Anda Suka???

Monday, December 5, 2011

Merlin Season 4



Bagi peminat siri Merlin nie mesti tak sabar-sabar nak tengok sambungan ceta nie (hehe termasuk akak le 2). Kat astro Channel 702 atau tv3 tengah sakan mengulang tayang terutama astro dari season 1 - 3. Walaupun dah banyak kali diulang tayang tetap tak jemu. (peminat tegar kah)

Promo kat tv dah ada dan akan ditayangkan pada 12 Disember ini di Astro 702 jam 9.00 malam setiap Isnin tapi kat tv3 tak shua sure bila. Mesti semua pakat dah tengok promo nie..

Musim nie boleh tengok Arthur mengambil alih tahta bila Uther mati.  Morgana dan kakak tirinya bergabung dan cuba memusnahkan Camelot dari jauh kerana lari daripada Camelot sebab percubaan merampas tahta tak berjaya.  Dalam season nie juga kakak tiri Morgana akan mati dan Morgana akhirnya tahu ada seorang penghalang segala niat jahatnya yang dikenali sebagai Emrys tapi dia tak tahu Merlin orangnya. 

Arthur mempunyai seorang penasihat iaitu pakciknya.  Arthur tidak tahu pakciknya bersekongkol dengan Morgana dan Merlin dan Gaius sahaja yang tahu niat pakcik Arthur tu.  Kalau nak tahu lagi sinopsis ceta ni baca SINI atau  SINI.

Kalaun nak sedut download kat SINI.

Trailer....


Saturday, November 26, 2011

CARPAL TUNNEL SYNDROME

Sakit ibu jari dan pergelangan tangan dah seminggu lebih akak rasa. Nak g klenek rasa macam tak payah la.. sikit je nie..tapi sakit makin terasa. Akhirnya tanya cik google and jumpa la info nie.... 

Sindrom Carpal Tunnel disebabkan bahagian saraf tertekan di bahagian telapak pergelangan tangan serta jari bahana daripada tekanan yang sering terjadi di bahagian tersebut.


Antara tanda-tanda sindrom ini adalah seperti:  
  • Sering rasa sengal pada pergelangan tangan dan juga jari tangan, erutama pada bahagian ibu jari, telunjuk dan jari tengah
  • Sakit & kadangkala melibatkan lengan ,bahu & leher
  • Kekakuan pada jari
  • Kebas terutama waktu malam

Bagaimana ini berlaku?

Secara umumnya, 3 jari ini (jari ibu, telunjuk dan hantu) dipersarafi oleh Median Nerve (N. medianus). Saraf ini memasuki kawasan tangan melalui bawah Transverse Carpal Ligament dimana laluan ini juga dipanggil Carpal tunnel yang terletak di pergelangan tangan.

Carpal tunnel syndrome terjadi akibat saraf tersebut tertekan atau tersepit oleh Tranverse Carpal Ligament. Penekanan terhadap saraf ini mungkin terjadi akibat kecederaan pada pergelangan tangan, ataupun akibat dari penggunaan pergerakkan pergelangan tangan yang kuat dan sering.

Wrist splint
Rawatan sindrom ini boleh dilakukan di rumah ataupun dengan cara pembedahan. Sekiranya tidak diindikasikan untuk dibedah, cukup dengan pemakaian wrist splint sekitar 4 hingga 6 minggu untuk memastikan pergelangan tangan berada di dalam keadaan rehat lalu melonggarkan tekanan saraf itu tadi. 

Sekiranya penggunaan wrist splint gagal dan pesakit perlu dibedah, pembedahan dilakukan dengan cara membuang ligamen yang menekan saraf itu bagi meluaskan lagi Carpal Tunnel tersebut.

Pembedahan CTS
Untuk mengelak daripada terkena...





Senaman yang boleh dilakukan



Ramai wanita yang mengalami sindrom ini berbanding lelaki dan selalunya berlaku pada wanita umur pertengahan. Pelbagai cara dapat dilakukan untuk mencegahnya seperti tidak melakukan pekerjaan yang terlalu berat yang boleh menyebabkan cedera pergelangan tangan.


Sumber : Media Kesihaan & Utusan Online



Monday, November 21, 2011

10 Tips Kurangkan Stress

Kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah, namun kita masih tidak terlepas daripada menghadapi tekanan ketika bekerja. Pelbagai tekanan yang dihadapi menyebabkan hati menjadi runsing dan semua kerja tidak akan terlaksana. Tidak mustahil bagi individu yang berhadapan dengan masalah ini akan terbawa-bawa ke rumah hingga anak-anak pula menjadi mangsa. Namun, hati akan menjadi tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa jua yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. 

