Anda Suka???

Saturday, March 31, 2012

Berdengkur????

ANDA cukup tidur? Mungkin anda lesu walaupun selepas berjam-jam tidur akibat apnea (aliran udara terhalang), sementara pasangan anda pula lesu kerana melayan alunan dengkur anda sepanjang malam. Dianggarkan hampir 5.55 juta penduduk Malaysia, tidak mengira jantina dan umur, menghasilkan orkestra dengkur setiap malam, sama ada ‘berdengkur tetap’ ataupun ‘berdengkur sambilan’. Masalah dengkur bukan sahaja mengganggu penghidap malahan orang di sekitarnya, dan mungkin menjejaskan kualiti tidur lebih satu pertiga penduduk negara ini setiap malam.

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, jangan mudah putus asa kerana ada banyak cara mengatasinya.

Dengkuran adalah bunyi tisu mulut dan tenggorok yang bergetar dan berlanggar apabila udara bergerak melalui saluran pernafasan yang sempit ketika seseorang itu tidur.  Apabila anda tidur, otot di mulut dan tenggorok akan berehat. Ini akan mengecilkan saluran pernafasan (saluran dari hidung ke kotak suara).


Antara perkara yang boleh mendatangkan halangan itu ialah:
  • radang di hidung dan tekak
  • tonsil yang besar
  • rahang yang berubah kedudukan
  • lemak di sekeliling saluran pernafasan
  • lidah yang besar
  • langit-langit yang lembut
  • anak tekak yang lembut
Cubalah rawatan mudah ini untuk mengurangkan dengkuran.
  • Jaga berat badan dengan mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI) kurang 22
  • Berhenti merokok
  • Jauhi minuman beralkohol
  •  Ubat tidur
  • Biasakan tidur mengiring dan elak daripada tidur terlentang.   Cara tidur begini dapat menjauhkan lidah dari tekak lantas memberi ruang yang luas di bahagian tekak untuk mengalir udara.
  • Atasi masalah alahan.  Jika anda atau pasangan alah kepada habuk atau bau tertentu, hapuskan habuk dan bau itu daripada persekitaran rumah and.   Alahan akan mengganggu tisu di hidung dan tekak.   Jika dapat diatasi, tisu ini tidak akan mengganggu.
  • Tinggikan kedudukn kepala dengan banal ketik tidur.   Ini dapat memberi ruang yang lebih besar di saluran pernafasan.
  • Tetapkan jadual tidur dan bangun pada waktu yang tetap setiap hari.   Ini dapat menetapkn kadar pernafasan dan mengurankan dengkuran.
  • Lekatkan pelekat di hidung.  Sebelum tidur. lekatkan dengan cara yang boleh menarik hidung anda keluar dan ke atas.   Pelekat ini dapat menarik hidung anda keluar.   Ini akan membuka saluran pernafasan hidung dengan lebih besar.

Sumber : Utusan Malaysia & Serikasih

 

Sunday, March 25, 2012

7 Cara Kempiskan Perut Buncit

Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin berada di khalayak ramai. Malah, apabila tidak mempunyai fizikal yang menarik mungkin akan membuatkan individu itu berasa lebih tersisih dan berfikir negatif setiap masa. 

Namun, terdapat cara yang sesuai untuk lelaki ataupun wanita untuk mengatasi masalah mempunyai perut buncit. Tidak salah untuk mencubakan? Antara cara-cara untuk mengempiskan perut adalah:

1. Minum air masak yang banyak
Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar. 

2. Makan perlahan-lahan 
Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku. 

3. Kurangkan garam dalam makanan 
Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. 

4. Makan makanan yang penuh serat 
Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini. 

5. Kesan pengambilan ubat
Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

6. Hindari sembelit 
Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan. 

7. Lakukan senaman atau bersukan 
Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan. 


 Sumber : MynewsHubs 

Wednesday, March 21, 2012

9 Jalan Paling Berhantu Di Dunia

Tune Mun Road - Hong Kong
Dianggap salah satu jalan paling mematikan di dunia, jalan Tuen Mun telah banyak memakan korban selama bertahun-tahun. Jalan ini adalah jalan yang paling penting dan salah satu jalan yang paling banyak digunakan di Hong Kong, sehingga hampir mustahil untuk dihindari. Tuen Mun Road dihantui dari mereka yang telah tewas di jalan dikatakan mereka melangkah ke lalu lintas, menyebabkan pengendara berbelok keluar dari jalan dan masuk ke dalam kecelakaan yang serius. Korban-korban baru kemudian menghantui kembali dan menyebabkan kecelakaan di jalan.
The A229 - Inggris
The A229 dari Kent ke Sussex memiliki dua hantu terkenal. Yang pertama diyakini seorang wanita bernama Judith Langham, yang terbunuh di jalan pada hari pernikahannya pada tahun 1965. Dia muncul di jalan dalam gaun putihnya dan kemudian menghilang. Hantu kedua adalah tumpangan yang masuk ke dalam kenderaan dan berbicara tentang semua perkara. Setelah pemandu tiba di tempat tertentu, dia menghilang.

