Anda Suka???

Tuesday, July 17, 2012

Sinopsis Drama 7 Ramadhan

Drama 7 Ramadan, 13 episod akan ditayangkan pada 19 Julai 2012 ini menggantikan drama Ameera. Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, slot Samarinda membawakan kepada anda drama 7 Ramadan untuk tontonan umum berkisarkan kisah sedih lakonan terhebat dari Elly Suriati, Fir Affandi, Ana Dahlia, Tania Zainal, Mustapha Kamal, Sherry Abdullah, Nabila Huda, dan Roy Azman, arahan Shahrulezad Mohamedin, terbitan Radius One Sdn. Bhd.

Sinopsis

Sinopsis: Drama ini mengisahkan tentang Sufiah (Elly Suriati) yang tidak putus2 menerima dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya (lakonan Nabila Huda) dia telah bercinta dengan Mustaza (Roy Azman) dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada 7 Ramadan.


Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan mereka. Pada satu ketika, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia.  Selepas kejadian itu, Sufiah bekerja di rumah anak2 yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani (Fir Affandi). Sufiah dan Ramadhani tinggal dalam keadaan kekurangan.

Apabila anak angkatnya menyambung pelajaran di sebuah universiti, Tinggallah Sufiah seorang diri di kampung. Demi menyara kehidupannya dan anak angkatnya, Ramadhani yang amat disayangi, Sufiyya bekerja  mengambil upah mengurut, membuat kuih dan sebagainya.

Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Ramadhani atau Dhani baru saja menamatkan pengajiannya di sebuah universiti. Hari yang ditunggu-tunggu kini tiba. Hari itu merupakan 7 Ramadan, hari konvokesyen Dhani dan juga ulang tahun arwah anaknya, Iqram yang meninggal dunia ketika berumur tiga bulan, Sufiah tidak akan lupa tarikh 7 Ramadan itu serta peristiwa anak mati akibat dicampak oleh suaminya, Mustaza yang kini berada di penjara.

Dhani menegah Sufiah hadir ke majlis konvokesyennya kerana dia tidak mahu teman wanitanya, Anna mengetahui tentang ibunya. Ramadhani sanggup mencela dan tidak mengakui Sufiah ibunya kerana ingin menjaga hati teman wanitanya Ana (Ana Dahlia). Ana merupakan anak orang kaya. Kerana ingin mengubah nasibnya yang miskin, hati Sufiah selalu disakiti oleh Ramadhani yang kejam.

Demi mengambil hati ibu Anna, Datin Audrey yang mementingkan darjat, Dhani telah berbohong bahawa dia sebenarnya seorang anak orang kaya yang diabaikan oleh ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Dhani yang sudah bosan hidup dalam kemiskinan nekad untuk berubah hidupnya walaupun terpaksa melukai hati ibunya, Sufiah.

Bagaimanakah kesudahan pembohongan Dhani itu? Bagaimana pula dengan rahsia Sufiyya dan kaitannya dengan Ramadhani?


Sumber: Forum Cari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...