Anda Suka???

Thursday, May 10, 2012

Punca Utama Batuk Berterusan

Batuk adalah runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang. Ia menyebabkan udara dikeluarkan dari paru-paru dengan kuat dan menyebabkan bunti yang tersendiri. Batuk merupakan refleks biasa yang bertujuan untuk melindungi dan membersihkan lubang nafas. 'Membatuk' membersihkan bahan material rengsa (contohnya merokok atau habuk) dan kelebihan rembasan (sputum atau kahak) dari kerongkong kita, lubang nafas (saluran pernafasan) dan paru-paru.

Batuk Tanpa Henti? 8 Punca Yang Mungkin

Anda sudah berminggu-minggu batuk. Bagaimanakah untuk anda tahu adakah ia hanya selsema biasa yag sukar untuk sembuh atau suatu yang lebih serius?

Hanya doktor sahaja boleh memastikan apakah sebab di sebalik batuk anda. Beberapa keadaan mungkin boleh dijadikan dalangnya, seperti lelah asma; sindrom batuk laluan udara atas (UACS); penyakit refluks gastroesofagus (GERD); dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), satu penyakit serius, progresif yang merangkumi kedua-dua emfisema dan bronkitis.

 1.  Asma dan Alergi
Asma adalah satu penyakit paru-paru kronik di mana laluan udara dalam paru-paru cenderung kepada keradangan dan bengkak. Ianya hadir bersama dengan sesak dada, kependekan nafas dan batuk ialah simptom biasa asma, yang mana ia cenderung untuk menjadi lebih teruk pada waktu malam atau awal pagi. Bila tanda-tanda lelah datang secara tiba-tiba, ia dikenali sebagai serangan asma.
Orang yang tanpa asma pun, apabila tersedut debunga, debu, bulu binatang, dan bahan bawaan udara lain yang merengsakan boleh mencetuskan alergi rinitis, satu tindak balas alergi yang boleh menyebabkan batuk, bersama dengan gejala-gejala seperti hidung tersumbat dan bersin.
2.  COPD (Sekatan Pulmonari Kronik)
COPD berlaku apabila laluan udara dan alveolus udara dalam paru-paru menjadi radang atau rosak, paling kerap adalah disebabkan merokok, dan lebih biasa selepas berumur 45 tahun. Dalam COPD, paru-paru menghasilkan mukus berlebihan, yang mana refleks tubuh untuk cuba membersihkannya dengan batuk. Kerosakan tisu berkait COPD boleh membuat anda berasa semput.
Doktor anda boleh memeriksa anda untuk COPD (terutama jika anda merokok), selepas menolak ke tepi sebab biasa batuk yang lain. Untuk menentukan adakah anda mempunyai COPD, doktor anda adalah mungkin menjalankan beberapa ujian, termasuk spirometri, yang melibatkan anda menarik nafas sedalam boleh lalu menghembuskan ke dalam satu tiub.
3.  Penyakit Refluks Gastroesofagus (GERD)
GERD ialah penyakit perut dan kerongkong yang berlaku apabila asid perut terluah ke dalam kerongkong disebabkan injap yang lemah.

Gejala-gejala utama? Pedih ulu hati. Tetapi batuk ialah satu lagi gejala biasa GERD, bersama dengan sakit dada dan dehitan. Malah, GERD adalah punca yang agak biasa dan tidak disedari bagi batuk kronik.
 4.  Jangkitan Salur Pernafasan
Gejala-gejala paling biasa selsema dan demam dan jangkitan-jangkitan saluran pernafasan lain. Batuk teruk boleh berpanjangan lebih daripada gejala-gejala lain (seperti hidung tersumbat dan demam), mungkin kerana laluan-laluan udara dalam paru-paru anda masih berada dalam keadaan sensitif dan radang. Bila ini berlaku, ia dipanggil sindrom batuk laluan udara atas kronik.

Satu lagi jangkitan saluran pernafasan yang lebih serius ialah pneumonia, yang boleh disebabkan oleh bakteria atau virus. Batuk sering mengeluarkan mukus atau kahak kehijau-hijauan atau keperangan, iaitu satu daripada gejala-gejala biasa penyakit tersebut, bersama dengan demam, menggigil, sakit dada, rasa lemah, keletihan dan loya.
5.  Pencemaran Udara
Pelbagai bahan pencemar dan merengsakan dalam udara boleh menyebabkan batuk berpanjangan. Walaupun pendedahan jangka pendek kepada asap (seperti ekzos diesel), ia boleh mengakibatkan batuk, kahak, dan gangguan paru-paru. Asap boleh juga memburukkan lagi alahan dan asma.

