Anda Suka???

Sunday, October 25, 2009

H1N1 Bersama Cikgu


Kartun nie akak jumpa kat citermenarik.blogspot. Minta ampun ya tuan rumah akak copy & paste. Lebih kurang minta halal ye.. Banyak juga cita menarik dalam nie.



Sumber : citermenarik.blogspot.com




Thursday, October 22, 2009

Siti Irdina Qaleesya bt. Tajulazam

Pada 2 Oktober 2009 yang lalu adik ipar akak, CT Zura telah selamat melahirkan baby girl dengan berat 3.66 kg. Wah tembam dan gebuss lagi.. (macam kek lak. gebus 2 jgn mare ya zura) Macam muka abang2nya. He2 dah dari gen 2 juga nak lari ke mana kata adik ipar akak. Bayi ini adalah bayi perempuan ke-4 dalam famili sebelah akak. Abah dan mak akak ada 9 cucu lelaki dan 3 cucu perempuan + baby baru.



Gambaq sebelah semasa Siti Irdina Qaleesya dimasukkan ke dalam wad selama 2 hari kerana kuning. Tapi sekarang Qalessya dah ok & berat dia pun dah 4.45 kg.

Tak sabar nak tunggu raya aji nie nak tengok baby sebab adik akak nie tak dok di Kedah..



Monday, October 19, 2009

Replika Bangunan Dari Pencungkil Gigi

Wajahnya menggambarkan ketekunan dan tumpuan ketika dia menyiapkan kuil Angkor Wat.

Dan tumpuan adalah sesuatu yang sentiasa ada pada Stan Munro selepas menghabiskan masa enam tahun membina model mercu tanda terkenal dunia dengan menggunakan enam juta lidi pencungkil gigi. Bekas penyampai televisyen itu juga menggunakan lebih 170 liter glu ketika bekerja sepenuh masa membina model bangunan seperti Big Ben, Jambatan Menara dan Vatican.

Dia juga sudah menyiapkan Opera House Sydney, Taj Mahal dan Cutty Sark dengan skala 1:164. Munro, 38, yang sudah berkeluarga mengambil masa dari sehari hingga enam bulan untuk membina setiap bangunan berkenaan. Namun sebahagian besar masanya dihabiskan untuk menjalankan kajian.

Dia memuat turun sebanyak mungkin lukisan teknik dan imej satelit dari Internet untuk menjalankan penyelidikan dan membina bangunan terbabit. Kebanyakan bangunannya lompang dengan hanya beberapa sokongan struktur yang juga dihasilkan daripada lidi pencungkil gigi yang dibelinya terus daripada pemborong. Model besar dibuat secara berasingan supaya mudah diangkat dan dialihkan. Munro membina modelnya di Muzium Sains dan Teknologi di Syracuse, New York, Amerika Syarikat.

Pameran terbarunya, Bandar Pencungkil Gigi II - Kuil dan Menara, memperlihatkan lebih 40 bangunan berkait dengan agama dan bangunan tinggi di seluruh dunia. Dia mula membinanya sejak empat tahun lalu dan dijangka siap Disember ini.

Munro membina struktur daripada pencungkil gigi sejak zaman sekolahnya apabila diminta membina struktur setinggi enam inci yang boleh membolehkan telur diletak di atasnya. Struktur dihasilkannya sangat kukuh. Bukan setakat telur, malah mejanya juga boleh diletakkan di atasnya.

Munro mula mendapat ilham untuk menggabungkan kegemarannya mengumpul pencungkil gigi dengan minatnya terhadap bidang seni bina ketika menganggur tiga bulan pada 2003. Bandar Pencungkil Gigi pertamanya — Sejarah Pencakar Langit — dijual kepada sebuah muzium di Mallorca, Sepanyol. Dia mengambil masa dua tahun untuk membina 50 bangunan untuk pameran itu.

Munro berkata: “Saya sungguh seronok menghasilkan Bandar Pencungkil Gigi pertama hingga terdorong untuk menghasilkan satu lagi yang lebih besar dan terperinci. “Saya mahu pameran kali ini menggambarkan kepelbagaian agama, pencapaian dalam seni bina dan ketepatan sejarah. Atau paling tidak, ia boleh menjadi satu pameran untuk menunjukkan minat saya mengumpul pencungkil gigi.

“Belum ada orang membina bangunan ini menurut skala yang sama dan meletakkannya sebelah-menyebelah. Lebih-lebih lagi struktur itu dibuat daripada pencungkil gigi. “Saya berharap sangat untuk melihat bagaimana rupanya. Jika anda tidak boleh menjelajah seluruh dunia, saya mahu anda datang melihat pameran ini dan menganggap anda sudah mengelilingi seluruh dunia.


