Anda Suka???

Monday, October 22, 2012

Lebuhraya Tembus Bangunan Di Jepun

Bangunan Gate Tower di Osaka, Jepun merupakan satu bangunan yang unik. Ini kerana bangunan ini ditembusi lebuhraya pada tingkat 5, 6 dan 7 di bangunan 16 tingkat tersebut. 
Bangunan ini mempunyai kisahnya yang tersendiri kerana tuan tanah kepada bangunan ini mahu membangunkan tanahnya dengan membina sebuah bangunan. Namun permohonannya ditolak kerajaan Jepun kerana telahpun merancang untuk membuat lebuhraya di tanah tersebut. Namun tuan tanah itu tidak berputus asa dan tidak mahu tanahnya diambil dan berkeras mahu membina bangunan. Setelah berbalah sehingga 5 tahun, akhirnya keputusan dicapai dengan membina kedua-dua bangunan dan lebuhraya itu. Maka wujudlah Gate Tower Building.


Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...