Anda Suka???

Monday, December 31, 2012

Makan Tomato Hilangkah Kesedihan??


BEIJING: Amalan memakan tomato sekurang-kurangnya sebiji sehari boleh membantu mengubati kesedihan dan mengurangkan kemurungan sehingga 52 peratus, lapor satu kajian.

Penyelidik dari Universiti Perubatan Tianjin Dr Kaijun Niu, berkata, kajian yang dijalankan mendapati tomato memberikan kesan yang hebat untuk mengatasi kemurungan.  Sayuran ini dipenuhi lycopene yang mampu mengurangkan ketegangan dan memberi perlindungan kepada beberapa penyakit kronik seperti serangan jantung dan barah kepada mereka yang mengamalkannya.

Ramai orang mengamalkan makan salad dan menyangka sayuran ini banyak khasiat tetapi tomato mempunyai kandungan bahan yang jauh lebih hebat untuk membantu mengekalkan kesihatan, katanya.

Kaijun berkata walaupun sebab sebenar tidak dapat dijelaskan penyelidikan kesihatan mental ke atas 1,000 responden berusia 70 tahun di Jepun mendapati, mereka yang makan sekurang-kurangnya dua biji tomato seminggu hidup lebih gembira berbanding kelompok yang tidak mengamalkannya.

Sumber


Friday, December 28, 2012

Sinopsis Drama Sehangat Asmara


Drama Sehangat Asmara ini  akan ditayangkan di Astro Mustika HD 134 bagi menggantikan drama Adam dan Hawa.   Pastinya ramai peminat novel sudah membaca kisah Sehangat Asmara nie, kisah cinta tanpa restu keluarga antara  Kamilia Najwa dan Zainal Arief.

Pelakon: Adi Putra, Rita Rudaini, Shahrizal Jaszle, Afzan Rahman, Izreen Azminda, Nur Fureena, Pengarah : Feroz Kader dan cerita dan skrip ditulis oleh Aisya Sofea/Eenaz Mokhtar/Rozie Rashid.
Sinopsis
Cinta pandang pertama Kamalia Nalwa dan Zainal Arief memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti. Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji bahawa dia akan kembali lagi. Selama sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini 'disembunyikan' oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, 'dendam rindunya' terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Hipokritkah Zainal ketika mengatakan bahawa hanya Kamilia yang bertakhta di hatinya?

Sumber

Sinopsis Drama Jauh


Setelah selesai penggambaran drama bersiri Adam dan Hawa sebanyak 80 episod sekali lagi Global Station Sdn Bhd bakal menghasilkan satu lagi drama yang diadaptasikan juga dari novel akan menemui penonton.  Drama berjodol Jauh ini juga diadaptasi daripada novel tulisan Aisya Sofea yang berjudul Jauh.

Jika drama Adam dan Hawa penggambarannya dilakukan di luar negara iaitu di Makkah dan Perth, untuk drama Jauh pula telah diadakan di Maghribi.  Kali ini aktor popular Adi Putra, Fouziah Ghous dan Anzalna Nasir pula bergabung buat pertama kali menerusi drama Jauh ini.   Drama nie akan ditayangkan di Astro Citra pada 30/12/2012 jam 10.00 malam.


Sinopsis: Ika bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tak suka dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan. Kemudian Ika ke UK untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. Cinta bersemi di luar negara. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar. Dia disisih oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Dia sabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula. Mereka berkahwin. Fikri tidak mahu memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan.

Sumber

Mohon Rebat Telefon Pintar


Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pemberian rebat sebanyak RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk golongan belia di Malaysia. Hari ini Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan iklan khas berkenaan syarat-syarat serta cara memohon rebat RM 200 ini.

Syarat-Syarat
  1. Anda mesti warganegera Malaysia yang berumur antara 21 tahun sehingga 30 tahun
  2. Anda mesti mempunyai pendapatan bulanan RM3000 ke bawah
  3. Anda hanya layak menerima rebat RM200 jika model telefon pintar 3G yang diluluskan itu tidak melebihi harga RM500
  4. Setiap belia yang terpilih hanya layak menerima sekali sahaja rebat RM200 untuk setiap telefon pintar 3G mereka
  5. Pelanggan jalur lebar mudah alih sedia ada atau pakej internet baru. Penyedia talian seperti Maxis, Umobile, YES YTL, Celcom, Digi & Tune Talk sedia menunggu anda sebagai “pelanggan baru mereka” dan dijangka telefon pintar 3G ini sendiri akan diedarkan oleh Senheng dan SenQ
Cara Memohon

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan rebat RM200 bagi pembelian smartphone ini boleh memohon melalui portal Suruhanjaya Komunikasi Malaysia di laman web www.skmm.gov.my. Tempoh sah memohon bermula 1 Januari 2013 sehingga 31 Disember 2013. 