Bloodspoint Road – Illinois, Amerika Syarikat

Bloodspoint hanyalah salah satu dari beberapa jalan yang memotong seluruh Boone County, Illinois, yang dapat membuat bulu roma di belakang leher korang berdiri. Jalan ini telah menyaksikan pembunuhan, bunuh diri dan macam2 lagi. Beberapa anak meninggal ketika bas melintasi dari jambatan di daerah ini. Ada juga dikatakan penyihir yang digantung anak-anaknya di sebuah rumah pertanian tua, dan meskipun bangunan sudah tidak ada lagi beberapa orang mengatakan bahwa mereka telah melihat hantu pokok.


M6 – Inggris
M6 di Inggris telah ada dalam beberapa bentuk atau cara selama sekitar 2000 tahun, sehingga tidak menghairankan bahawa lebih dari legenda seram beberapa telah dikaitkan dengan itu dari masa ke masa. Jalan itu pernah digunakan oleh tentera selama penduduk Romawi di Inggris, dan tentara Romawi masih terlihat di sepanjang jalan dan berjalan melalui lalu lintas. Ada juga trak hantu yang bergerak melawan arus lalu lintas serta hantu seorang wanita sepanjang sisi jalan.

Boy Scout Lane – Wisconsin, Amerika Syarikat
Menurut cerita, pasukan pramuka anak-anak pada akhir 1950-an atau awal 1960-an berada di sebuah ekspedisi dalam rangka untuk mendapatkan lencana jasa. Ketika mereka tidur di sekitar unggun api, pramuka guru mereka atau pemandu bas telah dibunuh. Cerita kedua mengatakan bahawa salah seorang lelaki sengaja menjatuhkan lentera malam itu yang menyebabkan kebakaran hutan dan menelan seluruh pasukan. Tidak ada catatan sebenarnya dari setiap kejadian tersebut pada Boy Scout Lane, tapi ada banyak cerita tentang kegiatan paranormal di daerah ini.

A75 Kinmont – Skotlandia
Digelar sebagai "jalan hantu," jalan ini di barat daya Skotlandia ini telah menjadi tempat ratusan kes penampakan hantu yang tidak dapat dijelaskan. Banyak pemandu telah melaporkan melihat beberapa hantu berjalan di depan kenderaan mereka, burung-burung terbang ke cermin hadapan kereta dan kemudian menghilang,  orang berjalan ke arah kenderaan dan makhluk menyeramkan lainnya (termasuk kambing, anjing liar dan kucing) yang muncul entah dari mana.

N9 – Afrika Selatan
Bahagian jalan antara Uniondale dan Willowmore dikenal sebagai Hitchhiker Uniondale Phantom, hantu yang dikenal sebagai Roux Charlotte Marie. Gadis itu tewas dalam kemalangan kereta di jalan pada tahun 1968, dan ia pertama kali dilaporkan sebagai penumpang pada hari Jumat Agung pada tahun 1976, ketika dia naik dan kemudian menghilang secara misteri dari kerusi belakang. Dia muncul dua tahun kemudian (lagi pada Jumat Agung) dan naik dengan pembonceng motorsikal, yang juga melaporkan bahawa ia menghilang setelah hanya beberapa batu. Para hantu telah membuat penampilan lainnya pada hari Jumat Agung sejak saat itu juga.

Annie Road – New Jersey, Amerika Syarikat
Jalan ini dikatakan dihantui oleh seorang wanita yang memakai gaun putih atau biru. Wanita ini kenali sebagai Annie dikatakan maut setelah kepalanya dipenggal pada malam perkahwinannya dan mayatnya diseret sepanjang jalan. Pemandu yang melalui jalan itu pada waktu tengah malam mengatakan mereka melihat hantunya berjalan sepanjang jalan, dan dia muncul pada ulang tahun kematiannya setiap tahun.