Sama juga, spora kulapuk yang didapati di dalam dan di sekitar rumah boleh menyebabkan batuk apabila disedut. Perkara ini pernah berlaku secara besar-besaran di New Orlean ekoran daripada ribut Katrina, apabila aduan batuk berpanjangan berlaku selepas rebut itu. Batuk Katrina dipercayai berpunca dari kulapuk disebabkan oleh banjir, serta oleh cuaca kering dan debut pembinaan yang sentiasa ada di bandar raya itu.
6.  Bronkitis Akut
Jika anda sedang pulih dari selsema dan tiba-tiba mendapat batuk berkahak, anda mungkin mengalami bronkitis akut, suatu keadaan di mana laluan dalam paru-paru anda telah dijangkiti kuman dan meradang. Selain daripada batuk-batuk dan sesak dada, bronkitis boleh menyebabkan demam, rasa kesejukan, sakit, sakit tekak dan gejala-gejala seperti selsema lain. Gejala-gejala ini biasanya hilang dalam beberapa hari, tetapi batuk boleh bertahan selama berminggu-minggu lamanya.

Jika batuk anda tidak hilang, atau jika anda sering mendapat bronkitis akut, ia mungkin satu tanda bronkitis kronik. Bronkitis kronik ialah satu keadaan serius di mana paru-paru menghasilkan mukus berlebihan disebabkan perengsaan berterusan , dan dianggap satu bentuk COPD. 
7.  Ubat Perencat ACE
Perencat ACE ialah sejenis rawatan perubatan biasa merawat tekanan darah tinggi dan kegagalan jantung. Kira-kira 1 dari 5 orang yang ambil ubat ini mendapat batuk kering. Bagi sesetengah orang, batuk itu boleh berlaku selama berminggu-minggu selepas mereka menghentikan pengambilan ubat; wanita, orang Afrika Amerika dan orang Asia lebih risiko untuk mendapat batuk kerana ubat perencat ACE berbanding bangsa lain.

Anda tidak harus berhenti mengambil ubat yang ditentukan doktor tanpa berunding dengan doktor anda, dan perencat ACE adalah ubat yang penting untuk merendahkan tekanan darah (satu lebih keadaan yang lebih serius daripada satu batuk.) Rundinglah dengan doktor anda jika anda fikir batuk anda ialah berkaitan dengan ubat-ubatan.

 8.  Punca Batuk: Batuk Kokol
Batuk kokol (atau pertusis) adalah satu penyakit bakteria dengan gejala-gejala demam sedikit, hidung berhingus, dan, paling ketara, batuk teruk yang boleh membuatkan pernafasan sukar. Sedutan udara ke dalam paru-paru antara batuk-batuk menghasilkan satu bunyi kokol nyaring yang tersendiri. Selepas melalui peringkat awal, ramai orang yang reda demam, tetapi batuk kronik yang datang bersama batuk kokol boleh kekal untuk beberapa minggu.

Sumber : e-kesihatan



17 comments:

Anonymous said...

awas..ubat-ubatan pil atau tablet darah tinggi ada kesan sampingan batuk.Ada doktor yang tidak mahir juga.

Unknown said...

Salam saya akif sy alami batuk ,kahak sy warna kuning , kadang2 ade sikit darah kat dalam kahak ..sakit dada ,sesak nafas dan hidung berdarah .. dan dalam 1bln ni sy x dapat tidur mlm ..klu dpt tidur slalu terkejut sbb sakit dada (dulu adik atlik sekolah tp sekarang da x dpt).. pkare nie ok ke atau x ok ..atau apekah yang berlaku ni..ade care cepat x tuk sembuhkan die..

Swan said...

Good info

Siti Nor Sayiin said...

Saya sayiin dah hampir 2 minggu lebih batuk saya tak berhenti2. Tekak saya rasa perit n gatal nak batuk je. Adakah cara utk merawat batuk saya ni sebab sangat menganggu kehidupan seharian saya n kerja saya

Amir said...

adakah batuk anda telah baik ? saya telah batuk dalam 3 minggu juga.

yani said...

banyak info psl batuk..thanks for sharing

Unknown said...

bagusnya. ramai gak yang ada masalah batuk berpanjangan. biasanya mereka amalkan ambil madu.

