Anda Suka???

Wednesday, January 9, 2013

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud

Drama ini  telah bermula bersiaran pada 8 Januari 2013, setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam di TV9, arahan Raja Ahmad Alauddin ini diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.

Bersiaran selama 14 episod, Dalam Setiap Sujud, menampilkan Nur Fathia, Azlee Khairi, Elfaeza Ul-Haq, Syatillah Melvin, Aidil Aziz, Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md. Diah. 


Kemunculan istimewa Keith Foo, pelakon dan model yang popular di Indonesia dalam drama ini, pastinya akan meninggalkan impak tersendiri di hati peminatnya.

Sinopsis
Diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.  Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta.  Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).

Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).  Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah?  Kalau nak download klik ja SINI.

Sumber


2 comments:

UniMeOw said...

cam bes je..

Si PeNCaRi KeBeNaRaN... said...

cita br ka ni..nur fathia plak brlakon tu, mmg pelakon fevret sy tu :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...