Anda Suka???

Monday, January 28, 2013

Drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Slot baru Akasia drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi (RBDAD) akan datang Februari ini di TV3, drama terbitan Zeel Production membariskan pelakon Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Sharizal Jaszle, Fauziah Ghaous, Aiman Hakim Ridza, Lydiawati, Dato' Rahim Razali, Raja Ema, Syatilla Melvin dan Hairi Safwan (anak wayang) menggantikan drama Setia Hujung Nyawa.

Fahrin Ahmad membawa watak Firdaus dan menjadi suami kepada Ain lakonan Tasha Shilla. Fahrin juga sebagai abang kepada Sharizal Jazle yang memegang watak Faiz. Ada sebab mengapa Firdaus membawa diri hingga ke Abu Dhabi akibat fitnah ke atasnya, siapakah agaknya yang membuat fitnah tu? 

Raja Ema memegang watak Salina, seorang perempuan jahat yang menjadi ibu ayam. Nak tengok macamana Raja Ema bawa watak agak berbeza dalam drama2 dia sebelum nie… kena le tengok drama bersiri nie, sambil melayan permandangan yang indah dan berbeza di Abu Dhabi.

Fahrin Ahmad akan menyanyikan lagu OST untuk drama ini bertajuk  Siapa Ingin Membawa Ciptaan : Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya. 

Bagi yang inginkan perkembangan terbaru mengenai drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi sila ke blog EDtv, blog rasmi drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi.             
Sumber : FB    

1 comment:

EDtv said...

Terima kasih atas pautannya..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...