Terowong Belchen – Swiss
Terowong ini merupakan sebahagian dari jalan tol A2 dari Basel untuk Chiasso. Jalan ini terkenal dengan kemunculan pertama hantu Belchen adalah lelaki dan hantu wanita yang muncul pada Januari 1981 menjadi berita utama.  Hantu wanita yang memakai pakaian putih dan sering melintas di depan kenderaan malah kadang-kadang berbual dengan pemandu kenderaan di situ.

Sumber : Cari

 

Tuesday, March 13, 2012

Bukit Graviti

Di wilayah Santa Cruz, California terdapat suatu fenomena alam yang sangat menakjubkan, dimana terdapat  kejadian pelik yang mungkin membuat kita kebingungan apabila mengunjungi tempat yang dinamakan Bukit Graviti tersebut.

Semua pokok condong, bahkan boleh dikatakan hampir tumbang.. Jika manusia berada di sekitar "titik misteri" sekalipun, seluruh badannya tanpa dihendaki juga terikut-ikut condong walaupun berusaha untuk berdiri dengan tegak.


Jika berjalan, langkah kita tetap stabil dan berjalan tanpa kesulitan walaupun dalam posisi condong.  Bila berkunjung ke tempat Bukit Graviti ini, kita boleh melihat keanehan2 seperti rumah yang hampir roboh (sebenarnya masih kukuh), penyapu yang boleh berdiri sendiri dalam keadaan yang condong, manusia yang dapat berdiri di tembok dan banyak lagi keanehan yang lain.

Sebenarnya, fenomena-fenomena seperti ini tidak hanya terjadi diwilayah Santa Cruz, California sahaja. tetapi ditempat lain yang boleh ditemui. Memang kebanyakannya di USA, tapi di wilayah Eropah juga dapat ditemui tempat ini contohnya disekitar Warsawa,Polandia. Hal serupa juga terdapat disebuah wilayah di China, namun merupakan tanjakan jalan raya.

 

 

Saturday, March 10, 2012

Khasiat Barli

Ramai yang menggemari air barli untuk diminum tidak dikira pada waktu pagi, tengahari, petang atau malam. Bijirin barli berasal dari Ethiopia dan Asia Tenggara yang ditanam lebih dari 10,000 tahun yang lalu serta dijadikan bahan perubatan untuk pelbagai jenis penyakit.

Khasiat barli dipercayai dapat menyejukkan badan, baik untuk melawaskan kencing dan meningkatkan kesihatan buah pinggang.  Selain itu, barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.

Bijirin barli kaya dengan khasiat pemakanan seperti fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine (Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Jika meminum air barli selalu diamalkan, ianya dapat mengurangkan risiko kencing manis, menyejukkan badan, memelihara buah pinggang, melawaskan kencing dan membantu untuk sistem penghadaman.

Tips memutihkan wajah menggunakan barli. 

Bahan yang anda perlukan:  Barli, jus limau nipis dan air masak.

Caranya:
  1. Ambil segenggam barli dan goreng tanpa minyak.
  2. Setelah sejuk, tumbuk barli hingga lumat.
  3. Bancuh serbuk barli tersebut dengan sedikit perahan air limau nipis dan air masak.
  4. Sapukan bancuhan tersebut di wajah sebelum tidur. Amalkan selama seminggu untuk melihat hasilnya.

Selain menikmati barli dalam bentuk minuman dan tips memuthihkan wajah, sup barli amat sedap dan berkhasiat. Di sini adalah resepi untuk sup barli: (Resepi sup nie diambil drpd blog Penawar Tradisional - minta izin ya akak CNP di sini)


Barley sup dengan bawang putih goreng
1 cawan bijiran barli
5 ulas bawang putih, digoreng
2 liter stok ayam, yang direndam daripada 1 dada ayam direbus dalam tiga liter air
2 sudu minyak sayuran
2 labu bawang besar, potong dadu
2 biji karot merah , potong dadu
2 batang seleri, potong dadu
150g daging ayam potong kecil
1 sudu teh lada putih
1 sudu garam sesuai mengikut selera
1 ikat kecil daun sup dicincang kecil
1 ikat kecil daun bawang dicincang kecil

Cara memasak:
  1. Cuci barli dan rendam dalam semangkuk air selama tiga jam. kemudian buang air yang direndam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bawang putih. Tambahkan karot dan daun seleri, kemudian barli dan tumis selama tiga minit.
  3. Tambahkan stok ayam, lada dan bawang putih goreng dan didihkan di atas api kecil selama minima satu jam, atau sampai barli lembut.
  4. Tambah garam untuk rasa dan melayani sup dan hiasi dengan daun sup dan daun bawang yang dicincang.

