Anda Suka???

Monday, December 28, 2009

Fenomena Hutang dan Keburukannya

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah dianggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela digelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.

Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.

Sebagaimana Sabda Nabi SAW :
من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه اللهErtinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :
اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah ? ;

Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )

Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah ? ; " Benar " Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad , 3/38 ; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif )

Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT : -Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI : Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang dikenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.


PERUMAHAN DAN KERETA : dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya dihadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun , mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.

UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke Umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.



Sumber: ((Tmn2Syurga))





(kalau keadaan memaksa terpaksa la juga berhutang.....)

Friday, December 18, 2009

Terowong Keretapi Terpanjang

Terowong Selat (Channel Tunnel) merupakan satu terowong keretapi sepanjang 51.5 km (31 batu) di bawah Selat Inggeris di Selat Dover.   Ia menyambungkan Folkestone, Kent di England degan Coquelles dekat Calais di Utara Perarancis. 

Terowong ini telah terhenti beberapa kali, sebelum akhirnya siap pada tahun 1994.   Ia merupakan terowong keretapi kedua terpanjang di dunia, cuma terowong Seikan di Jepun lebih panjang, namun bahagian bawah lautnya sepanjang 39 km (24 batu) adalah terowong bawah laut terpanjang di dunia.   Terowong ini dijalankan oleh Eurotunnel.


Manakala Gotthard Base Terowong (GBT) adalah sebuah terowong keretapi yang sedang dibina di Switzerland. Dengan panjang direncanakan 57 km (35,4 batu) dan total 153,5 km (95.4 batu) dari terowong, shaft dan bahagian-bahagian yang dirancangkan, ia akan menjadi terowong terpanjang (dari semua rel keretapi dan jalan terowong) di dunia selepas siapnya, daripada pemegang rekod ketika ini, Seikan Tunnel (Jepun yang menghubungkan pulau Honshu dan Hokkaido). Projek ini direka untuk memaparkan dua terowong berasingan yang mengandungi satu lagu masing-masing. Terowong adalah sebahagian daripada projek AlpTransit Switzerland, yang juga dikenali sebagai New Keretapi Link melalui NRLA Alp yang juga merangkumi Base Lötschberg Terowong antara kanton Berne dan Valais. Seperti Lötschberg terowong, itu dimaksudkan untuk melewati rute pegunungan yang berkelok-kelok dan membentuk laluan langsung berpadanan untuk kereta api laju dan berat kereta api barang. Setelah siap diharapkan untuk mengurangkan  waktu perjalanan 3.5 jam dari Zurich ke Milan dengan satu jam. Ini juga akan mengurangkan masa antara Zurich dan Lugano ke 1 jam 40 minit. Kedua portal akan berada dekat Erstfeld, dan Bodio Kanton Uri, Kanton Ticino.

Sumber : wikipidia.org

Thursday, December 17, 2009

Doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah



Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu 'Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku
dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan
Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini,
Allah ampunkan dosanya setahun".




Doa Awal Tahun
 Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, "Telah amanlah anak
Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".



Sunday, December 13, 2009

Jenjalan

Kemarin (Sabtu, 12/12/09) akak bawak anak-anak ke kenduri di Perlis. Anak akak yang sulung ja tak ikut sebab x muat celus keta.. hehe pegi ngan orang tua akak. Janji jumpa ngan adik akak kat stesyen minyak Petronas kat Arau. Kami konvoi g kenduri tu.. Mungkin kami sampai awai sebab tak la ramai sangat g jadi senang la nak ambik makanan. Lauknya best... disediakan juga kuih muih, teh tarik, kopi O & laksa... Tak termakan lak.. banyak sangat... Lupa lak nak snap gambaq...

gambar pelamin je.. coz pengantin x sampai g



tetamu menjamu selera

Tak sempat nak nunggu pengantin sampai, anak-anak dah bising nak ke Taman Ular. Dah janji ngan budak-budak kena la bawa. OTW nak g ke Batu Pahat lalu kat kawasan kebun anggur & kebun Harum Manis. Bestnya kalau ble petik buahnyer.. tapi buahnya x der.. luar musim kot...

kebun anggur tapi lupa lak nak snap kebun mangga pelam harum manis

Sebelum ke Taman Ular, terus g ke Rimba Herba Perlis. Best tempat tu.. sejuk je walaupun di dalam hutan.. (hehe mana la panaih.. pokok keliling). Banyak gak pokok-pokok herba yang tak pernah akak dengar dan tengok. Nama-nama plak agak pelik & mengelikan hati. Antaranya Derhaka Mertua, Lidah Jin Kuning, Berangan Babi, Tinggung Anjing, Lidah Ayam dan banyak lagi la... Khasiatnya tok sah cakap la memang banyak dan memang elok kita g melawat tempat tu. Tak mahal pun tiket masuk cuma RM1.00 untuk dewasa & 50  sen kupang untuk kanak-kanak.