Sumber

Thursday, December 27, 2012

Sungai yang ada ombak 30 meter seperti laut

Sungai Qiantan di Haining, Provinsin Zhejiang, China adalah merupakan sungai yang unik, kerana sungai ini boleh mengalami air pasang surut seperti lautan, ketika pasang sungai ini dapat membuat gelombang besar hingga 30 meter. Kerana keunikannya tersebut sungai ini dikunjungi oleh ramai pelancong.

Dalam waktu-waktu tertentu, ombak sungai ini seperti tsunami sehingga ke daratan dan (nyaris) menghanyutkan kereta, walaupun ketika itu tidak ada ribut taufan. Unik dan mendebarkan sekaligus indah adalah daya tarikan tempat ini.


Sumber

Wednesday, December 26, 2012

Muka Kucing Paling Ketat/Pemarah Di Dunia

Tard adalah seekor kucing betina yang dilahirkan pada 4 April 2012.  Baka campuran yang tidak diketahui secara jelas, tidak dikacuk dan berlaku secara tidak sengaja.  Tard tidak pemarah dan ianya sangat comel, suka dibelai dan manja.

Kucing ini telah dinobatkan sebagai The Grumpiest Cat In The World oleh pengguna internet. Kisah kucing ini menjadi sensasi di internet apabila abang kepada Tabatha Bundesen, tuan kucing tersebut meletakkan beberapa keping gambar née Tardar Sauce di Reddit pada 22 September 2012. Pelbagai spekulasi tentang gambar kucing bernama née Tardar Sauce atau lebih mudah digelar Tard, yang dikatakan dimanipulasi. Namun lebih banyak gambar mula muncul di internet bagi membuktikan ianya bukanlah manipulasi gambar.


Apabila video dan gambar Tard menjadi semakin popular, mereka mula membangunkan laman sesawang GrumpyCats.com. Melalui laman ini mereka bukan sahaja meletakkan gambar dan video Tard, tetapi juga melancarkan derma untuk membantu kucing jalanan dan kucing di pusat pelindungan haiwan. 


Apabila ditanya tentang baka Tard, mereka sendiri tidak pasti kerana Tard langsung tidak kelihatan seperti ibunya mahupun ayahnya. Tard kelihatan seperti kacukan Ragdoll atau Showshoe namun tidak ada baka itu di rumah mereka. Ibu Tard adalah Calico Domestic Short Hair dan ayahnya hanya kucing dengan belang putih kelabu. 

Mama Tard
Daddy Tard
Mereka pernah membawa Tard ke klinik haiwan namun doktor mengesahkan Tard adalah sihat. Rupanya begitu mungkin kerana genetik ataupun neurologi.

Percaya atau tidak kini Tard mempunyai peminat yang ramai malah ada banyak gambar animasi Tard fanmade yang dihasilkan.  


  Sumber:  SINI dan SINI

Tuesday, December 25, 2012

Cari 10 orang dok sembunyi

Pada pandangan pertama, kelihatan tiada orang di dalam gambar nie. Tetapi akak jamin sonang ja nak cari 10 orang yang dok bersembunyi nie. Anda  tahu di mana untuk mencarinya.
Klik gambar kalau x nampak ( ^_^)
 Jumpa?  Cukup 10 orang? Senangkan?

Sumber

Saturday, December 22, 2012

Jom Uji Mata Anda

ILUSI OPTIK paling hebat : apakah di gambar ini anda melihat TASIK? 

Ini adalah salah satu ilusi optik yang terbaik, mungkin kerana ia adalah agak sejuk dan kerana ia membawa kira-kira 5 minit untuk melihat perkara yang sebenar.    

Bagaimana dengan anda, apa yang anda lihat dalam gambar, adakah ianya tasik?

