Anda Suka???

Wednesday, August 1, 2012

Fakta Kaitan Waktu dan Kesihatan

MALAM 

(9 - 11 malam)
Pada waktu inilah waktu badan menghapuskan KIMIA TOKSIK (DETOKSIFIKASI) dan bahan yang tidak diperlukan dari system antibody (LYMPH NODES). Tempoh ini sepatutnya dihabiskan dengan bersantai, relax atau mendengar muzik yang menenangkan. Bagi orang islam, eloklah mengahabiskan waktu ini dengan ibadah-ibadah ringan seperti mengaji Al-Quran dan berzikir.

(11 malam – 1 pagi)
Ketika ini merupakan proses detoksifikasi di dalam HATI yang sepatutnya berlaku ketika kita dalam keadaan tidur nyenyak.

PAGI

(1 - 3 pagi)
Proses detoksifikasi di dalam HEMPUDU, juga sepatutnya berlaku semasa kita tidur nyenyak.

(3 - 5 pagi)
Preses detoksifikasi di dalam PARU-PARU. Oleh itu ,kadangkala pada waktu ini akan berlaku batuk. Oleh kerana proses detoksifikasi telah sampai ke saluran system pernafasan, anda tidak perlu lagi mengambil ubat batuk supaya tidak mengganggu proses pembuangan toksin.

(5-7 pagi)
Penyerapan nutrisi di dalam USUS kecil. Anda sepatutnya sedang bersarapan dalam tempoh ini.  Bagi meraka yang sakit sarapan sepatutnya diambil lebih awal. Sebelum 6.30 pagi.

Bersarapanlah sebelum 7.30 pagi pula bermanfaat bagi meraka yang mahu kekal sihat. Bagaimanapun, jika sarapan pada lewat pagi hingga jam 9-10 pagi adalah lebih baik daripada tidak bersarapan langsung.

Bagi mereka yang sering mengabaikan pengambilan sarapan, UBAHLAH TABIAT ITU kerana sarapan pagi amat penting unutk kita.

Sumber: Anis

1 comment:

UniMeOw said...

nice in4!!ceq br taw..hehe

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...