Sumber :  Penawar Tradisional

The Secret Circle di 8TV


Drama 22 episod ini diadaptasi daripada penulis popular, L J Smith yang sebelum ini terkenal menerusi drama The Vampire Diaries. Ia mengisahkan seorang remaja perempuan yang sedar dirinya mempunyai kuasa sebagai ahli sihir dan terperangkap dengan perjanjian rahsia yang menjadi kunci pada pertempuran kuasa baik menentang jahat.

Sinopsis
The Secret Circle merujuk pada watak utama, Cassie Blake lakonan Britt Robertson yang melalui episod kehidupan yang pelik selepas ibunya meninggal dunia dalam satu kebakaran misteri. Dia yang baru berusia 16 tahun kemudian menetap bersama neneknya, Jane di satu pekan kecil, Chance Harbor, Washington. Berusaha menyesuai diri dengan persekitaran baru, Cassie berkenalan dengan Diana Meade. Mereka berkawan baik sehingga diperkenalkan kepada rakan-rakan lain - Faye, Melissa dan Nick yang selalu bersama dalam satu kumpulan. 
Book of Shadow
Konflik persahabatan mereka mula wujud apabila Cassie bertemu dengan teman lelaki Diana, Adam. Cassie berasakan suatu yang aneh ketika berdepan Adam. Ketika berjumpa dengan Dawn yang juga ibu pada Diana, Cassie mengetahui wanita itu adalah rakan ibunya ketika zaman kanak-kanak. Sebaliknya, Cassie tertanya-tanya mengapa mendiang ibunya tidak pernah menceritakan sejarah silam dia dilahirkan di kawasan itu.

Segala persoalan yang bermain di fikiran Cassie mula merungkai jawapan yang dicari selepas rakannya itu membuat pengakuan mereka adalah ahli sihir dan kehadiran Cassie seolah-olah melengkapkan kumpulan itu sebagai satu bulatan atau 'circle'.

8TV meletak kepercayaan drama bersiri ini dijangka mendapat sambutan positif penonton khususnya remaja dan penggemar kisah ahli sihir yang disiarkan setiap Selasa jam 9.30 malam bermula 6 Mac yang lepas.


Sumber : Harian Metro

 

Thursday, March 8, 2012

Hotel Mewah Untuk Kucing



Di  London, sebuah hotel kucing yang terletak di Welwyn Garden City, Hertfordshire terkenal sebagai hotel termewah bagi kucing-kucing dengan bayaran harian jenis mengikut suites £16 (RM75.00) hingga £60 (RM283) selain menu tambahan £3.50 (RM17.34) untuk satu sajian.


Hotel mewah ini mempunyai kemudahan tempat tinggal yang mewah dan menu makanan organic seperti daging salmon, udang harimau dan ikan kukus (steamed white fish). Makanannya pula dihidangkan dengan peralatan pinggan perak dan mangkuk Cina yang mahal. 


Hotel ini menawarkan enam calet yang masing-masing mempunyai bilik tidur dan kawasan senaman, Rawatan kuku dan urutan ke atas haiwan itu turut disediakan.  Haiwan-haiwan itu juga akan mendengar muzik jazz dan klasik menerusi sistem bunyi yang bernilai £5,000 (RM24,779).



Sumber : Longcroft

 

Wednesday, March 7, 2012

Drama Bunga-Bunga Syurga

  Slot : Zehra (TV3)
Waktu Siaran : 9 malam
Hari siaran : Jumaat
Jumlah episod : 13
Terbitan : Suhan Movie
Penulis Skrip: Sharifah Abu Salem
Para Pelakon : Johan Asari, Wawa Zainal, 
Eizlan Yusof, Rozita Che Wan


Sinopsis
Drama ini mengisahkan tentang perjuangan seorang pemuda memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak dan menyelamatkan kehidupan tiga anak yatim piatu yang dipelihara oleh ibu saudaranya yang kejam selepas ibubapa mereka mati dibunuh. Emilia (Eyka Farhana), 17, Nadia (Eira Hazali), 13 dan Haziq (Daniel Hakim), 12, terpaksa diserahkan kepada bapa saudara mereka, Azmin (Hilal Azman), selepas ibubapa mereka, Imran dan Mira mati dibunuh. Kematian Imran dan Mira masih misteri walaupun kes sudah bertahun berlalu. 

