Tard adalah seekor kucing betina yang dilahirkan pada 4 April 2012. Baka campuran yang tidak diketahui secara jelas, tidak dikacuk dan berlaku secara tidak sengaja. Tard tidak pemarah dan ianya sangat comel, suka dibelai dan manja.
Kucing ini telah dinobatkan sebagai The Grumpiest Cat In The World oleh pengguna internet. Kisah kucing ini menjadi sensasi di internet apabila abang kepada Tabatha Bundesen, tuan kucing tersebut meletakkan beberapa keping gambar née Tardar Sauce di Reddit pada 22 September 2012. Pelbagai spekulasi tentang gambar kucing bernama née Tardar Sauce atau lebih mudah digelar Tard, yang dikatakan dimanipulasi. Namun lebih banyak gambar mula muncul di internet bagi membuktikan ianya bukanlah manipulasi gambar.
Apabila video dan gambar Tard menjadi semakin popular, mereka mula membangunkan laman sesawang GrumpyCats.com. Melalui laman ini mereka bukan sahaja meletakkan gambar dan video Tard, tetapi juga melancarkan derma untuk membantu kucing jalanan dan kucing di pusat pelindungan haiwan.
Apabila ditanya tentang baka Tard, mereka sendiri tidak pasti kerana Tard langsung tidak kelihatan seperti ibunya mahupun ayahnya. Tard kelihatan seperti kacukan Ragdoll atau Showshoe namun tidak ada baka itu di rumah mereka. Ibu Tard adalah Calico Domestic Short Hair dan ayahnya hanya kucing dengan belang putih kelabu.
Mama Tard |
Daddy Tard |
Mereka pernah membawa Tard ke klinik haiwan namun doktor mengesahkan Tard adalah sihat. Rupanya begitu mungkin kerana genetik ataupun neurologi.
Percaya atau tidak kini Tard mempunyai peminat yang ramai malah ada banyak gambar animasi Tard fanmade yang dihasilkan.
No comments:
Post a Comment