Anda Suka???

Saturday, January 30, 2010

Lima Pengawal Flu

BANYAK bahan makanan di dapur boleh mengurangkan kerengsaan simptom penyakit tersebut seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Antaranya:

Garam: Selain menjadi ubat kumur untuk meredakan tekak yang sakit, garam sangat berkesan untuk masalah hidung tersumbat. Larutan garam yang suam boleh disedut masuk melalui rongga hidung untuk memberi kelegaan pernafasan dan mencegah jangkitan resdung.
Halia: Teh halia berkesan membunuh kuman dan meredakan masalah perut. Halia yang digunakan dalam produk mandian juga merangsang sistem limfa dengan mempercepat proses penyingkirannya.
Bawang putih: Banyak kajian telah mengesahkan bahawa bawang putih mentah memiliki nilai antikulat, antibakteria dan antivirus. Penggalak daya ketahanan tubuh ini juga boleh meningkatkan pendarahan, maka mereka yang mengambil ubat berkaitan pendarahan perlu berhati-hati ketika menyertakan bawang putih ke dalam diet mereka.
Madu: Bahan yang memiliki nilai pemulihan tinggi ini meredakan batuk dan meningkatkan imunisasi. Campuran madu dan jus limau segar adalah ubat batuk semula jadi.
Buah oren: Vitamin C dalam jus oren yang diminum setiap hari mampu memendekkan durasi selesema. Setiap 1,000 miligram vitamin C yang diambil setiap enam jam boleh mengurangkan atau mencegah simptom flu dengan berkesan.

Sumber :  Info Sihat




Thursday, January 14, 2010

Gerhana Matahari Separa 15 Januari 2010

Esok Jumaat, 15hb Jan 2010 nanti, sebuah lagi kejadian gerhana matahari akan berlaku. Kali ini, ia merupakan Gerhana Matahari Cincin yang akan dapat dilihat disepanjang laluan sejauh 300km yang merentasi benua Afrika, kemudian melalui Lautan Hindi di mana gerhana akan berada pada fasa paling lama iaitu 11 m 8 saat.



Kiraan waktu gerhana dari Langkawi (Kuah)

Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 2:54 PM
Fasa Maksimum (52%  39.7% Matahari Tertutup):4:27 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:46 PM


Cara melihat gerhana 
Seperti yang selalu diingatkan, jangan SEKALI-KALI melihat Matahari dengan mata kasar atau alat mencerap (teleskop atau binokular). Cahaya matahari amat terang dan memancarkan radiasi yang amat tinggi sehingga boleh merosakkan mata sehingga buta. Kaedah paling selamat melihat fasa-fasa gerhana ialah dengan menggunakan kamera lubang pin (Pin Hole Camera). Jika anda mempunyai binokular, gunalah kaedah projeksi atas kertas (cardboard projection). Jika anda mempunyai teleskop, sebaik-baik kaedah ialah dengan menggunakan penapis matahari (seperi baader atau mylar). Cuba elakkan daripada menggunakan kaedah projeksi atas kertas kerana intensiti cahaya matahari amat kuat dan boleh mencairkan kanta mata (eyepiece) anda! 

Suasana ketika Gerhana Matahari Separa.

Disebabkan matahari teramat cerah, tidak banyak kesan yang dapat dirasa atau dilihat ketika fasa gerhana. Mungkin paling jelas ialah suasana sekeliling akan kelihatan 'kurang' terang berbanding biasa. Namun, anda perlulah mempunyai skil observasi yang tinggi untuk benar-benar dapat melihat perbezaan cahaya ketika fasa gerhana.

Sumber : Falakonline

Friday, January 1, 2010

Selamat Tahun 2010 dan Gerhana Separa Bulan

Sedar x sedar dah tahun 2010. Cepat sungguh masa berlalu. Usia makin meningkat dan anak-anak makin membesar.  Ketinggalan sungguh akak nie.. rupanya awal pagi tadi ada gerhana bulan.  Itupun pagi nie anak bujang akak yang bagi tau... (Paper beli hari-hari tapi x tau la apa yang dibaca ..) Rugi rasanya tak dapat melihat keajaiban tuhan.   Tapi jangan bimbang dengan kecanggihan dunia sekarang akak dapat juga info gerhana nie.  Ini antara infonya.. akak kopipes je... minta izin ye....


Pada awal pagi 1 Jan 2010 ini, bulan  telah mengalami proses gerhana sekali lagi. Kali ini ia merupakan gerhana bulan separa sahaja. Kemuncaknya akan berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia.
Sebanyak 8 peratus daripada bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuhn. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!


Bagi membolehkan orang ramai membuat pencerapan, Agensi Angkasa Negara dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia dan Majlis Mufti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyediakan sebanyak 10 teleskop untuk mereka melihat fenomena itu secara lebih jelas. Pengarah Pendidikan dan Sains Angkasa Azreena Ahmad berkata bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan kejadian itu, mereka boleh menonton siaran ulangan fenomena gerhana bulan separa itu menerusi laman web www.angkasa.gov.my. Beliau berkata kejadian gerhana bulan boleh berlaku sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama, bulan melintasi bayang bumi.

Bermula dengan fasa penumbra iaitu bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia, kejadian itu bagaimanapun belum menampakkan kesan gerhana memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap selain faktor keadaan langit berawan. Gerhana, yang dijangkakan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu bahagian bayang sangat gelap, yang turut digelar fasa gerhana separa pada pukul 2.53 pagi juga tidak dapat dilihat.

Bagaimanapun, orang ramai daripada pelbagai kaum setia menunggu untuk melihat fenomena itu sejak 9 malam, tidak hampa dan sanggup beratur panjang untuk menggunakan teleskop melihat gerhana bulan penuh (maksimum) yang mula kelihatan pada pukul 3.24 pagi. Keadaan gerhana bulan penuh itu bagaimanapun hanya berlaku selama 29 minit sebelum bulan dilihat mula keluar daripada bayangan umbra bumi pada pukul 3.53 pagi.  Gerhana dijangkakan terus berlaku sehingga 5.28 pagi namun fenomena itu tidak dapat disaksikan dengan mata kasar pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap. Selain fenomena gerhana bulan separa, orang ramai juga berpeluang melihat kemunculan planet Marikh dan Zuhal menerusi teleskop yang disediakan. Pada 2.30 pagi, umat Islam turut menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.  Gerhana bulan separa juga dapat disaksikan di seluruh Asia dan Afrika.

Pada 15 Jan ini, fenomena gerhana matahari dijangka berlaku.


Sumber : Falakonline , BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...