 

Habis ronda kat Rimba Herba Perlis, terus ke Taman Ular lak... Bagi anak-anak kak ja yang masuk tengok. Akak & bonda akak santai je kat luar Taman Ular sambe makan eskrin (hehe jadi budak-budak)  Tiket masuk RM4.00 untuk dewasa, RM1.00 untuk kanak-kanak.





Dari Taman Ular Perlis, terus ke kedai barang-barang buat kuih kerana bonda akak ada tempahan buat kek & biskut. Lupa lak nak snap gambar coz asyik masyuk dok tengok tepung segala kat dalam kedai tu.. Ok gak rega kat kedai tu... murah.. Dalam perjalanan balik ke rumah col Kak Mah (kedai kat rumah akak) odat mee goreng mamak dan bihun goreng untuk minum petang.. Masing-masing macam mai dari Tanjung Putuih coz semuanya lapar lapaq.




Friday, December 11, 2009

Tips Menghadapi Menopaus

Anda mungkin tidak tahu bila menopaus akan tiba. Anda juga tidak mahu ia memberi kejutan kepada anda. Oleh itu, bacalah artikel berkaitan kesihatan. Buat penyelidikan.  Rajin bertanya dengan ibu dan rakan-rakan yang mengalami menopause. Suruh mereka ceritakan apa yang mereka alami. Di bawah ini dicatatan tip agar anda boleh melalui perubahan hidup dengan lebih yakin jika anda bersedia dengan pengetahuan yang mendalam.

Selamat tinggal haid
Apabila haid anda mengalami perubahan yang tidak menentu pada usia pertengahan 30-an hingga 40-an, anda sedang menghampiri menopaus - atau pra menopaus.  Anda akan menyedari beberapa siri perubahan seperti kitaran haid lebih pendek, haid tidak banyak, haid yang terlalu banyak, kitaran haid yang tidak menentu dan diakhiri dengan ‘putus haid’.

Cimicifuga Racemosa
Pernah dengar nama herba ini? Ia lebih dikenali sebagai Black Cohosh. Keupayaannya telah diperakui untuk merawat gejala-gejala biasa yang dikaitkan dengan menopaus seperti kenaikan suhu badan yang mendadak dan berpeluh di waktu malam. Black Cohosh telah digunakan oleh masyarakat asli Indian Amerika Utara untuk melegakan gejala-gejala menopaus.


Relaks
Kemungkinan besar ia adalah hot flash, satu gejala biasa menopaus. Hampir dua pertiga daripada wanita yang menopaus mengalami hot flash dan dalam kebanyakan kes, setiap kejadian berlaku paling singkat beberapa saat, paling lama 5 minit.  Rasa Pening. Sebahagian wanita menopaus dilaporkan mengalami vertigo, pusing kepala dan kerap kali hilang keseimbangan.



Insomnia’
Tidak boleh tidur (dengan atau tanpa berpeluh di waktu malam) adalah satu lagi gejala menopaus.

Osteoporosis
Estrogen boleh membantu mencegah kereputan dan kerapuhan tulang (osteoporosis).  Selepas menopause, tisu tulang boleh mengalami 'kerosakan' dan mengakibatkan risiko yang lebih besar dari segi patah tulang dan osteoporosis.

Berfikiran Positif
Seperti semua perubahan dalam kehidupan, anda juga kena membiasakan diri dengan menopause. Anak-anak mula meninggalkan kediaman. Persaraan menjelang tiba.  Pertambahan berat badan.  Berhenti merokok. Perokok mengalami menopaus lebih cepat berbanding bukan perokok. Merokok membawa keburukan kerana ia meningkatkan risiko wanita terhadap masalah kesihatan seperti osteoporosis dan sakit jantung. Libido seksual. Kebanyakan wanita mendakwa keinginan seks mereka menurun semasa tempoh menopaus. Puncanya ialah keadaan fizikal (kerengsaan dan kekeringan faraj, jangkitan pundi kencing dan sebagainya) atau emosi (hilang harga diri disebabkan oleh peningkatan berat badan, stres dan sebagainya.)  Jagalah kesihatan dan kecergasan. Tahap serius gejala-gejala menopaus dikaitkan dengan faktor penyumbang lain seperti diet, kecergasan fizikal, tahap stres dan sebagainya. Pada peringkat ini, anda harus mengambil langkah untuk memastikan peralihan menopaus lebih selesa untuk diri anda. Lakukan senaman, diet yang baik dan sentiasa kekal sihat. Ini adalah penting. Anda juga boleh mengambil herba asli seperti Black Cohosh untuk merawat menopause.

