Anda Suka???

Thursday, May 17, 2012

Gerhana Matahari Anulus 20 Mei 2012

Imej ini diambil dari kapal angkasa Hinode milik Jepun ketika kejadian
Gerhana Matahari Anulus yang berlaku pada 4 Januari 2011.

Satu gerhana Matahari Anulus (gerhana matahari cincin) akan berlaku pada 20 Mei 2012 ini (waktu tempatan di Hemisfera Timur), akan menyebabkan 94% permukaan matahari dilindungi oleh bulan dengan magnitud 0.9439. 

Gerhana matahari berlaku apabila bulan melintasi antara bumi dan matahari dan melindungi secara keseluruhan atau sebahagian imej matahari dari pencerap yang berada di bumi. Gerhana Matahari  Anulus berlaku apabila diameter ketara bulan adalah lebih kecil daripada cakera matahari, menyebabkan matahari kelihatan seperti anulus (cincin), dan menyekat kebanyakan daripada cahaya matahari. Satu gerhana anulus mungkin kelihatan seperti gerhana matahari separa di sebuah rantau yang berjarak beribu-ribu kilometer luasnya.

Fasa anulus akan dapat dilihat dari kawasan pantai China, utara Taiwan, selatan Jepun , dan bahagian barat Amerika Syarikat dan Kanada. Guangzhou, Taipei, Tokyo dan Albuquerque adalah di laluan pusat. Gerhana maksimum akan berlaku di Pasifik Utara, Kepulauan Aleutian selatan bagi tempoh 5 minit dan 46.3 saat , dan akan tamat di bahagian barat Amerika Syarikat.

Di Malaysia, hanya negeri -negeri yang berada di Malaysia Barat sahaja yang berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa. Ia hanya dapat dilihat dari Sabah, Sarawak, Brunei dan sebahagian Indonesia. Itupun kita tidak akan dapat melihat keseluruhan fasa gerhana separa ini kerana ia dijadualkan akan berlaku ketika matahari sedang terbit pada 21 Mei 2012.

Secara ringkasnya, jika anda berada di bandar-bandar di bawah, Gerhana Matahari Separa sedang berlaku KETIKA Matahari terbit di Timur. Namun, waktu tamatnya berbeza-beza sedikit berdasarkan lokasinya. 

Kuching. Gerhana TAMAT lebih kurang 16 minit SELEPAS terbit matahari.
Bintulu: Gerhana TAMAT lebih kurang 30 minit SELEPAS terbit matahari
Miri: Gerhana TAMAT  lebih kurang 37 minit SELEPAS terbit matahari
Kota Kinabalu : Gerhana TAMAT  lebih kurang 50 minit SELEPAS terbit matahari
Sandakan: Gerhana TAMAT lebih kurang 1 jam SELEPAS terbit matahari

Kiraan waktu gerhana :   SINI

Kiraan waktu terbit matahari:  SINI



Jangan sekali-kali pandang ke arah matahari tanpa penapis yang sesuai.   Cahaya matahari berbahaya dan boleh membutakan mata anda...




Sumber: Angkasa Malaysia dan Falak Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...