“Dan saya lebih suka dikenali sebagai arkitek daripada artis.”



Sumber: Harian Metro, 19 Oktober 2009


Monday, October 12, 2009

Antara Bangunan Unik Di Seluruh Dunia

Mai pakat layan antara bangunan-bangunan unik di dunia setelah penat akak meronda..



DYNAMIC TOWER Dubai yang bergerak setiap saat, seni bina kreatif terbaru daripada arkitek Itali. Reka bentuk menyanggah tradisi, tarik perhatian dunia. Apabila menyebut bangunan, tentunya dibayangkan berciri pencakar langit, empat persegi, dikukuhkan dengan kerangka keluli selain dilengkapi tingkap kaca jernih. Tingginya yang menyapu awan dengan keluasan menyamai berpuluh-puluh padang bola sedikit sebanyak mengehadkan imaginasi kita bahawa ada segelintir pencakar langit menawarkan seni bina pelik lagi menakjubkan.

Menara Bergerak, Dubai

Dilancarkan pada 24 Jun lalu, arkitek Itali, Dr David Fisher mengumumkan pembinaan menara pertama di dunia yang bergerak setiap saat. Bangunan yang menghadap ke laut itu
dirancang didirikan di beberapa lokasi di dunia bermula dengan Dubai, Moscow diikuti New York.

Menurut Dynamic Group, syarikat yang akan membina bangunan yang dinamakan Dynamic Tower Dubai setinggi 420 meter itu bakal menempatkan 80 tingkat unit pangsapuri dengan keluasan 124 meter persegi manakala villa pula seluas 1,200 meter persegi. Setiap unit kediaman dilengkapi tempa
t meletak kereta dalam rumah.

Keunikan seni bina menara itu adalah ciri aras lantai yang berpusing mengikut hala bebas sekali gus mewujudkan perspektif pandangan berbeza. Dynamic Tower mesra alam dan bangunan pertama di dunia direka dengan keupayaan menjana elektrik sendiri melalui turbin angin yang
dipasang di setiap tingkat.

"Setiap aras dijangka mengambil masa tujuh hari untuk disiapkan. Ini revolusi baru seni bina. Mulai hari ini, bangunan bukan lagi disempurnakan di tapak projek tetapi di kilang," katanya yang berpengalaman 30 tahun menzahirkan bangunan teknologi terkehadapan di bandar besar seperti London, New York, Hong Kong, Paris dan Dubai.

BANGUNAN BAKUL DI US

Mulanya hanya angan-angan tetapi menjadi nyata apabila Dave Longaberger, pengasas syarikat Longaberger membina bangunan pejabat berbentuk bakul bertangkai.

Longaberger percaya itu adalah ilham terbaik daripadanya. Beliau yakin kewujudan bangunan itu akan menarik perhatian dan menambah rezekinya namun sebaliknya reputasi Longaberger jatuh merudum.

Bukan saja bank, arkitek malah syarikat pemaju mentertawakannya dan beliau dituduh cuba berlawak. Tidak cukup itu, pekerjanya juga lari meninggalkannya.

Longaberger bagaimanapun tidak berputus asa sebaliknya mengambil keputusan mengekalkan bangunan berkenaan. Cita-citanya termakbul apabila bangunan itu dibuka untuk operasi pada 17 Disember 1997.

PUSTAKA KANSAS CITY DI US
Bangunan kutub khanah paling mengagumkan di Amerika Syarikat. Warga tempatan diberi peluang memilih judul buku yang memberi pengaruh besar terhadap bandar Kansas selain pernah memenangi anugerah untuk diabadikan pada dinding tempat meletak kereta.

THE DANCING HOUSE DI PRAGUE

The Dancing House, nama timangan yang diberi pada sebuah bangunan pejabat. Bangunan ini gemalai ‘menari-nari’ di bandar Prague. Direka bentuk oleh seorang arkitek Chezh berdarah Crotia bernama Vlado Milunic dengan kerjasama Frank Gehry dari Jerman. Bangunan ini jika diteliti sememangnya kelihatan seperti pasangan yang sedang menari, maka pernah dinamakan sempena pasangan penari terkenal satu masa lalu,Fred Astaire and Ginger Rogers.

RUMAH PIANO DI CHINA


Terletak di Wilayah An Hui, China. Untuk ke aras atas, pengunjung perlu menaiki tangga bergerak di dalam biola kaca. Bangunan ini menyediakan prospek cerah terhadap pelan pembangunan dan kemajuan bandar kerana mewujudkan daya tarikan baru pelancongan di daerah itu.