Selepas menopaus, setiap wanita dinasihatkan supaya menjalani ujian / pemeriksaan tulang yang kerap (imbasan DEXA atau ujian ketumpatan tulang). Ini adalah kerana wanita yang mengalami menopaus lebih terdedah kepada osteoporosis.  Emosi turun naik. Menopause ibarat ‘roller coaster’ bagi anda. Ada kalanya turun, adakalanya naik. Setiap bulan anda adalah bebas dari haid. Anda ada lebih masa terluang untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan dalam hidup.


Sumber : Utusan Malaysia, 17 Julai 2007 (Kementerian Kesihatan)







Saintis Bingung Cahaya Misteri



TROMSO, Norway - Benda apakah berwarna biru, putih berlingkar dan muncul tiba-tiba di langit di sini, utara Norway kelmarin? Menurut sebuah akhbar semalam, jika anda ada jawapan, catatkannya pada sekeping poskad dan hantar kepada rakyat Norway, di mana cahaya misteri itu muncul dan mengelirukan penduduknya kelmarin. Susulan fenomena itu, Institut Meteorologi Norway dihujani ribuan panggilan telefon berhubung kemunculan lingkaran cahaya di langit di sini pukul 8.45 pagi waktu tempatan.

Cahaya itu menyerupai jalur lingkaran ubat nyamuk yang mengelilingi sebuah objek terang selama beberapa minit. Menurut sebuah akhbar, cahaya itu kemudian 'meletup' menjadi lingkaran api putih menyebabkan ramai peminat objek terbang tidak dikenali (UFO) di seluruh dunia menganggap fenomena selama 12 minit itu sebagai detik berlakunya hubungan pertama antara makhluk asing dengan penduduk bumi. "Ia menyerupai sebuah roket yang berputar-putar dan naik ke atas sebelum hilang," kata seorang saksi dari utara Norway, Totto Eriksen. Ketua Saintis Pusat Angkasa Lepas Norway, Erik Tandberg memberitahu, beberapa pakar percaya ia mungkin ujian peluru berpandu. Pentadbiran Rusia bagaimanapun menafikan ia mengadakan sebarang ujian peluru berpandu itu.

Akhbar Kommersant melaporkan semalam bahawa ujian peluru berpandu nuklear Rusia dibuat menjelang subuh kelmarin iaitu pada waktu sama dengan lingkaran cahaya itu muncul.
Namun, ujian peluru itu yang dilancarkan dari sebuah kapal selam itu mengalami kegagalan di peringkat ketiga di ruang udara menyebabkan pakar analisis pertahanan Rusia, Pavel Felgenhauer mengaitkannya sebagai punca cahaya tersebut muncul. - Agensi


Sumber :  Kosmo, 11 Disember 2009


Tuesday, December 8, 2009

Showing Off The Train System of The World

CHINA 's CRH2



 
















TAIWAN 's THSR


 




KOREA 's KTX


 





JAPAN 's SHINKANZEN


 




SPAIN 's AVE


 




UK 's EUROSTAR



 






FRANCE 'TGV'   
                                           






 
DUBAI 's METRO










 









And now the Best!
INDIAN 's ALL ABOARD










 


 





 




 










and 
.

.
 
.
 
Pakistan!!!! !
 
.
 
.
 
.

.
 
Sorry
 
Train is Late....

. 
.
 
.
 
.
 
 O, Finally it made it in.......  

 












Sumber : Tmn2Syurga

Khasiat Lobak



LOBAK MERAH  merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat. Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C, alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyankit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan.Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.Selain itu Lobak Merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan aliran haid dan air kencing.



LOBAK PUTIH juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.  Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih. Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.  Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…
Cara-caranya mudah sahaja…

1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.



Sumber : Ibukesuma

Saturday, December 5, 2009

Murung Cabang Penyakit Jiwa

Sesiapa saja boleh mengalami masalah kemurungan tidak mengira usia, jantina atau bangsa malah kanak-kanak seawal usia lima tahun juga boleh mengalami kemurungan cuma simptom mereka berbeza daripada orang dewasa.    Bagaimanapun, mengikut kajian, kejadian kemurungan di kalangan wanita adalah lebih tinggi daripada lelaki kerana mereka lebih bersikap tanggungjawab dan mengambil tahu setiap perkara secara mendalam.

