ujian senaman ECG.
Di atas pertimbangan doktor, selalunya prosedur penyiasatan yang penting iaitu angiogram koronari, sejenis sinar X pembuluh darah jantung akan dilakukan untuk melihat sama ada ia sempit atau tersumbat.   Satu tiub panjang dan halus akan dimasukkan ke dalam arteri sama ada di pangkal paha atau lengan anda menggunakan pembiusan setempat. Pesakit perlu sedar sepanjang ujian tersebut dijalankan untuk mengikuti arahan doktor.

Anda mungkin biasa mendengar orang menyebut pengkateteran jantung.  Ia dirujuk sedemikian mengambil sempena tiub tersebut yang turut dikenali sebagai kateter.  Kateter digerakkan melalui pembuluh darah utama tubuh ke aorta dan ke punca arteri koronari jantung. Pergerakan ini dilihat menerusi gambar sinar X yang dipamerkan pada skrin televisyen.  Apabila kateter sampai ke bahagian yang dikenal pasti, sedikit pewarna akan disuntik ke dalamnya dan gambaran sinar X diambil mengikut pewarna yang bergerak melalui arteri koronari.  Kebanyakan pesakit tidak akan berasa sakit sepanjang prosedur ini yang biasanya mengambil masa di antara 30 hingga 40 minit.


Apakah rawatan yang boleh didapati?

Apabila seseorang itu disahkan menghidap sakit jantung koronari ataupun dilabelkan berisiko tinggi, sebagai permulaan, ubat-ubatan akan diberi.  Ubat-ubatan selalunya merangkumi antiplatelet untuk mencairkan darah, beta-blocker untuk mengawal rentak jantung dan ubat kawal kolesterol. Jika menghidap kencing manis dan darah tinggi, ubat yang bersesuaian juga akan diberikan.

Jika mengadu sakit dada, pesakit akan dinasihati supaya mengambil sejenis ubat yang diletakkan di bawah lidah, yang mampu melegakan sakit dalam beberapa minit. Walau bagaimanapun, jika sakit berterusan, pesakit disarankan berjumpa doktor terdekat dengan seberapa segera.  Satu rawatan yang menjadi kelaziman di kalangan pakar jantung ketika ini adalah rawatan angioplasti belon dan stent (sejenis rerelung dawai logam), yang dijalankan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada prosedur penyiasatan angiogram koronari yang sama ada dilakukan terdahulu pada waktu yang berasingan ataupun serentak.

Saluran sempit atau tersumbat itu dirawat dengan belon khas dan diikuti dengan stent, untuk memastikan saluran darah itu terbuka luas untuk membawa nutrien dan oksigen ke bahagian jantung yang berkenaan.  Jika saluran pembuluh darah itu tidak sesuai dirawat dengan angioplasti, selalunya jika melibatkan banyak tempat ataupun saluran yang kritikal, pembedahan pintasan koronari akan disarankan. Ini selalunya adalah hasil dari perbincangan lanjut antara pakar jantung dan pakar bedah jantung.

Cara-cara untuk mengurangkan risiko
  •  Perokok mesti berhenti daripada meneruskan tabiat yang tidak berfaedah itu.
  • Berat badan mesti dikawal supaya tidak berlebihan.  Pemakanan sepatutnya bercirikan kesihatan iaitu yang kurang lemak, kurang manis, kurang masin dan berpatutan dari segi sukatannya.

  • Pesakit yang menghidap kencing manis semestinya perlu mengikut nasihat doktor, dan mengamalkan pemakanan yang tidak berasaskan gula atau karbohidrat yang terlalu tinggi.

  • Bersenam memang sudah diketahui akan menyihatkan badan, apatah lagi menjauhi seseorang dari gejala penyakit jantung koronari.
Sememangnya seseorang itu tidak dapat mengubah nasib keluarga yang berisiko tinggi ataupun genetik/keturunan penghidap penyakit ini tetapi amalan cara hidup sihat telah terbukti dapat menjauhi kita dari gejala-gejala penyakit yang amat berbahaya ini.