The Crooked House (Poland)

Arkitek Poland, Szotynscy Zaleski, menzahirkan Crooked House seni bina pusat membeli-belah selepas mendapat ilham daripada ilustrasi dongeng kanak-kanak Jan Marcin Szancer.

Berkeluasan 4,000 meter persegi, pusat membeli-belah yang terletak di Rezydent, Sopot, Poland ini kini menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Poland.

RUMAH MANGKUK TANDAS


Rumah berbentuk mangkuk tandas ini dibina oleh Sim Jae-duck Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Persatuan Tandas Sedunia. Rumah ini dinamakan dengan bahasa korea sebagai Haewoojae yang bermaksud "tempat perlindungan yang dapat menyelesaikan satu kebimbangan".


Sumber : Pelbagai ^_^

Tuesday, October 6, 2009

Terima Seadanya






Kata Hikmah






Monday, October 5, 2009

Burj Dubai Akan Dibuka Akhir Tahun 2009


DUBAI, 3 Okt (Bernama) -- Bangunan tertinggi di dunia, Burj Dubai, mengikut jadual untuk siap akhir tahun ini, demikian menurut pemajunya, Emaar Properties. Ketinggian akhir menara kegunaan bercampur yang mengandungi kediaman, suite korporat serta Armani Hotel and Armani Residences yang pertama di dunia, akan diumumkan apabila Burj Dubai dibuka akhir tahun ini. Emaar mengumumkan beberapa angka dan fakta yang mengagumkan mengenai pembinaan menara itu, yang kini pada ketinggian lebih 800 meter di pusat projek mega Downtown Burj Dubai. Keseluruhan berat aluminium yang digunakan bagi lapisan pelindung bahagian luar struktur tinggi itu bersamaan dengan lima pesawat A380, dan jumlah panjang besi keluli ialah 293 kali ketinggian Menara Eiffel di Paris. Sejumlah 103,000 meter persegi kaca digunakan dalam panel pelindung yang boleh meliputi 14 padang bola sepak dan 15,500 meter persegi besi keluli dengan ukiran yang digunakan boleh meliputi 34 gelanggang bola keranjang yang diperakui Persatuan Bola Keranjang Nasional. Jumlah panjang gasket pula ialah 2,050,000 meter linear, yang jika diukur hujung ke hujung ialah kira-kira jarak antara Dubai ke ibu negara Syria, Damascus yang berada pada 2,052 kilometer. Lapisan pelindungan luar Burj Dubai siap baru-baru ini, dengan rekod dunia pemasangan tertinggi permukaan aluminium dan kaca, kata Emaar. Panel lapisan pelindung yang ke-24,348 itu, seberat 750 kilogram dipasang pada ketinggian lebih 662 meter.

Sumber: BERNAMA
Oleh
: Abdul Muin Majid



Ceta Lama

Cita nie hampir 2 tahun yang lalu kalau x silap akak. Saje je nak add dalam n3 nie untuk kenangan. Kejadian berlaku sewaktu akak n family dalam perjalanan ke UTP untuk bawa anak akak gi interview kat UTP. Tetiba je akak dengar 1 letupan yang kuat, ingatkan tayar lori yang berselisih ngan keta akak meletup tapi baru sedar cermin keta dah pecah waktu tue. Keta tak ble laju dah pasai cermin keta mula jatuh berderai. Sepanjang jalan kami jadi perhatian. Nak berhenti masa dah suntuk untuk ke UTP, hubby akak drive gak keta. Akhirnya alhamdulillah kami sampai ke UTP juga tapi tok sah cakap la memang jadi perhatian la kami pagi tue. Nasib baik la pihak UTP menyediakan sarapan pagi untuk semua waris serta pelajar kerana perut memang dah berkeroncong. Setelah selesai taklimat barulah hubby kak mencari bengkel. Plan nak gi bercuti cancel. Hehe bajet lari ke cermin keta. Nie ha gambaq yang sempat kak snap hari tue..

Semasa di UTP akak cukup teruja tengok library kat Dewan Canselor tue (ampun yak kalu tersilap nama dewan.. maklum la ingat2 lupe) Bagi akak tak pernah lagi la tengok library cam 2. Dindingnya bercermin boleh nampak dari luar n yang nampak cam berkotak-kotak 2 rak buku sebenarnya. Pendek kata interior design dia memang fuh!! Tapi yang ruginya akak tak dapat masuk ke dalam library nie pasat hari 2 cuti.Apa-apa pun tengok jer la yer….


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...