Penasihat Psikiatri Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Dr Daniel Zainal Abdul Rahman, berkata pesakit yang mengalami masalah kemurungan akan hilang keyakinan diri, berasa rendah diri serta hidup dalam dunia mereka sendiri.  Menurutnya, jika tidak dirawat segera penghidap masalah kemurungan akan berasa dunia mereka seolah-olah tamat di situ saja dan ini menyebabkan banyak kejadian bunuh diri berlaku.   "Disebabkan itu, mereka perlu mendapatkan rawatan pakar selain ubat-ubatan bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.   "Ini disebabkan kemurungan bukan kelemahan peribadi tetapi penyakit yang menjejaskan otak yang memerlukan rawatan perubatan dengan segera," katanya ketika ditemui di pejabatnya, baru-baru ini.

Antara sebab wanita lebih kerap berdepan dengan kemurungan ialah perubahan peringkat hormon yang dialami sepanjang hidup mereka terutama selepas mengalami haid, hamil, selepas bersalin, pramenopaus dan putus haid.  Hormon dalam badan akan berubah sepanjang tempoh kehidupan dan wanita paling banyak mengalaminya. Ia sedikit sebanyak memberi banyak tekanan dalam kehidupan seharian mereka.    Selain itu katanya, tekanan atau stres melampau juga boleh mendorong ke arah kelainan ini. Kadangkala kemurungan boleh berlaku walaupun kehidupan individu berkenaan sihat dan normal.

Antara penyebab tekanan termasuklah penat dalam usaha untuk mengimbangkan antara tugasan di rumah dan tempat kerja, mempunyai pekerjaan yang berat dan membebankan, status ibu atau bapa tunggal, masalah kewangan serta perceraian ataupun kematian pasangan hidup.   "Oleh itu, keseimbangan dalam melakukan kerja harian amat perlu untuk mengelakkan tekanan dihadapi dan lakukan perkara itu setakat termampu. Jangan memaksa diri melakukan perkara di luar kemampuan diri," katanya.    Namun begitu katanya, penyakit kemurungan juga boleh diwarisi sekiranya ada sejarah kemurungan dalam keluarga.

"Bagaimanapun sekiranya mengamalkan gaya hidup sihat serta tidak terlalu bercita-cita tinggi hingga sukar digapai dan menyebabkan kekecewaan, maka ia satu cara hidup yang ringkas tanpa sebarang bebanan," katanya.   Malah ramai beranggapan seseorang itu gila jika berjumpa pakar psikiatri walaupun sebenarnya banyak masalah mental yang tidak ada kaitan dengan gila dan tidak kurang juga yang menganggap kemurungan sebagai masalah biasa.

Menurutnya, faktor kemurungan boleh berpunca daripada pelbagai sebab seperti kematian anggota keluarga, putus kasih, perceraian, krisis ekonomi dan bebanan di tempat kerja serta akibat penyakit kronik.   Biasanya pesakit yang mengalami masalah kemurungan akan hilang minat terhadap perkara yang menggembirakannya. Mereka juga berasa tidak fokus, mengasingkan diri, hilang selera makan atau gangguan tidur dan kurang memberi tumpuan terhadap kerja.

Dianggarkan terdapat 300 jenis penyakit tergolong dalam penyakit psikologi dan kemurungan adalah satu cabang daripada penyakit jiwa.   Penyakit kemurungan boleh memberi kesan kepada tubuh badan dan kehidupan sosial penghidapnya kerana ia satu penyakit yang menyebabkan seseorang individu berada dalam keresahan dan kegelisahan secara berterusan tanpa sebarang sebab munasabah.   Malah jika tidak ditangani secara rasional, masalah kemurungan ini boleh melarat kepada perkara lebih buruk hingga menjejaskan kesihatan diri individu itu sendiri.  Ia sebenarnya penyakit keempat di dunia yang paling berpotensi menyebabkan ketidakupayaan individu dari segi sosial kerana kebanyakan daripada penghidap masalah ini lebih gemar menyendiri tanpa bergaul dengan sesiapa.

Simptom kemurungan:
# Kesedihan atau 'kekosongan' perasaan yang berpanjangan.
# Hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan.
# Mudah berputus asa.
# Perasaan bersalah dan tidak berguna.
# Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur.
# Hilang selera makan dan penurunan berat badan.
# Berperasaan lebih baik mati, kadangkala disertai dengan cubaan bunuh diri.
# Rasa tidak tenteram dan mudah marah.
# Kurang daya tumpuan, sukar membuat keputusan.

Antara tip yang boleh digunakan untuk mengelakkan masalah kemurungan:
# Amalkan gaya hidup sihat seperti bersenam secara teratur serta mengambil pemakanan seimbang.
# Dapatkan tidur mencukupi kerana tidur adalah elemen rehat paling penting untuk tubuh serta minda supaya dapat kembali bertenaga secara fizikal dan mental keesokan harinya.
# Elak bersendirian serta luangkan masa bersama keluarga. 



Sumber : Rosmaliana Aida Mohd Adnan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...