Artikel ini daripada:
DR. NOORFAIZAN SAAIDIN (20 September 2007)
(Pensyarah dan Pakar Perunding Kardiologi 
Unit Kardiologi, Jabatan Perubatan Hospital
Universiti Kebangsaa Malaysia)
 

Saturday, May 19, 2012

Litla Dimun Pulau Yang Bertopikan Awan


Litla Dimun adalah sebuah pulau kecil antara pulau Suouroy dan Stora Dimun di Kepulauan Faroe. Pulau ini adalah yang terkecil dari 18 pulau utama, dengan luas kurang dari 100 hektar dan merupakan satu-satunya pulau yang tidak berpenghuni.

Salah satu pemandangan yang paling menarik dari pulau ini adalah pulau ini sering dilitupi awan secara tetap. Jenis awannya dikenali sebagai awan lenticular, disebut demikian kerana berbentuk seperti lensa. Awan lenticular selalu dalam keadaan tetap. Ketika terbentuk biasanya berada di puncak gunung atau pulau-pulau dan ia tampak seperti memakai topi.


Sumer: cari

Friday, May 18, 2012

Sinopsis Drama Ameera (Slot Samarinda)


Drama baru dalam slot Samarinda bertajuk Ameera akan datang 23 Mei ini arahan Murali Abdullah menggantikan drama Mahabbah yang bakal berakhir.  Ameera dilakonkan oleh Rita Rudaini, Syamsul Yusof, Zarina Af, JAsmin Hamid, Faizal Hussein, Hairi anak wayang dan Sabrina Ali akan bersiaran pada pukul 10.30 mlm Selasa - Rabu dan pukul 9.30 mlm pada hari Khamis di TV3.


Mengunakan tagline "DEMI ZURIAT sebuah PERJANJIAN TERMETERAI" drama Ameera ini mengisahkan sebuah perjanjian untuk mendapatkan zuriat. Rita Rudaini melakonkan watak seorang isteri yang tidak ada anak, tetapi mengupah seorang wanita lakonan Zarina Af untuk mengandungkan anak dari zuriat suaminya (lakonan Syamsul Yusof). Kemudian wanita tu diceraikan dengan upah RM360 ribu.

Tentunya cerita ni banyak konflik, berkisar tentang pengorbanan, penipuan, tamak haloba. Ada aksi lawan sikit, nampak Faizal Hussein bawa watak hitam gangster jadi bapak ayam dalam drama nie.





Sumber:  nurizspace 

Thursday, May 17, 2012

Gerhana Matahari Anulus 20 Mei 2012

Imej ini diambil dari kapal angkasa Hinode milik Jepun ketika kejadian
Gerhana Matahari Anulus yang berlaku pada 4 Januari 2011.

Satu gerhana Matahari Anulus (gerhana matahari cincin) akan berlaku pada 20 Mei 2012 ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur), akan menyebabkan 94% permukaan matahari dilindungi oleh bulan dengan magnitud 0.9439. 

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari dan melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari dari pencerap yang berada di bumi. Gerhana Matahari  Anulus berlaku apabila diameter ketara bulan adalah lebih kecil daripada cakera matahari, menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin), dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari. Satu gerhana anulus mungkin kelihatan seperti gerhana matahari separa di sebuah rantau yang berjarak beribu-ribu kilometer luasnya.

Fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun , dan bahagian barat Amerika Syarikat dan Kanada. Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque adalah di laluan pusat. Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh 5 minit dan 46.3 saat , dan akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.

Di Malaysia, hanya negeri -negeri yang berada di Malaysia Barat sahaja yang berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa. Ia hanya dapat dilihat dari Sabah, Sarawak, Brunei dan sebahagian Indonesia. Itupun kita tidak akan dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa ini kerana ia dijadualkan akan berlaku ketika matahari sedang terbit pada 21 Mei 2012.

Secara ringkasnya, jika anda berada di bandar-bandar di bawah, Gerhana Matahari Separa sedang berlaku KETIKA Matahari terbit di Timur. Namun, waktu tamatnya berbeza-beza sedikit berdasarkan lokasinya. 

Kuching. Gerhana TAMAT lebih kurang 16 minit SELEPAS terbit matahari.
Bintulu: Gerhana TAMAT lebih kurang 30 minit SELEPAS terbit matahari
Miri: Gerhana TAMAT  lebih kurang 37 minit SELEPAS terbit matahari
Kota Kinabalu : Gerhana TAMAT  lebih kurang 50 minit SELEPAS terbit matahari
Sandakan: Gerhana TAMAT lebih kurang 1 jam SELEPAS terbit matahari

Kiraan waktu gerhana :   SINI

Kiraan waktu terbit matahari:  SINI



Jangan sekali-kali pandang ke arah matahari tanpa penapis yang sesuai.   Cahaya matahari berbahaya dan boleh membutakan mata anda...