Iera AdaMisha said...

Saya kt plkn dlu pernah batuk x henti mencecah 3 bulan kt sna... berbelas ubat batuk dh habis... x jalan... rupanya sy bukan batuk kahak... ubat yg dorg bg kotaknya warna oren... lepas MA bg ubat batuk baru kotak biru dy kta ubat batuk kering.. x dan 3 hari terus baik.. alhamdulillah skrg klau sy batuk sy pantas cari ubat batuk cap hurix gamat madu... try la korang.. bagus taw

Iera AdaMisha said...

Saya kt plkn dlu pernah batuk x henti mencecah 3 bulan kt sna... berbelas ubat batuk dh habis... x jalan... rupanya sy bukan batuk kahak... ubat yg dorg bg kotaknya warna oren... lepas MA bg ubat batuk baru kotak biru dy kta ubat batuk kering.. x dan 3 hari terus baik.. alhamdulillah skrg klau sy batuk sy pantas cari ubat batuk cap hurix gamat madu... try la korang.. bagus taw

Unknown said...

Assalammualaikum, saya dah batuk nak masuk 2 tahun, kadang ada kahak kadang takde , mcm mcm ubat saya dh makan , ubat paling kuat yg doktor bg ada lah meredakan sekejap , tp tk pernah pulih . Saya ada jalani pemeriksaan cek kahak dan xray , doktor sah kn saya selamat dari penyakit TB dan kuman pun tk ada , tp sampai skrg batuk saya tak baik lagi . Kenapa ya :'( sampai saya nk tidur pun terganggu , kadang apa yg saya makan muntah balik... ada sesiapa mcm saya tak ?

Unknown said...

Saye mule2 selesema..pas tu demam sehari...then dah baik demam batuk sakit dada...dah sembuh..batuk sakit kepale..then batuk berpanjangan x henti2...tapi kejap batuk tu hilang..kejap datang..

Unknown said...

Saya pun sama macam Faizatul Akmar. Batuk on off, tapi tak pernah sembuh. Batuk2 kadang2 sampai termuntah. Susah betul nak tidur. Dah setahun lebih macamni, tak pernah dalam sebulan tu saya tak batuk.

IZZATI ADILA AZHAFFISHYAM said...

saya pun mcm puan..batuk dah 2thn lebih dah..start kandungan 6bln mesti jd camtu semput dada,batuk berkahak tp untk kandungan pertama n kedua kejap je dah okay lpas neb okay terus takde dah semua tu tp bila mengandung yg ke3 start kandungan 6bln sampai la skang ank umur 2thn 1bln batuk brkahak tu mudah sgt dpt plus dgn semput dada..kahak takde semput dada pun takde aman aman je..tp kalo ada yg batuk brkahak jap lg siap la..tak boleh dok tempat ada carpet..

Unknown said...

Saya kalau dah batuk memang lambat sembuh. Kadang2 dekat 5bulan. Dah lega pastu batuk semula. Mls nak p cek doktor sebab tak reti nak ludah kahak. Tau batuk ja hehe. Saya amalkan makan " kembang semangkuk" rendam dlm air sampai kembang , makan mcm tu ja. Tp sekarang mcm susah sikit nak lega. Dah seminggu lebih rasanya. Awal2 tu sakit tekak + demam ja. Sekarang batuk ja tak lega2 lagi.

Chenta Qaseh said...

sy prnh batuk teruk sehingga sukar utk brnafas..dan msok hospital 3 hri..bebas dr TB slps ujian dr doc..tp skg sudah 2 bln still btuk..brmula ptg smpai mlm..tp.asl tdo ptg atau mlm mesti berpeluh..smpai x selesa dan trjaga dr tidur..

Anonymous said...

Sy pn batuk dh hampir 3 bulan.. mcm2 ubat dan petua sy cuba tp x jalan.. sy ada jalani ujian saringan TB.. Alhamdulillah result -Ve.. Adus ni kali ke 4 sy nk ke klinik sbb batuk mcm x nak stop

Unknown said...

Sy sama mcm pn faizatul..sy buntu..risau pn ade..mkn ubat batuk ok kejap..pastu xkira ms tiba2 batuk..mcm nk lelah..ssh hati sgt

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...