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
jawapannya??

Tembok... (^__^)

Sumber

Bibir Kering dan Merekah



Bibir kering dan pecah bukan saja mencacatkan penampilan, terutama bagi wanita yang mudah berasa tidak selesa serta kurang yakin apabila berdepan orang ramai.  Bibir yang kering akan merekah selain menyebabkan luka dan mengganggu aktiviti seharian membabitkan bibir seperti senyuman, makan malah sewaktu bercakap.   Jika bibir kering disebabkan faktor non-infeksi (bukan jangkitan kuman), biasanya keadaan bibir akan kering dan bertukar menjadi luka mengambil masa beberapa hari.

Sebaliknya, bagi infeksi pula, terutama membabitkan virus herpes simplex, individu biasanya tidak mengalami kekeringan bibir. Mereka hanya menyedari luka di bibir yang menyakitkan, di samping jangkitan herpes simplex menyebabkan luka.

Antara punca bibir kering:
  • Pencemaran udara dan debu
  • Perubahan suhu membuat bibir pecah
  • Makanan yang terlalu masam atau masin
  • Merokok
  • Kurangnya makan buah atau sayuran
  • Kurang minum air kosong
  • Bahan kosmetik seperti gincu yang mengandungi kimia
  • Kecenderungan menjilat bibir menjadikan ia lebih kering

Cara mengatasi:
  • Gunakan pelembap bibir sebelum tidur
  • Sinar matahari juga menyebabkan bibir kering. Elakkan berada di bawah terik matahari terlalu lama. Kalau terpaksa, gunakan pelembap bibir dengan pelindung sinar matahari
  • Sebelum membeli gincu, perhatikan kandungannya. Pilih yang ada kandungan pelembap
  • Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari
  • Pilih sayur dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral
  • Jauhi rokok kerana kandungan kimianya menyebabkan bibir hitam
  • Sapukan madu sebelum tidur
  • Urut lembut bibir dengan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah
  • Sapu mentega pada bibir sebelum tidur bagi mengekalkan tahap kelembapan
  • Jangan menjilat bibir dengan air liur.

Sumber

Friday, December 21, 2012

Kenapa Kucing Mengunyah Kotak


Pernahkah anda melihat kucing menggigit kotak atau tisu sehingga hancur?  Dalam erti kata suka bersepahkan keadaan ketika bertemu dengan tisu atau kotak.  Memang kelakar bila kita tengok gelagat kucing apabila  mengunyah dan bercakar-cakaran dengan kotak. Lagi geram bila kucing buat sepah dengan sisa-sisa kotak tu... Nak tahu tak kenapa kucing buat macam tu? 

Antara Sebab kenapa kucing mengunyah kotak:

Bosan

Sesetengah kucing mengunyah kotak kerana bosan. Mungkin sepanjang hari kita keluar bekerja ataupun sibuk dengan perkara-perkara lain, kucing boleh jadi tertekan ataupun mereka tidak mempunyai permainan yang sesuai untuk bermain.

Naluri

Kucing juga mempunyai naluri pemangsa untuk memburu dan membunuh. Jadi, mereka akan mengunyah bahagian kotak kadbod atau merobek dengan kuku mereka untuk memenuhi naluri ini. Kesannya, kucing akan terkena radang gusi ataupun kehilangan gigi.

Diet

Antara sebab lain adalah diet. Adakah kucing mendapat makanan yang mencukupi? Adakah makanan anda sediakan mencukupi untuk keperluan kucing anda? Periksa label makanan kucing untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Sesetengah makanan mempunyai lebihan bahan perasa lebih daripada pemakanan yang sebenar untuk kucing di mana anda perlu memberi makan yang sepatutnya. 

Penanda Kawasan

Sama seperti anjing yang suka untuk “menandakan tempat mereka,” kucing juga boleh meninggalkan ‘wangian’ mereka kepada benda lain. Mengunyah di atas kadbod mungkin cara kucing korang berkata “Saya berada di sini” atau “I was Here". (^-^)

Bau Kotak

Bau kotak/tisu/kertas juga menjadi faktor.   Mungkin di dalam kotak tersebut mempunyai bau makanan selepas menggunakan kotak tersebut. 