Sumber: Angkasa Malaysia dan Falak Online

Monday, May 14, 2012

Alahan Kepada Haruman


Punca sebenar alahan kepada haruman masih tidak diketahui. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja daripada semua peringkat umur. Namun biasanya ia lebih kerap berlaku kepada wanita yang lebih banyak terdedah kepada haruman berikutan penggunaan alat solek dan dandanan diri berbanding lelaki.

Dermatitis sentuhan adalah alahan kosmetik yang paling biasa dialami wanita. Ramai yang mendapat ruam atau rasa gatal di tempat yang kerap disapu kosmetik. Alahan haruman pula biasanya menyebabkan munculnya ruam pada muka, leher atau belakang telinga,

 Tanda-tanda alahan:
  1. Bersin apabila tercium bau minyak wangi yang dipakai rakan sepejabat dan dalam masa beberapa minit, anda mula sakit kepala.
  2. Apabila membuka sabun cecair dan terkena pada tangan, tangan anda mula ditumbuhi ruam dan rasa gatal.
  3. Bersin apabila tercium bau harum daripada lilin aromaterapi.
  4. Apabila membuka majalah yang ada iklan minyak wangi dengan haruman, mata berair dan anda bersin berulang kali.
Gejala alahan haruman: 
  1. Sakit kepala
  2. Sesak nafas
  3. Bersin
  4. Pernafasan berbunyi kasar dan kuat
  5. Dada terasa ketat
  6. Gejala asma bertambah teruk
  7. Hidung berair atau tersumbat
  8. Kulit naik ruam, gatal dan merah (bagi individu yang ada masalah alahan kulit)

 Panduan Atasi Masalah Alahan
  1. Pilih produk yang tidak mengandungi haruman atau mempunyai perkataan hipoalergenik.
  2. Menjauhi orang yang memakai haruman yang boleh menganggu anda.
  3. Jika anda mengesyaki mengalami alahan haruman, hentikan pengunaan produk berkenaan selama 2 minggu. Biasanya kesan alahan akan hilang dalam masa dua mingu.
  4. Pasang kipas mudah alih yang kecil di meja anda. Kipas kecil ini boleh menggerakkan udara dalam pejabat, sekurang-kurangnya di sekitar anda. Ia juga cara yang baik untuk menyahkan bau dengan cepat.
  5. Jika anda berani beritahu si pemakai minyak wangi tentang alahan anda.
  
Sumber:  kesihatanmalaysia

Thursday, May 10, 2012

Punca Utama Batuk Berterusan

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. 'Membatuk' membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

Batuk Tanpa Henti? 8 Punca Yang Mungkin

Anda sudah berminggu-minggu batuk. Bagaimanakah untuk anda tahu adakah ia hanya selsema biasa yag sukar untuk sembuh atau suatu yang lebih serius?

Hanya doktor sahaja boleh memastikan apakah sebab di sebalik batuk anda. Beberapa keadaan mungkin boleh dijadikan dalangnya, seperti lelah asma; sindrom batuk laluan udara atas (UACS); penyakit refluks gastroesofagus (GERD); dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), satu penyakit serius, progresif yang merangkumi kedua-dua emfisema dan bronkitis.

 1.  Asma dan Alergi
Asma adalah satu penyakit paru-paru kronik di mana laluan udara dalam paru-paru cenderung kepada keradangan dan bengkak. Ianya hadir bersama dengan sesak dada, kependekan nafas dan batuk ialah simptom biasa asma, yang mana ia cenderung untuk menjadi lebih teruk pada waktu malam atau awal pagi. Bila tanda-tanda lelah datang secara tiba-tiba, ia dikenali sebagai serangan asma.
Orang yang tanpa asma pun, apabila tersedut debunga, debu, bulu binatang, dan bahan bawaan udara lain yang merengsakan boleh mencetuskan alergi rinitis, satu tindak balas alergi yang boleh menyebabkan batuk, bersama dengan gejala-gejala seperti hidung tersumbat dan bersin.
2.  COPD (Sekatan Pulmonari Kronik)
COPD berlaku apabila laluan udara dan alveolus udara dalam paru-paru menjadi radang atau rosak, paling kerap adalah disebabkan merokok, dan lebih biasa selepas berumur 45 tahun. Dalam COPD, paru-paru menghasilkan mukus berlebihan, yang mana refleks tubuh untuk cuba membersihkannya dengan batuk. Kerosakan tisu berkait COPD boleh membuat anda berasa semput.
Doktor anda boleh memeriksa anda untuk COPD (terutama jika anda merokok), selepas menolak ke tepi sebab biasa batuk yang lain. Untuk menentukan adakah anda mempunyai COPD, doktor anda adalah mungkin menjalankan beberapa ujian, termasuk spirometri, yang melibatkan anda menarik nafas sedalam boleh lalu menghembuskan ke dalam satu tiub.
3.  Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)
GERD ialah penyakit perut dan kerongkong yang berlaku apabila asid perut terluah ke dalam kerongkong disebabkan injap yang lemah.