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah : 


1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk 

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.


2) Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

 

3) Banyakkan Solat Sunat  

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.


4) Selalu berdoa kepada Allah  

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa. 

5) Bersangka baik dengan Allah 

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan- Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu. 


6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan 

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh. 


7) Amal diet dengan disiplin yang kuat 

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.


8.) Menangis dengan sepuas hati  

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. (Luaran lain hati lain) ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri  

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria. 

10) Cintai diri sendiri 

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain".  Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Kesimpulan Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Sumber :  email group drpd M. Rajoli Al-Qlantani 

Sunday, November 20, 2011

Jambatan Di Dalam Air


Jambatan unik ini dikenali sebagai Moses Bridge @ Jambatan Naib Musa. Ianya bukan terletak di Laut Merah, tapi terletak di Belanda. Ianya menerima jolokan Jambatan Nabi Musa oleh penduduk setempat kerana ianya seakan-akan aksi membelah laut mati yang dilakukan nabi musa ketika misi menyelamat Bani Israel dari tentera Firaun, maka sebab itu jambatan ini di bawah.


Jambatan ini dibina sedemikian rupa supaya ianya tidak mengubah lanskap parit pertahanan yang dibina mengelilingi sebuah kota lama. 


Jambatan ini dibina dari kayu Accoya yang terteknologi tinggi yang mana ianya lebih keras daripada mana-mana kayu dari Hutan Hujan Tropika yang dikatakan mampu tahan lebih lama dari kayu biasa bila direndam di dalam air dan disaluti dengan nontoxic anti-fungal (kayu tidak mudah reput).


Klik jangan x klik.....




Sumber : Cari


Thursday, November 17, 2011

10 Jenis Makanan Anti Kolesterol

1.    SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yang diproses untuk mendapatkan kacang soya, ia mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian.Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2.   KUACI
Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekaligus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolesterol.
3.   BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, Limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4.   EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan. Kanak-kanak yang mengambil makanan segera dan kemudian memakan epal @ meminum jusnya, sebenarnya boleh menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya lemak dalam badan. 

5.   IKAN TUNA
Ianya termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular, selain salamon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.
6.   KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung. 

7.   MANGGA
Terdapat banyak Vitamin C dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin berupaya mencegah kolestrol LDL dalam tubuh.
8.   KISMIS
Mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolesterol. Sesiapa yang mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolesterol dalam darah sebanyak 8%. 

9.   OAT
Banyak kajian saintifik yang di jalankan, menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolesterol anda. 


10.   JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.




Wednesday, November 16, 2011

Masalah Kelemumur

Kelemumur sebenarnya masalah kulit kepala yang boleh dialami oleh sesiapa saja termasuk bayi, kanak-kanak, remaja dan orang dewasa. Kebanyakan kes kelemumur tidak memerlukan rawatan doktor, tetapi jika selepas beberapa minggu menggunakan syampu berubat, kelemumur tidak hilang atau kulit kepala menjadi merah dan bengkak, anda mungkin perlu berjumpa pakar kulit. 

Ramai orang beranggapan kelemumur berkaitan dengan masalah kebersihan dan kekerapan anda membasuh rambut. Sebenarnya tidak, kelemumur tetap berlaku walaupun anda bersyampu atau sebaliknya. Kelemumur sebenarnya sebahagian daripada proses normal pertumbuhan sel kulit kepala yang baru. 

Ia selalunya dikaitkan dengan proses sel kulit tumbuh dan mati lebih cepat berbanding masa yang sepatutnya. Proses pertumbuhan sel kulit baru menyebabkan sel kulit lama mati dan gugur dari kulit kepala. Proses itu akan lebih cepat apabila seseorang itu berkelemumur. Sel itu juga membentuk keruping yang lebih besar dan jelas dilihat pada mata kasar. 

Bagaimanapun, punca sebenar bagaimana kelemumur terjadi tidak diketahui. Secara umumnya, ia dikaitkan dengan kewujudan fungus dikenali sebagai ‘pityrosporum ovale’. Fungus itu menyebabkan seseorang mengalami kelemumur. Fungus ini tinggal di kulit kepala, bagi mereka yang sihat ia tidak akan menyebabkan sebarang masalah. Ada kalanya apabila jumlahnya terlalu banyak ia menyebabkan kegatalan dan sel kulit gugur. 