Bapa saudara mereka, Azmin sanggup menerima amanah untuk memelihara anak-anak saudaranya tetapi isterinya, Baidah (Rozita Che Wan) berasa terpaksa. Apabila Baidah mengetahui Emilia, Nadia dan Haziq mewarisi harta jutaan ringgit, barulah dia tersenyum untuk menerima kedatangan mereka. Bagaimanapun Azmin mengkhianati amanah tersebut apabila memakan sebahagian daripada harta anak-anak yatim itu kerana hasutan Baidah. Baidah tidak pernah puas dengan apa yang dimilikinya, dia memaksa Azmin mengambil lagi walaupun Azmin tidak berani kerana peguam mula mengesyaki pengeluaran wang yang berlebihan.

Dalam satu pertengkaran, Azmin ditembak oleh Baidah menyebabkan dia lumpuh. Sewaktu lumpuh, Azmin sering bermimpi perkara-perkara buruk seperti dibakar dalam api neraka, meminum darah busuk dan banyak lagi. Ini membuatkan Azmin mula insaf akan perbuatannya dan kembali ke jalan Allah s.w.t. Dia juga enggan menandatangani borang pengeluaran wang yang diminta oleh Baidah. Baidah yang marah pada waktu itu telah menolak kerusi roda Azmin menyebabkan Azmin terjatuh. 

Sumber gmbr drpd: anamarzablog.com
Namun kepulangan anak kedua Azmin, Aiman (Johan As’ari) selepas tamat pengajian di Australia memberi sinar harapan buat Emilia, Nadia dan Haziq. Aiman pulang ketika Baidah dan kakak Aiman, Zila (Bea Rameshan) sedang menyeksa mereka bertiga. Aiman bertindak membawa ketiga-tiga anak ini keluar dari rumah tersebut. Walaupun menuntut dalam bidang perakaunan, Aiman banyak menimba ilmu agama di madrasah pengajian Islam di Australia. Aiman mula mengadakan kelas tuisyen dan menghafaz al-Quran bagi pelajar yang berhampiran dengan rumahnya.

Atas bantuan Haji Halim (Dato’ Eizlan Yusof), Aiman pergi ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama bagi meneruskan kelas hafazannya. Haji Halim banyak menceritakan tentang anaknya, Shaffiyah yang terpaksa bekerja di bandar untuk membantu membiayai pusat pengajiannya. Haji Halim menceritakan sahsiah Shaffiyah sebagai gadis baik dan pandai mengaji. Bagaimanapun, apabila melihat gambar Shaffiyah, Aiman terkejut kerana Shaffiyah adalah Sofia (Wawa Zainal), perempuan simpanan bapanya, Azmin.

Sofia enggan pulang ke kampung kerana malu dan dihantui rasa bersalah dengan bapanya. Oleh kerana dendam yang menebal, Zila bertindak mencederakan Sofia sehingga Sofia terpaksa menerima rawatan selama sebulan di hospital. Haji Halim membawa Sofia pulang walaupun masih lemah dan memerlukan masa untuk Sofia sembuh sepenuhnya. Pertemuan di surau mengejutkan Sofia kerana Aiman tidak pernah membangkitkan tentang hubungan Sofia dengan bapanya. Akhirnya, Sofia sendiri menceritakan kepada Aiman bagaimana hubungan sulit itu terjadi.  

Aiman mahu Sofia berterus-terang tentang perkara sebenar kepada bapanya walaupun Sofia cuba untuk terus merahsiakannya. Apakah yang berlaku seterusnya setelah Haji Halim mengetahui hal sebenar? Apa pula yang bakal dilakukan oleh Baidah dan Zila untuk menuntut ‘hak’ mereka?


Sumber : TV3

Monday, March 5, 2012

Cari Kucing

Meh buat aktiviti mata sat...cuba, try and test cari kucing dalam gambar di bawah...


 Jumpa .....

Mesti jumpa.... one more......very good

Sumber : email

 

Sunday, March 4, 2012

Kafe Kucing

Di Jepun, kucing dihantar ke satu tempat yang dinamakan kafe kucing bertujuan untuk kucing bermain, relax dan bersosial dengan kucing-kucing yang lain. 

Dengan bayaran antara RM15- RM21, pencinta kucing di Jepun akan menikmati kopi panas sambil dikelilingi beratus-ratus ekor kucing. Untuk menjaga kebersihan pengunjung dihendaki memakai stokin dan selipar pakai buang, begitu juga dikehendaki membasuh tangan mereka dengan antiseptik.

 
 Sumber : Pencinta Kucing


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...