Gejala-gejala utama? Pedih ulu hati. Tetapi batuk ialah satu lagi gejala biasa GERD, bersama dengan sakit dada dan dehitan. Malah, GERD adalah punca yang agak biasa dan tidak disedari bagi batuk kronik.
 4.  Jangkitan Salur Pernafasan
Gejala-gejala paling biasa selsema dan demam dan jangkitan-jangkitan saluran pernafasan lain. Batuk teruk boleh berpanjangan lebih daripada gejala-gejala lain (seperti hidung tersumbat dan demam), mungkin kerana laluan-laluan udara dalam paru-paru anda masih berada dalam keadaan sensitif dan radang. Bila ini berlaku, ia dipanggil sindrom batuk laluan udara atas kronik.

Satu lagi jangkitan saluran pernafasan yang lebih serius ialah pneumonia, yang boleh disebabkan oleh bakteria atau virus. Batuk sering mengeluarkan mukus atau kahak kehijau-hijauan atau keperangan, iaitu satu daripada gejala-gejala biasa penyakit tersebut, bersama dengan demam, menggigil, sakit dada, rasa lemah, keletihan dan loya.
5.  Pencemaran Udara
Pelbagai bahan pencemar dan merengsakan dalam udara boleh menyebabkan batuk berpanjangan. Walaupun pendedahan jangka pendek kepada asap (seperti ekzos diesel), ia boleh mengakibatkan batuk, kahak, dan gangguan paru-paru. Asap boleh juga memburukkan lagi alahan dan asma.

Sama juga, spora kulapuk yang didapati di dalam dan di sekitar rumah boleh menyebabkan batuk apabila disedut. Perkara ini pernah berlaku secara besar-besaran di New Orlean ekoran daripada ribut Katrina, apabila aduan batuk berpanjangan berlaku selepas rebut itu. Batuk Katrina dipercayai berpunca dari kulapuk disebabkan oleh banjir, serta oleh cuaca kering dan debut pembinaan yang sentiasa ada di bandar raya itu.
6.  Bronkitis Akut
Jika anda sedang pulih dari selsema dan tiba-tiba mendapat batuk berkahak, anda mungkin mengalami bronkitis akut, suatu keadaan di mana laluan dalam paru-paru anda telah dijangkiti kuman dan meradang. Selain daripada batuk-batuk dan sesak dada, bronkitis boleh menyebabkan demam, rasa kesejukan, sakit, sakit tekak dan gejala-gejala seperti selsema lain. Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam beberapa hari, tetapi batuk boleh bertahan selama berminggu-minggu lamanya.

Jika batuk anda tidak hilang, atau jika anda sering mendapat bronkitis akut, ia mungkin satu tanda bronkitis kronik. Bronkitis kronik ialah satu keadaan serius di mana paru-paru menghasilkan mukus berlebihan disebabkan perengsaan berterusan , dan dianggap satu bentuk COPD. 
7.  Ubat Perencat ACE
Perencat ACE ialah sejenis rawatan perubatan biasa merawat tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung. Kira-kira 1 dari 5 orang yang ambil ubat ini mendapat batuk kering. Bagi sesetengah orang, batuk itu boleh berlaku selama berminggu-minggu selepas mereka menghentikan pengambilan ubat; wanita, orang Afrika Amerika dan orang Asia lebih risiko untuk mendapat batuk kerana ubat perencat ACE berbanding bangsa lain.

