Anda Suka???

Thursday, August 16, 2012

Vitamin C



Vitamin C dikatakan sebagai vitamin yang berfungsi untuk melindungi badan kita daripada serangan penyakit jantung, strok, kataraks, diabetes, asthma dan pelbagai lagi penyakit serius yang lain.

Vitamin C diperlukan untuk membina kolagen, tisu penyambung yang kuat yang berupaya memegang skeleton badan kita, menghubungkan otot kepada tulang, membina salur darah yang kuat dan mengekalkan fungsi organ dan struktur kulit dengan baik. Kolagen ini ibarat gam kuat yang memegang seluruh bahagian tubuh kita, tanpanya struktur tubuh kita mungkin roboh, mengecut dan kulit jadi berkedut. Oleh kerana kolagen diperlukan untuk memperbaiki struktur tubuh, vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, baiki tulang yang patah dan seumpamanya.

Sebab itu kita perlukan lebih vitamin C ketika sakit. Kekurangan vitamin C akan menyebabkan kita lebih mudah jatuh sakit atau lambat pulih dari sakit.

Begitulah hebatnya dan pentingnya vitamin C dalam pembinaan kolagen yang sangat diperlukan oleh tubuh. Malangnya badan kita tak dapat menghasilkan vitamin C, jadi kita perlu ambil makanan yang tinggi vitamin C.

Makanan yang kaya vitamin C
Vitamin C boleh didapati dalam kebanyakan buah-buahan citrus seperti Grapefruit (47mg), lemon (31mg), orange (80mg) dan lain-lain. Juga boleh didapati dalam buah-buahan lain seperti jambu batu (165mg), kiwi (75mg), betik (188mg), strawberry, peach, nenas dan banyak lagi. Sayur-sayuran yang kaya vitamin C seperti brokoli (58mg), cili benggala kuning (341mg).

Berapa banyak kita perlukan
Pakar pemakanan juga menyarankan kita supaya mengambil 5 hidangan buah dan sayuran kaya vitamin C sehari untuk mendapat 250mg keperluan vitamin C. Dosage ini adalah cadangan RDA untuk orang yang sihat. Jika sakit kita perlu ambil lebih dos vitamin C supaya kita cepat pulih.

Memilih salad buah adalah lebih sihat daripada memilih snek, makanan segera atau kentang goreng. Malangnya salad buah yang dijual dikebanyakan kedai makanan ini telah musnah hampir separuh dari kandungan vitamin C ketika proses penyediaan akibat terdedah beberapa jam sebelum dimakan.

Apa pilihan yang kita ada?
  1. Bawa bekalan buah segar ke tempat kerja, bila nak makan baru dipotong.
  2. Perlu ambil 5 hidangan buah atau sayuran iaitu kira-kira 1biji lada bengggala kuning/ 2 biji jambu batu dan sebagainya (jumlahkan sehingga 250mg)
  3. Ambil supplement vitamin C 1 biji sehari.



1 comment:

Unknown said...

tq for info.

www.bidadarigojes.blogspot.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...