Anda Suka???

Thursday, January 10, 2013

Khasiat Pokok Cili Padi

Siapa suka makan pedas? Tentu sekali cili padi tidak asing bagi anda kan? Selain cili padi, ia dikenali juga sebagai cili api atau cabai burung. Ramai hanya tahu ia hanya penambah selera dalam masakan. Barulah "kick".

Namun begitu, rupa-rupanya daun serta akar pokok cili padi ni turut memiliki khasiat tersendiri. Antaranya boleh menyembuhkan bisul, luka, sakit sendi, sengal-sengal otot, bengkak, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat cirit-birit.

Daun Pokok Cili Padi

Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, anda ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.

Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal pada tempat yang sakit.

Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih.

Akar Pokok Cili Padi


Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.

Petuanya - ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.

Begitulah sebahagian khasiat pokok cili padi yang sempat di kongsi dengan anda. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda sekeluarga.

Sumber

3 comments:

UniMeOw said...

air rebusan akar 2 pedas x?hehe

org kedah pgil cabai melaka..:)

Anonymous said...

Uni..yg pedas tu cuma kulit cabai tu saja. Selain drpd kulit dia, sama ada biji, tangkai dll adalah tak pedas.

Pada kulit ada bahan semulajadi dipanggil capsaicin yg memberikan rasa sensasi pedas mengikut bacaan tertentu diskalakan dgn scoville hot unit. Kalo takat cabai melaka tu, SHU sekitar 50k -100k. Jika nak menyamai sebiji cabai hantu dr India, yg bacaan SHUnya 1 juta, makanlah 20 biji cabai melaka ni.

Sebenarnya pedas cabai ni, kita kene belajar tahu tentang sains dan matematika sedikit sebelum ambil cabai. Ianya membantu kita tahu sejauh mana kita mampu bertahan dgn pedas cabai ni. SELALUNYA JIKA NAK BERUBAT DGN CABAI BAGI PENGIDAP GOUT, DARAH TINGGI, GEMUK, KENCING MANIS DLL.Jika gagal memahami SHU, kita tak mampu bertahan dgn cabai.

Petua: Jgn tiru mat saleh makan cabai di youtube. Itu kurang cerdik namanya walaupun atas nama berubat.

Ikut saranan Dr Schultze, cari buku Sam Biser tentang berubat dgn cabai ni. Setelah baca, anda boleh cuba dan berlatih makan cabai dan akan tahu adjust kemampuan makan cabai dgn dose tertentu, setiap kali makan nasi, tak ada 20-40 biji cabai melaka, anda tidak akan makan nasi tanpanya. Apatah lagi makanan yg tinggi kalorinya spt sup lembu hari raya haji yg mana lembu baru disembelih trus dibuat sup oleh org melayu kita.. buaya pun peram daging dulu 2 minggu sebelum makan.. jgn hairan kene stroke slps makan sup ini.

Nur haura afeeya said...

Muhammad Iman Nashriq, berumur 2tahun mengidap penyakit lelah atau asma sejak berumur 5bulan. Adik ni berulang alik ke hospital sejak umur 5bulan sebanyak 3minggu sekali untuk buat rawatan sehinggalah dia berumur 2tahun. Tapi tetap tak nampak apa2 perubahan makin sembuh ke atau makin baik,tetap sama saja. Ibu cuba memberi rawatan tradisional lain tapi tak ada juga perubahan, keadaan anaknya masih sama. Beliau bersyukur sangat apabila bertemu jus ni daripada seorang kawan, Iman tak perlu lagi dah pergi hospital buat rawatan. Batuk2 biasa ada tapi yang ketaranya Iman dah tak ada semput-semput dan sesak nafas macam dulu lagi. Kalau dulu 3kali sebulan kena pergi sedut gas, sekarang tak perlu lagi. Alhamdulillah.
..........................................................................
Dan ramai lg psakit2 yg gunakan produk ni sembuh dari masalah lutut kronik,kanser dan lain2 yg guna produk jutawan herbs ni. Ini kenyataan bkn rekaan untuk melariskan produk semata2. Benda elok harus dikongsi agar sama2 dapat manfaat,okay.

Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..��

9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri okay����
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


��Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..����


Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

��kalau wasap lambat balas(biasa nya sebab ramai yg wasap dia.)
Tp nanti dia akn blas jugak yer..
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...