Anda tidak harus berhenti mengambil ubat yang ditentukan doktor tanpa berunding dengan doktor anda, dan perencat ACE adalah ubat yang penting untuk merendahkan tekanan darah (satu lebih keadaan yang lebih serius daripada satu batuk.) Rundinglah dengan doktor anda jika anda fikir batuk anda ialah berkaitan dengan ubat-ubatan.

 8.  Punca Batuk: Batuk Kokol
Batuk kokol (atau pertusis) adalah satu penyakit bakteria dengan gejala-gejala demam sedikit, hidung berhingus, dan, paling ketara, batuk teruk yang boleh membuatkan pernafasan sukar. Sedutan udara ke dalam paru-paru antara batuk-batuk menghasilkan satu bunyi kokol nyaring yang tersendiri. Selepas melalui peringkat awal, ramai orang yang reda demam, tetapi batuk kronik yang datang bersama batuk kokol boleh kekal untuk beberapa minggu.

Sumber : e-kesihatan



Friday, May 4, 2012

Antara Lokasi Paling Misteri Di Bumi


Pulau Yang Boleh Menghilng

Pulau ini sungguh aneh. Cerita-cerita misteri tanpa dapat dijelaskan secara pasti.Yang anehnya lagi, tidak semua orang boleh terjumpa pulau ini. Cerita ini adalah kisah pengembara yang datang dari laut. Pada tahun 1707, seorang kapten kapal asal Inggris, Andean Julius menemukan pulau ini, Namun anehnya, ia hampir tidak dapat mencapai daratan pulau ini. Tapi ia berpendapat pulau ini memang ada bukan ilusi optik belaka kerana ianya memang terdapat di dalam peta sebagai pulau.

Anehnya lagi, 200 tahun kemudian ketika laksamana Makaluofu dan kumpulan ekspedisi yang sedang berlayar ke Kutub Utara menggunakan kapal pemecah ais, cuba menemukan pulau yang berada di peta itu, namun tidak menemukannya. Tahun 1925, seorang navigator, Woershi, berjaya menjumpai pulau ini bahkan ia hafal kondisi pulau ini. Anehnya, lagi kumpulan ekspedisi yang terdiri dari para ilmuwan yang sengaja mendatangi pulau ini pada tahun 1928, gagal menemukan pulau ini. Sampai kini pulau itu tetap menjadi misteri yang tak terpecahkan. Seolah-olah pulau itu hanya boleh dilihat ketika ia ingin memperlihatkan kewujudannya!


Lembah Misteri Antartika

Ini adalah lembah misterius di antartika. Belum ada yang dapat menjelaskan fenomena ini, kenapa ketika semua wilayah antartika ditutupi salji, lembah ini  kering dari salji. Ini sungguh aneh dan ajaib. Kalau dilihat dari atas, lembah ini seperti sebuah tutup panci (periuk) di mana tetap kering sementara sekitarnya bersalji. Orang menyebut lembah ini adalah ‘lembah kering tanpa salju’ (Antarctica’s Dry Valleys). 

Antartika bukan benua kosong, meski kalau menyebut jumlah penghuni, benua ini boleh dibilang berpenduduk paling sedikit dibanding benua yang ada dibumi. Kerananya fenomena ini tetap menjadi misteri bagi orang asing. Sebagaimana diketahui sekitar 14 juta kilometer persegi dari jumlah luas benua Antartika, terselimuti salji yang ketebalannya boleh mencapai 2000 meter bahkan 4.800 meter. Di musim sejuk, ais juga membekukan lautan, sehingga sukar membezakan mana daratan mana lautan.


 "Moguicheng" Kota Iblis di China

Di China, orang lebih mengenal gurun ini sebagai “Moguicheng” atau kota iblis, terletak di Xinjiang, China. Di sana ada satu benteng atau castle. Bila kita melintasi gurun menuju castle, angin sepoi-sepoi berhembus diiringi bunyi-bunyian seperti suara muzik yang datang dari kejauhan. Bunyi-bunyian bernada ini bukan seperti suara desiran angin yang kadang bersuit-suit, tapi memiliki nada seperti sebuah lagu. Orang-orang yang melintasi gurun ini sepakat seolah mendengar nada dari kejauhan. Melodi itu seperti tercipta dari getaran 10 juta bel, tapi kadang-kadang orang dapat merasakan muzik seperti menjentikkan lembut dari 10 juta gitar ‘string. 