Kelemumur adalah fenomena global dan dialami oleh kebanyakan orang. Ia terjadi di kalangan dua hingga lima peratus populasi, tidak kira dewasa atau kanak-kanak termasuk bayi seawal usia tiga bulan. Kelemumur akan menyebabkan kulit kepala terasa gatal dan kelihatan berkuping-kuping. Kelemumur bukan masalah berjangkit dan bukan masalah serius. Ada kalanya ia sukar dirawat dan memalukan. 

Secara umumnya, kelemumur ditangani dengan syampu berubat dan kekerapan anda untuk bersyampu. Namun, jika syampu tidak banyak membantu, anda mungkin perlu membuat temujanji dengan pakar kulit. 

INFO: Golongan berisiko alami kelemumur 
  • Ia bermula pada peringkat usia dewasa dan berterusan hingga pertengahan usia. Namun, ada juga mereka yang berhadapan dengan kelemumur sepanjang hayat. 
  • Lelaki lebih kerap berhadapan dengan kelemumur. Dipercayai hormon lelaki memainkan peranan utama dalam hal ini. Lelaki juga mempunyai kelenjar penghasilan minyak pada kulit kepala yang lebih besar berbanding wanita. Justeru, ia menyumbang kepada terjadi kelemumur. 
  • Rambut dan kulit kepala yang berminyak 
  • Diet pemakanan yang kurang zink, vitamin B dan sesetengah jenis lemak. 
  • Masalah penyakit berkaitan neurologi. 

INFO: Punca 
  • Kulit kering – punca biasa yang menyebabkan kegatalan dan kulit berkeruping.
  • Kulit gatal dan berminyak – menyebabkan kulit bertanda kemerahan dan berminyak. 
  • Kurang bersyampu 
  • Masalah kulit seperti psoriasis 
  • Ekzema pada kulit kepala 
  • Sensitif pada bahan kimia yang digunakan dalam syampu rambut
    Perubahan hormon 
  • Tekanan # Masalah neurologi 

Sumber: Mayoclinic.com


Monday, November 14, 2011

Zuhrah dan Utarid berdansa di langit petang & Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

(klik sini kalau tak boleh play)

Planet Venus dan Mercury kini sedang merewang-rewang di langit petang selepas Maghrib. Simulasi video di atas menunjukkan perubahan posisi kedua-dua planet ini sepanjang 10 hari, bermula  11.11.11 sehinggalah ke 21.11.11.

Simulasi ini boleh digunakan seluruh Malaysia. Waktunya lebih kurang 1/2 jam selepas Maghrib, iaitu sekitar 7.30 PM di Kuala Lumpur. Pandang arah BARAT. Hanya perlu guna mata untuk melihat. Tak perlu teleskop. Jika ada kamera lagi bagus, dan boleh buat rakaman.


GERHANA BULAN PENUH PADA 10 DISEMBER 2011


Pada 10 Disember 2011 ini, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh sekali lagi.  Klik SINI untuk maklumat lanjut.


Sumber : Falak Online


Thursday, November 10, 2011

Tanda-tanda Awal Kanser Yang Tak Pernah Diendahkan


Biasanya pesakit kanser hanya menyedari dia mengidap kanser bila penyakitnya sudah pada peringkat 4. Dan, selalunya keadaan ini dianggap sudah terlalu lewat. Sebenarnya. dari peringkat awal kanser menyerang tubuh kita, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering mengandaikan yang tanda-tanda itu sebagai 'Tidak apa-apa', cuma sakit biasa sahaja. Kita pun mengambil langkah 'bijak' kita sendiri iaitu menelan panadol atau membeli ubat di farmasi. 

Adakah anda pernah membuat pemeriksaan tahunan seperti ujian colonoscopies atau ujian PSA? Tentu ramai yang menggelengkan kepala. Tidak mengapa kerana meskipun penting, setakat membuat ujian seperti itu belum tentu dapat melindungi anda daripada kanser. 

Anda tentu tidak mahu menyertai barisan pesakit kanser yang terlambat menyedari, bukan? Jadi, perhatikan perkara-perkara berikut. Mungkinkah ia merupakan penggera awal, notis pemberitahuan bahawa sel-sel kanser sedang mula bertapak dalam tubuh anda? 

1. Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulangkali mendapat / mengalami sakit perut tanpa sebab. 

2. Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pankreas mungkin tanda kanser pankreas 

3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukimia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan-nekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah. Nampaknya, sakit perut bukan perkara yang boleh diambil ringan. Jadi, jika anda mengalami sakit perut dan ia bukan berpunca akibat tersalah makan atau bukan masalah pencernaan, jumpalah doktor anda, mintalah dia arahkan pemeriksaan menyeluruh dan buatlah 'ultrasound' 

4. "Asid perut" kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati.

Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antasid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu. Sakit yang tidak diketahui puncanya atau sakit di sebelah kanan yang lebih rendah boleh menjadi tanda awal kanser hati, yang dikenali sebagai salah satu "pembunuh senyap." Perasaan kenyang selepas hidangan yang kecil adalah tanda biasa kanser hati juga. Jika anda mempunyai serangan kerap asid perut, sakit perut yang tidak dapat dijelaskan, atau perasaan penuh selepas makan walaupun anda makan kurang daripada biasa, hubungi doktor anda. 

5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif, nak bergerakpun malas tetapi tetiba berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan, ketahuilah bahawa inilah petanda awal kanser kolon. Kehilangan berat badan yang tidak dapat dijelaskan boleh juga menjadi tanda kanser yang merebak ke hati, memberi kesan kepada selera anda dan keupayaan badan anda untuk membersihkan sendiri sisa.

6. Jaundis / demam kuning. Barah pankreas, satu lagi salah satu "pembunuh senyap," sering ditemui apabila seseorang mengidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata, tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah. Sesetengah orang yang mengidap barah pankreas mengatakan, mereka perasan kulit mereka rasa gatal sebelum mereka menyedari bahawa mereka mengidap jaundis. 5. Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada, atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru.

7. Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru, boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronkitis yang teruk. Satu cara untuk memastikan apakah anda mengidap kanser atau tidak.

Gejala-gejala itu berterusan, atau tanda-tanda itu hilang sekejap kemudian datang semula berulang-ulang. Sesetengah pesakit kanser paru-paru memberitahu yang sakit dada dialami itu menjalar hingga ke bahu atau ke bawah lengan.

8. Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal, yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan / keupayaan melawan jangkitan kuman. Doktor kadang-kadang mengesan leukemia di kalangan orang dewasa yang lebih tua hanya selepas pesakit telah beberapa kali mengadu demam, sakit, dan simptom seperti selesema dalam tempoh masa yang panjang.

9. Kesukaran menelan. Yang sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak, kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga. Lelaki yang didiagnosis dengan kanser esophageal mengalami rasa sakit ketika menelan makanan/minuman. Kadang-kadang anda rasa ada sesuatu tersekat di kerongkong. Dapatkan nasihat doktor kerana pada saat ini mungkin esofagus anda sudah menjadi sempit atau ada tumor dalam kerongkong.

10. Gastroesophageal penyakit refluks (GERD) - satu keadaan di mana asid perut naik ke dalam esofagus, menyebabkan pedih hulu hati dan rasa berasid di tekak - boleh mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai esofagus Barrett, yang boleh menjadi penyebab kanser esophageal. 1

11. Bengkak muka. Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka.

12. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak, atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak, atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia.

13. Lebam Teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah, boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. Ini kerana sel-sel leukimia mengerumuni sel-sel darah merah dan platelet lalu merosakkan keupayaan darah untuk membawa oksigen dan beku.

14. Lemah dan letih. Sering merasa lemah, tak larat, letih adalah gejala bagi kebanyakan penyakit kanser yang tidak disedari sama sekali. Jadi jika anda berasa letih tanpa sebab sehingga susah hendak tidur, segeralah berjumpa doktor.

15. Pendarahan rektum atau darah dalam najis. "Saya fikir ia buasir" adalah satu kenyataan yang paling biasa doktor mendengar apabila mendiagnosis kanser kolorektal.

16. Sembelit, cirit-birit, dan perubahan dalam najis semua boleh menjadi tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala kanser lain, cara untuk memberitahu jika ini adalah perkara yang membimbangkan ialah jika ia berlaku pada lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas, seperti flu atau keracunan makanan. Orang yang didiagnosis mengidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya.

17. Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awal kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing .Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti.

18. Rasa sakit atau pedih semasa membuang air kecil. Gejala ini juga boleh menunjukkan jangkitan saluran kencing atau penyakit kelamin, sudah tentu, tetapi dalam hal mana-mana waran perjalanan serta-merta kepada doktor. Gejala ini sering digabungkan dengan perasaan bahawa anda perlu pergi lebih kerap, terutamanya pada waktu malam. Gejala-gejala ini yang sama juga boleh menunjukkan keradangan atau jangkitan pada prostat atau hiperplasia benign prostatic, nama apa yang berlaku apabila prostat membesar lebih besar dan menyekat aliran air kencing. Walau bagaimanapun, anda perlu mendaftar keluar untuk memberitahu perbezaan.

19. Kencing berdarah dan darah dalam air mani. Adalah tanda bahaya kanser prostat.

20. Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mengidap kanser prostat.

