Anda Suka???

Friday, December 21, 2012

Kenapa Kucing Mengunyah Kotak


Pernahkah anda melihat kucing menggigit kotak atau tisu sehingga hancur?  Dalam erti kata suka bersepahkan keadaan ketika bertemu dengan tisu atau kotak.  Memang kelakar bila kita tengok gelagat kucing apabila  mengunyah dan bercakar-cakaran dengan kotak. Lagi geram bila kucing buat sepah dengan sisa-sisa kotak tu... Nak tahu tak kenapa kucing buat macam tu? 

Antara Sebab kenapa kucing mengunyah kotak:

Bosan

Sesetengah kucing mengunyah kotak kerana bosan. Mungkin sepanjang hari kita keluar bekerja ataupun sibuk dengan perkara-perkara lain, kucing boleh jadi tertekan ataupun mereka tidak mempunyai permainan yang sesuai untuk bermain.

Naluri

Kucing juga mempunyai naluri pemangsa untuk memburu dan membunuh. Jadi, mereka akan mengunyah bahagian kotak kadbod atau merobek dengan kuku mereka untuk memenuhi naluri ini. Kesannya, kucing akan terkena radang gusi ataupun kehilangan gigi.

Diet

Antara sebab lain adalah diet. Adakah kucing mendapat makanan yang mencukupi? Adakah makanan anda sediakan mencukupi untuk keperluan kucing anda? Periksa label makanan kucing untuk melihat apa yang ada di dalamnya. Sesetengah makanan mempunyai lebihan bahan perasa lebih daripada pemakanan yang sebenar untuk kucing di mana anda perlu memberi makan yang sepatutnya. 

Penanda Kawasan

Sama seperti anjing yang suka untuk “menandakan tempat mereka,” kucing juga boleh meninggalkan ‘wangian’ mereka kepada benda lain. Mengunyah di atas kadbod mungkin cara kucing korang berkata “Saya berada di sini” atau “I was Here". (^-^)

Bau Kotak

Bau kotak/tisu/kertas juga menjadi faktor.   Mungkin di dalam kotak tersebut mempunyai bau makanan selepas menggunakan kotak tersebut. 

Apa yang perlu dilakukan…

  1. Pastikan kucing anda tidak tertelan kuantiti kadbod yang banyak. Periksa bibir, gigi dan gusi untuk keradangan, pendarahan, gigi yang hilang atau longgar. Jika ada gejala ini, sila hubungi doktor haiwan untuk pemeriksaan.

  2. Sediakan mainan untuk kucing anda, jadi tak ada la kucing anda bosan sangat.

  3. Cuba la main dengan kucing anda  walaupun 5 minit. Jika tak suka, anda derma je la kucing tu pada sesiapa yang berminat untuk menjaga kucing tersebut. (^______^)

Sumber


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...