Namun, ketika ribut (badai) datang, pasir-pasir yang diterbangkan oleh angin kencang, langit gelap gulita, situasi tiba-tiba berubah seperti neraka. Muzik-muzik indah berganti dengan suara-suara aneh yang mengerikan. Mirip suara ngauman dari harimau, terompet dari gajah, dan suara nyaring khinzir yang sedang disembelih, rengekan bayi menangis dan jeritan dari para wanita yang akan mati. Suara-suara mengerikan ini terus menerus secara bergantian sehingga membuat suasana makin mencengkam. Ribut kemudian berputar-putar agresif dengan diserta bergemuruh di langit disertai suara menggeram ketakutan serigala di malam hari berawan. Entah bagaimana perasaan orang-orang  kota ini dulunya, dari manakah suara-suara itu berasal belum ada yang dapat dijelaskan.

 Zon Anomali Suhu di Henan

Tempat ini terletak di Henan, China. Penduduk setempat menyebutnya “bingbing bei” atau punggung ais. Tempat ini seolah tak tersentuh perubahan musim.. Ketika seluruh China sedang mengalami musim  sejuk, di tempat ini bersuhu panas, warm zone. Ini memang sungguh aneh. Orang menyebut pergantian musim merupakan hukum alam yang tak dapat diubah, tapi di sini hal itu tidak berlaku. Lokasi adalah di pergunungan sebelah timur dari Provinsi Liaoning. Penduduk mengalami suhu panas, sementara daerah lain di China sedang mengalami perubahan musim. 

Dengan adanya fenomena ini, kawasan ini mendapat julukan “zon anomali suhu.” Ini “zon anomali panas bumi” meluas hingga ke luar kota sebelah kiri sungai Hunjiang ke bahagian akhir di sebelah kanan Sungai Hun hingga ke kaki bukit dekat Guandian Propinsi. Panjang “anomali suhu zon” adalah kira-kira 15km, dengan luas sekitar 106.000 meter persegi. Uniknya ketika musim panas datang, daerah anomal suhu ini emperaturnya menurun. Ketika suhu musim panas mencapai 30 darjah celcius, suhu di sini  berada di minus 12 darjah celcius, bahkan suhu paling sejuk  ini terus merasuk hingga 1 meter di bawah tanah. Bahkan air tanah menjadi membeku sejuknya. Tempat ini telah berubah menjadi frezer ketika daerah lain kepanasan. Malah, jika kita menitiskan air ke bawah tanah, maka serta merta air itu akan berubah menjadi aiss. Luar biasa! 

Lembah Kematian di Pegunungan Kunlun

Ini merupakan kota kuno, Teotihuacan, disebut juga jalan kematian. Wilayah ini disebut jalan utama “jalan kematian” ke utara-selatan. Kota ini ditemukan pada abad ke 10 Masehi, oleh Ards seorang prajurit yang merupakan kumpulan pertama yang menemukan tempat ini. Ketika sampai di kota ini, ternyata kota ini tak berpenghuni. Mereka percaya bahawa sepanjang jalan ini merupakan jalan menuju makam para dewa. Padas 1974, seorang Meksiko bernama Dayton Halisi mengatakan bahawa ia telah menemukan satu pengukuran yang sesuai untuk semua jalan-jalan dan bangunan-bangunan di kota kuno ini. Misalnya, unit kuil ular Teaodiwakan, bulan dan Piramida Matahari adalah tingginya 21, 42, dan 63 “unit” masing-masing dengan rasio 1:2:3 berdasarkan perhitungan kuno.

Kota kuno ini terdapat di pengunungan Kunlun. Lembah itu dijuluki Lembah Kematian. Disebut demikian kerana di sana ditemukan sisa-sisa bulu, tulang, kerangka serigala, beruang dan para pemburu dan makam. Suasananya menjadi sangat mengerikan dan mencekam. Entah apa yang terjadi di sini. Inilah sebuah kisah nyata yang disampaikan oleh kumpulan geologi dari China yang merakam sebuah peristiwa mengerikan. Kisah itu terjadi pada 1983 tentang sekelompok kuda yang lapar merumput di rumput dan tiba-tiba menghilang secara aneh di lembah kematian itu. Seorang gembala pergi ke daerah larangan “The Gates of Hell” itu, untuk mencari kudanya. Tapi dia tak pernah kembali, hanya kudanya yang muncul di kaki pegunungan Kunlun. Beberapa hari kemudian si pemburu ditemukan tewas. Pakaiannya lusuh, tubuhnya pun tak utuh lagi, nyaris tak berkaki, matanya membonjol  seolah melihat sesuatu yang mengerikan. Ia juga ditemukan dalam keadaan menggenggam erat senapangnya, menunjukkan ia tengah memperjuangkan hidupnya sampai ke saat-saat terakhir. Tapi yang paling ajaib adalah, di sekujur tubuhnya tidak dijumpai sedikitpun tanda bahawa dia telah diserang. Ini sungguh aneh..apa yang terjadi??


