Anda Suka???

Saturday, July 28, 2012

Tonsil

Apa itu tonsil ?
Tonsil adalah kelenjar yang bekerja seperti askar untuk memerangi infeksi di tubuh
  • Ia terletak di tepi sebelah belakang tekak.
Bagaimana seseorang di diagnosakan mendapat radangan tonsil ?
Dia akan mengalami :-
  • Demam
  • Susah untuk menelan kerana sakit tekak/li>
  • Nafas berbau busuk.
  • Bunyi suara yang ganjil
  • Kebengkakan pada kelenjar tekak
  • Kelenjar tekak akan kelihatan
  • Besar, merah dan kebiasaan terdapat tompok-tompok putih di atasnya.
Jangkitan lebih kepada sebab virus kalau batuk dan selsema.
 
Bagaimana rawatan radang tonsil ?
 
Perawatan yang dapat membantu adalah
  • Paracetamol untuk mengurangkan demam dan sakit
  • Makan makanan yang sejuk, lembut dan minuman sejuk
  • Banyakkan minum
  • Elakkan makanan yang keras,rangup,berempah dan panas
  • Rehat
  • Antibiotik jika jangkitan berpunca dari bakteria
Bila kelenjar tonsil patut dibuang?  

Pembuangan kelanjar tonsil (tonsillectomy):
  • Apabila jangkitan berulang - ulang.
  • Kelanjar tonsil yang besar menggangu pernafasan dan gaya tidur yang biasa.
Bolehkah radang tonsil mengakibatkan gejala yang teruk selain dari sakit tekak?

 Komplikasi yang teruk telah di kenal pasti. Ini termasuk:
  • Deman rheumatik (jangkitan diselaput jantung) disebabkan bakteria sreptokokus dan tidak mengambil antibiotik dengan secukupnya.
  • Radang buah pinggang (acute glomerulonephritis) juga kerana jangkitan streptococcus.
  • Pangkal kelenjar tonsil yang bernanah perlu rawatan kecemasan.
  • Radang tonsil yang berulang boleh menjelaskan kesihatan kanak-kanak dan kualiti hidupnya.
Sumber : Info Sihat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...