Anda Suka???

Saturday, November 10, 2012

Jalan Raya Muzikal Di Jepun

Muzik yang dimainkan di corong-corong radio boleh dikatakan sering menjadi halwa telinga bagi para pemandu bagi mengelakkan kebosanan ketika memandu kenderaan..  Namun, di Jepun, sebatang jalan raya boleh menggantikan fungsi radio dengan mengeluarkan muzik apabila kenderaan di pandu di atasnya..  Nak tahu dengan lebih lanjut, jom usha kat bawah nie..

Jalan musical bermula..

Teori di sebalik Jalan raya Muzikal ini amat mudah: apabila sebuah kereta dipandu  sepanjang jalan yang mempunyai banyak siri alur yang dipotong di atasnya, ia akan mewujudkan resonans atau gema bunyi apabila tayar kenderaan berulangkali melepasi alur berkenaan. Sebagai contoh, anda mungkin pernah mengalami pengalaman ini semasa memandu di atas garisan kuning sebelum melepasi bonggol di atas jalan raya.

Jalan raya muzikal ini telah direka oleh En. Shinoda yang bekerja di Institut Penyelidikan Perindustrian Hokkaido dan beliau mengambil masa yang agak panjang bagi merealisasikan teori resonsnya dalam cara yang unik.

Shinoda mendapati bahawa dengan mengubah jarak antara alur yang dipotong, ia akan mengeluarkan bunyi yang berbeza. Ia kelihatan amat serupa dengan aplikasi yang digunakan dalam kotak muzik lama di mana logam pada gelung muzik ditebuk dengan jarak yang berbeza bagi mengeluarkan tona bunyi yang menghasilkan muzik.

Lagu yang dimainkan tersebut mungkin tidak sesedap muzik yang dimainkan melalui radio dan pemain CD, namun memandangkan ia dimainkan oleh kumpulan "Goodyear Orchestra", ia tidaklah teruk sangat.  Jalan raya Muzikal ini terletak di wilayah Hokkaido, Wakayama dan Gunma dan telah ditanda melalui papan tanda di tepi jalan raya dan "note" lagu itu sendiri telah dicat dengan berwarna-warni di atas jalan tersebut.

Pemandu perlu peka kerana kelajuan yang ideal bagi mendengar lagu yang di atas jalan raya tersebut ialah dengan mengekalkan kelajuan pada 28 mph.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...