Segitiga Bermuda

Terletak di Atlantik Utara Barat, yang terdiri dari tujuh pulau besar, 150 pulau kecil, beberapa kelompok pulau karang.Keanehan segitiga Bermuda pasti telah terkenal keseluruh dunia, misteri yag tak terpecahkan seiring dengan cerita-cerita aneh tentang kejadian-kejadian yang terjadi di kawasan itu. Konon, setiap peranti berteknologi tinggi atau alat-alat eletronik akan rosak ketika berada di kawasan ini, sehingga orang yang mengalami masalah di sini tidak mungkin boleh berkomunikasi dengan dunia luar.

Banyak tragedi hilang tanpa dapat dikesan, tak dapat dijelaskan, kerana kapal atau pesawat yang melintas itu seolah lenyap begitu saja tanpa jejak.



Kronologi dari beberapa peristiwa terkenal 
  • 1840: HMS Rosalie
    • 1872: The Mary Celeste, salah satu misteri terbesar lenyapnya beberapa kapal di segitiga bermuda
    • 1909: The Spray
    • 1917: SS Timandra
    • 1918: USS Cyclops (AC-4) lenyap di laut berbadai, namun sebelum berangkat menara pengawas mengatakan bahwa lautan tenang sekali, tidak mungkin terjadi badai, sangat baik untuk pelayaran
    • 1926: SS Suduffco hilang dalam cuaca buruk
    • 1938: HMS Anglo Australian menghilang. Padahal laporan mengatakan cuaca hari itu sangat tenang
    • 1945: Penerbangan 19 menghilang
    • 1952: Pesawat British York transport lenyap dengan 33 penumpang
    • 1962: US Air Force KB-50, sebuah kapal tanker, lenyap
    • 1970: Kapal barang Perancis, Milton Latrides lenyap; berlayar dari New Orleans menuju Cape Town.
    • 1972: Kapal Jerman, Anita (20.000 ton), menghilang dengan 32 kru
    • 1976: SS Sylvia L. Ossa lenyap dalam laut 140 mil sebelah barat Bermuda.
    • 1978: Douglas DC-3 Argosy Airlines Flight 902, menghilang setelah lepas landas dan kontak radio terputus
    • 1980: SS Poet; berlayar menuju Mesir, lenyap dalam badai
    • 1995: Kapal Jamanic K (dibuat tahun 1943) dilaporkan menghilang setelah melalui Cap Haitien
    • 1997: Para pelayar menghilang dari kapal pesiar Jerman
    • 1999: Freighter Genesis hilang setelah berlayar dari Port of Spain menuju St Vincent.


    Sumber : Uniqpost

    Wednesday, May 2, 2012

    Fenomena Supermoon 6 Mei 2012

    Gambar drpd Tim McCord (space.com - supermoon - 19 Mac 2011)

    Para ahli astronomi memberi maklumat bahawa pada 6 Mei 2012 akan terjadinya fenomena Supermoon, dimana ketika itu bulan akan kelihatan lebih besar dan terang dari biasa. Kali terakhir fenomena Supermoon berlaku adalah pada 19 Mac 2011. Menurut ahli astronomi supermoon pada 6 Mei ini akan lebih indah dan istimewa kerana sedang berada di titik paling dekat dengan Bumi iaitu 336.955 kilometer.

    Namun pada 28 November nanti bulan akan berada pada titik terjauh dari bumi.  Para ahli astronomi mengingatkan yang tidak ada potensi bahaya yang akan ditimbulkan oleh Supermoon 6 Mei nanti.  Tidak akan ada arus pasang dan surut yang ekstrim mahupun gempa bumi. Lagi info di SINI dan SINI.




    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...