Mengikut kajian, kucing pandai memanipulasi suaranya untuk menyerupai suara bayi yang merengek. Manusia normal secara semulajadi akan cepat merasa kasihan apabila mendengar suara yang seakan-akan merayu-rayu ni. Tanpa disedari kita akan cepat berasa kesian. Dalam kajian yang lebih mendalam, frekuensi bunyi kucing ketika meminta sesuatu adalah sama dengan frekuensi tangisan seorang bayi. Owh.. kita selalu tertipu dan rela ditipu oleh budak-budak comel ni kan?
Kucing kita sangat suka menggesel-gesel dekat kaki-kaki kita kan? Haa… Tahu tak apa tujuannya? Hehehehe…. Tujuan utama ialah untuk menandakan bahawasanya kita adalah hak miliknya. Its a kitty’s way of claiming you as its property! Muahahahaha! Ini untuk memberitahu kucing-kucing lain yang dia sudah ada ‘bos’.
Selalu kita tengok kucing kita menjilat-jilat badan. Kadang-kadang sampai berjam-jam. Bersungguh-sungguh betul sampai tak pedulikan orang lain. Sebenarnya, menjilat badan ni adalah untuk membuang bau-bau yang asing (termasuk bau tuan dia). Kucing mempunyai kelenjar-kelenjar di bawah kulit yang akan merembeskan bau mereka sendiri apabila dijilat.
Teringat dulu masa kecik-kecik, kucing bawak balik macam-macam. Belum kira tikus hidup letak atas badan lagi.. Sekarang barulah tahu sebenarnya, sebab utama diorang bawak balik ‘hadiah-hadiah’ tu sebenarnya kerana mereka nak ajar kita cara memburu. Kucing-kucing ni ingat kita tak pandai memburu untuk cari makan. Cuba tengok anak-anak harimau dalam discovery channel. Pelajaran pertama mak harimau ajar dekat anak dia ialah cara memakan binatang buruan. Betul tak? Jeng-jeng-jeng! Jadi, lainkali kucing kita bawak ‘hadiah’ kat kita, sebenarnya dier nak cakap “Ada beran?!!” ^_^
No comments:
Post a Comment