Apa yang perlu dilakukan…

  1. Pastikan kucing anda tidak tertelan kuantiti kadbod yang banyak. Periksa bibir, gigi dan gusi untuk keradangan, pendarahan, gigi yang hilang atau longgar. Jika ada gejala ini, sila hubungi doktor haiwan untuk pemeriksaan.

  2. Sediakan mainan untuk kucing anda, jadi tak ada la kucing anda bosan sangat.

  3. Cuba la main dengan kucing anda  walaupun 5 minit. Jika tak suka, anda derma je la kucing tu pada sesiapa yang berminat untuk menjaga kucing tersebut. (^______^)

Sumber


Wednesday, December 19, 2012

Makan Coklat Pun Boleh Cantik


Coklat bukan sahaja enak dimakan, malah ia dikatakan boleh menjadi makanan untuk meredakan tekanan. Bukan itu sahaja, coklat juga memiliki banyak manfaat lainnya termasuklah untuk kesihatan. Namun satu manfaat yang mungkin ramai gadis suka ialah coklat mampu membantu menambahkan kecantikan diri.

Antaranya:

1. Berfungsi untuk menjaga kelembutan kulit.
2. Kulit sentiasa lembap dan segar.
3. Menegang dan menghaluskan kulit.
4. Melambatkan proses penuaan pada kulit.
5. Mencegah kedutan pada wajah.

Ketahui lebih lanjut bagaimana menggunakan coklat sebagai rutin menjaga kecantikan seharian:

Pelembut Kulit

Kandungan utama yang terdapat dalam coklat iaitu mentega serta koko mampu menjadikan kulit lebih halus, lembut dan tampak segar sentiasa. Bukan itu sahaja, ia ternyata merupakan sebuah bahan kecantikan yang sangat baik dan banyak digunakan dalam rawatan penjagaan kecantikan untuk melembabkan kulit kerana sifatnya sebagai pelembap semula jadi yang luar biasa mampu menjadikan kulit anda sentiasa lembut.

Melambatkan Kedutan

Antioksidan yang terdapat dalam coklat membantu untuk mengelak dan mencegah radikal bebas daripada merosakkan sel-sel kulit. Bukan itu sahaja, kandungan katecin yang merupakan antioksidan kuat berupaya mencegah penuaan. Ternyata coklat mampu mencegah kedutan, melindungi kulit serta menjadikan kulit bercahaya dan awet muda.


Sunday, December 16, 2012

Khasiat Tempe

Tempe sekarang ini bukan sahaja menjadi kegemaran orang Jawa, tetapi ia telah menjadi makanan kegemaran semua rakyat Malaysia tak kira bangsa dan agama.  Sepotong tempe mengandungi berbagai unsur yang berkhasiat seperti karbohidrat, lemak, protein, serat, vitamin, enzim, daidzein, genisten, serta komponen antibakteria yang bermanfaat untuk kesihatan. 

Selain itu, tempe juga meningkatkan nilai pengambilan gizi harian kita, seperti kadar vitamin B2, vitamin B12, niasin, dan asam pantorenat. Hasil daripada analisis, gizi tempe menunjukkan kandungan niasin sebanyak 1.13 mg/100 gram berat tempe yang dapat dimakan. 

Bukan sahaja senang didapati malahan cara penyediaannya juga mudah. Rasanya amalan memakan tempe untuk menu diet anda amat berbaloi. 

Ikuti sepuluh fakta ringkas mengenai pemakanan tempe seperti berikut: 
  1. Protein yang terdapat dalam tempe sangat tinggi dan ia mudah dicerna baik untuk mengatasi diare (Elak keracunan).

  2. Mengandungi zat besi, flafoid yang bersifat antioksidan mampu menurunkan tekanan darah yang mana elok untuk mereka yang menghidapi darah tinggi.

  3. Mengandungi superoksida desmutase yang dapat mengendalikan radikal bebas, baik bagi penderita sakit jantung.

  4. Penderita anemia (masalah berat badan). Anemia dikesan apabila kadar hemoglobin rendah kerana kurang zat besi (Fe), tembaga (Cu), zink (Zn), protein, asam folat dan vitamin B12, di mana unsur-unsur tersebut terkandung dalam tempe.
     
