Anda Suka???

Thursday, January 31, 2013

Makanan yang buat anda gembira

Tahukah anda bahawa makanan juga boleh membuatkan seseorang gembira. Contohnya, coklat akan menambahkan mood seseorang itu tetapi ia juga boleh membuatkan seseorang itu bertambah berat badan. 

Di bawah ini dipaparkan beberapa makanan yang disarankan oleh pakar pemakanan untuk menaikkan semangat anda walaupun berhadapan dengan masa yang sukar dan susah.


Pisang dan Bijirin
Kedua-dua makanan ini mengandungi tryptophan asas asid amino yang boleh menyebabkan kewujudan serotonin yang mengawal sesetengah bahagian dalam otak manusia.

Pisang dan bijirin ini juga mengandungi vitamin B6 yang boleh menukar protein dalam asid amino kepada dopamine dan adrenaline. Malah, bahan kimia yang terdapat didalamnya boleh merawat dan menaikkan mood seseorang.
Beras Perang
Bijirin beras perang ini boleh mempengaruhi kandungan karbohidrat yang terdapat di dalamnya untuk memperlahankan hormon yang mengawal penyerapan gula oleh tubuh. Secara tidak langsung, ia mengimbangkan kadar gula dalam darah. Kadar kandungan gula yang stabil dalam darah boleh membuatkan cortisol (hormon stres) tidak rosak.

Kailan dan Brokoli
Sayuran brokoli dan kailan ini kaya denga folate, magnisium dan kalsium.  Kesemuanya penting untuk penukaran bahan kimia dalam otak untuk menaikan semangat seseorang.
Ikan Makarel dan Salmon
Hasil kajian menunjukkan bahawa minyak ikan ini mengandungi Omega-3 (EPA/EPA) fatty acids dapat meringankan mood yang sering bertukar dan mengurangkan kesedihan.

Sumber


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...