Anda Suka???

Monday, July 30, 2012

SINOPSIS DRAMA KAU YANG TERINDAH


Drama di Slot Akasia TV3 ini akan mula ditayangkan pada 6 Ogos 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam selepas tamat drama Dejavu di Kinabalu. Drama bersiri Kau Yang Terindah ini sebanyak 26 episod dan  menjalani penggambaran di Mekah. 

Dibarisi oleh pelakon Hafil Andrio Putra, Neelofa, Nazim Othman dan ramai lagi. Drama ini merupakan sebuah hasil karya arahan Erma Fatima.

Hafil Andrio Putra sebagai Firman

Sinopsis Drama Kau Yang Terindah Slot Akasia TV3

Drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman juga bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya.

Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya. Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3.


Sumber: EDtv

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...