Anda Suka???

Saturday, December 22, 2012

Bibir Kering dan Merekah



Bibir kering dan pecah bukan saja mencacatkan penampilan, terutama bagi wanita yang mudah berasa tidak selesa serta kurang yakin apabila berdepan orang ramai.  Bibir yang kering akan merekah selain menyebabkan luka dan mengganggu aktiviti seharian membabitkan bibir seperti senyuman, makan malah sewaktu bercakap.   Jika bibir kering disebabkan faktor non-infeksi (bukan jangkitan kuman), biasanya keadaan bibir akan kering dan bertukar menjadi luka mengambil masa beberapa hari.

Sebaliknya, bagi infeksi pula, terutama membabitkan virus herpes simplex, individu biasanya tidak mengalami kekeringan bibir. Mereka hanya menyedari luka di bibir yang menyakitkan, di samping jangkitan herpes simplex menyebabkan luka.

Antara punca bibir kering:
  • Pencemaran udara dan debu
  • Perubahan suhu membuat bibir pecah
  • Makanan yang terlalu masam atau masin
  • Merokok
  • Kurangnya makan buah atau sayuran
  • Kurang minum air kosong
  • Bahan kosmetik seperti gincu yang mengandungi kimia
  • Kecenderungan menjilat bibir menjadikan ia lebih kering

Cara mengatasi:
  • Gunakan pelembap bibir sebelum tidur
  • Sinar matahari juga menyebabkan bibir kering. Elakkan berada di bawah terik matahari terlalu lama. Kalau terpaksa, gunakan pelembap bibir dengan pelindung sinar matahari
  • Sebelum membeli gincu, perhatikan kandungannya. Pilih yang ada kandungan pelembap
  • Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari
  • Pilih sayur dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral
  • Jauhi rokok kerana kandungan kimianya menyebabkan bibir hitam
  • Sapukan madu sebelum tidur
  • Urut lembut bibir dengan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah
  • Sapu mentega pada bibir sebelum tidur bagi mengekalkan tahap kelembapan
  • Jangan menjilat bibir dengan air liur.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...