  5. Anti infeksi. Hasil soal selidik menunjukkan bahawa tempe mengandungi agen anti bakteria yang dihasilkan oleh karang tempe (R. Oligosporus) merupakan antibiotik yang mengurangkan risiko jangkitan kuman.
     
  6. Daya hipokolesterol. Kandungan asam lemak padat pada tempe bersifat dapat menurunkan kadar kolesterol. Jika anda tidak gemar memakan oat, boleh cuba cara ini!
     
  7. Memiliki sifat anti oksidan, menolak kanser.
     
  8. Mencegah masalah gizi berlebihan (akibat kekurangan dan kelebihan gizi) beserta berbagai penyakit yang berkaitan, baik jangkitan ataupun degeneratif.

  9. Mencegah timbulnya hypertension (Simpton cepat marah).
     
  10. Kandungan kalsiumnya yang tinggi, tempe dapat mencegah osteoporosis. Dalam erti kata lain, tempe bagus untuk tulang. Jika anda kurang gemar meminum susu, amalkan pengambilan tempe di dalam menu diet anda.


Sumber

Friday, December 14, 2012

Sinopsis Drama Setia Hujung Nyawa di TV3


Drama SETIA HUJUNG NYAWA yang diadaptasi daripada novel karya Fatin Nabila akan menggantikan drama CINTU ITU MILIKKU dalam slot Akasia di TV3 pada 24 Disember 2012. Pengarah Emi Maziah dan skrip oleh Wan Mahani ini akan bersiaran setiap hari Isnin - Khamis jam 7.00 malam.  


Sinopsis
Bermulanya cerita Ersalina seorang gadis 17 tahun menunggu keputusan SPM dilamar oleh Datin Adibah untuk mejadi menantu bidang terjun dan isteri kepada anaknya Zain Hakimi menggantikan tempat Sofea hilang entah kemana.
Kelembutan dan keayuan Ersalina menambat hati Datin Adibah. Haliza (ibu Ersalina) menerima pinangan Datin Adibah bagi menutup satu rahsia yang akan memalukan keluarga. Tanpa memikirkan akibatnya, mereka dikahwinkan dengan perkenalan kurang dari seminggu. Bermula episod kehidupan baru Ersalina dan Zain sebagai suami isteri. Mereka memilih untuk menjadi rakan serumah dan belajar untuk menyemai rasa cinta.
Sedang perasaan cinta sudah membara dan berjanji untuk menjalinkan hubungan suami isteri, Zain terkejut bila Ersalina keguguran, isteri yang belum sempat disentuh. Disinilah pergolakan rumah tangga mereka bermula. Zain merasa dirinya tertipu dan memujuk hati dan untuk menerima Ersalina dalam hidupnya demi menjaga hati keluarga di kedua belah pihak.
Kemarahan dan amukan Zain menjadi rencah kehidupan Ersalina. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Perasaan cinta Zain yang terlalu dalam pada Ersalina, Zain menerima Ersalina kembali sebagai isteri sepenuhnya.
Dugaan terus membadai, Zain terlibat dalam kemalangan dan rahsia yang disimpan rapi terbongkar dan didengari oleh Datin Adibah.  Sekali lagi cinta mereka diuji apabila zain  disahkan koma.  Datin Adibah membenci Ersalina dan keluarga dan menganggap keluarga Ersalina menipu dan mengambil kesempatan di atas keluarganya. Ersalina berjanji dan tekad ingin setia hingga ke hujung nyawa walau apa terjadi sekalipun.

Sedar dari koma Datin Adibah memaksa Zain menceraikan Ersalina dan berjanji mencari isteri yang jauh lebih baik dari Ersalina. Sibuk mencari menantu yang terbaik Datin Adibah dikejutkan satu berita yang tidak disangka-sangka. 8 tahun yang lalu zain juga pernah merosakkan anak gadis orang dan tidak mahu bertanggungjawab. Ia memberi alasan kerana mereka terlalu muda ketika itu. kesudahan cerita ni happy ending.
Drama bersiri 28 episod ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd dan membariskan pelakon-pelakon popular seperti Amar Ashraf (Zain Hakimi), Nelydia Senrose (Ersalina), Zila Bakarin (Datin Adibah), Raja Ema (Puan Haliza), Ryzal Jaafar (Zakuan), Talha Harith (Hadi), Sura Sojangi (Sofea) dan Hairul Azreen (Iqram).


Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...