21. Sakit pada pangkal paha, pinggul, atau abdomen. Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, peha, atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki.

22. Bengkak buah zakar. Ketulan yang menunjukkan kanser testis tidak langsung menyakitkan. Ia juga biasa bagi testis membesar atau membengkak.

23. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit di belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang adalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pankreas.

24.  Puting tetek yang bersisik atau dan mengeluarkan cairan. Lelaki juga boleh mendapat kanser payudara, ya! Mereka mengalami satu keadaan yang dipanggil gynecomastia, ada ketulan benigna di kawasan puting. Kanser payudara biasanya dikesan sebagai ketulan, tetapi jika ia merebak ke dalam, ia juga boleh menyebabkan sakit dada. Tanda-tanda lain kanser payudara termasuk tompok-tompok merah, bersisik, atau kulit lekuk atau perubahan pada puting seperti membelok masuk atau kebocoran bendalir.

25. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak, atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu bagaimana tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tetapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering. Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit - melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus - dan berhati-hati memeriksa kulit di seluruh tubuh untuk pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik.

26. Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh menjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh menjadi tanda kanser paru-paru.


Sumber: Melanie Haiken, Caring.com


Tuesday, November 8, 2011

Sinopsis Telefilem Kekasih Awal & Akhir

 

Aaron kembali bergandingan dengan Siti Saleha selepas drama Nora Elena yang mencetuskan fenomena dan Habil dan Qabil yang telah  ditayangkan di tv3. Aaron Aziz buat pertama kalinya, mengarahkan sebuah telefilem khas buat Media Prima dan ianya juga merupakan arahan pertamanya di Malaysia menerusi Aaron Aziz Productions Sdn Bhd. Skrip telefilem ini pula ditulis isterinya, Dayana Halik. 

Sinopsis Telefilem

‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Ghous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat. 

Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri.


Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa.  Awal nekad untuk mengahwini Akhirah, namun malangnya ketika Akhirah mengandung tiga bulan, dia terbabit dalam kemalangan menyebabkan dirinya lumpuh seluruh badan. Demi kebahagiaan suami dan mengenangkan keadaannya yang lumpuh, Akhirah meminta awal mengahwini Julia. tetapi selepas berkahwin, Julia amat cemburu dengan Akhirah yang sering menjadi perhatian Awal dan bermulalah detik hitam buat Akhirah dan anaknya.
 
Akan ditayangkan pada 9 November 2011 di saluran TV9 pada jam 8.30 malam. Meh kita tonton ghamai-ghamai..

 Sumber : Berita Harian

Monday, November 7, 2011

Sinopsis Drama Tentang Dhia

Drama Soffiya akan berakhir dan bakal digantikan dengan drama baru berjudul Tentang Dhia. TV3 memberi pilihan kepada penonon untuk memilih siapa yang layak untuk Soffiya.  Kalau nak undi klik SINI dan boleh juga suarakan komen.. 

Puas juga lah google cari sinopsis drama nie tapi tak berjumpa. Ada yang kata drama nie di adaptasi daripada novel dan ada yang kata tidak.  Bagi akak adaptasi daripada novel atau tidak, bukan soalnya... akak layanz je.. hehe. Akhirnya jumpa sinopsisnya....


Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish) yang berdiri antara dua lelaki sangat dikasihaninya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda) yang berasakan dirinya lebih anggun dan sesuai. Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustapha), dua lelaki berbeza daripada latar belakang.
Kredit to cthoney
Hanya memikul tugas sebagai kerani biasa, Azmi adalah anak seorang imam di kampung disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan dari universiti luar negara juga adalah teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan dalam kesedihan dan kekecewaan. Namun hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya. Tetapi jerat dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap khalwat penduduk kampung dan ditahan di balai polis. Sejurus mengetahui berita itu, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap berlangsung seperti dirancang. Namun, majlis pertunangan mereka diserang keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi. Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab atas perbuatannya sehingga Melly mengandung.

Sekali lagi Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata. Bagaikan pelangi selepas hujan, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur. Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi dan mereka bekerja di firma sama. Zikir sangat diminati Rose (Tasha Shilla) yang juga seorang pekerja di firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat. Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung itu, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia. 

Kemanakah hala tuju Dhia setelah kehilangan Azmi dan apakah yang akan berlaku seterusnya di dalam hidup Zikir? Saksikan drama Tentang Dhia yang akan bersiaran sebanyak 26 episod dalam slot Akasia di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam bermula 9 November ini.

 Sumber : Cari & Berita Harian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...