Anda Suka???

Monday, January 21, 2013

Air Katira


Air katira sangat terkenal di negeri Johor dan hanya boleh ditemui semasa bulan Ramadhan sahaja. Namun sejarah tentang asal usul minuman ini tidak dapat disahkan dengan tepat kerana ada sumber yang mengatakan ia bermula dari Singapura dan ada juga yang mengatakan minuman ini merupakan minuman kegemaran orang Islam di India Selatan. Buah katira adalah bahan yang istimewa dalam minuman ini.


Walau apa pun tanggapan orang tentang air katira, ia sememangnya sangat berkhasiat kerana minuman ini mengandungi herba-herba lain seperti buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, badam dan halwa kabung. Jika kita amati bahan lain yang terdapat dalam minuman ini, bukankah ia amat berkhasiat? Kandungan herba yang pelbagai dalam minuman ini sudah diketahui umum dan ia semestinya satu minuman yang menyihatkan dan membekalkan tenaga.

Sumber


1 comment:

imraycadman said...

How to get a live dealer casino and bet online
The simplest way to get 광주 출장안마 a live dealer casino and bet online is 대전광역 출장샵 via the internet browser. You'll need to log in 부산광역 출장샵 to your phone or 안동 출장마사지 tablet to play 김해 출장안마 with your

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...