Punca sebenar alahan kepada haruman masih tidak diketahui. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja daripada semua peringkat umur. Namun biasanya ia lebih kerap berlaku kepada wanita yang lebih banyak terdedah kepada haruman berikutan penggunaan alat solek dan dandanan diri berbanding lelaki.
Dermatitis sentuhan adalah alahan kosmetik yang paling biasa dialami wanita. Ramai yang mendapat ruam atau rasa gatal di tempat yang kerap disapu kosmetik. Alahan haruman pula biasanya menyebabkan munculnya ruam pada muka, leher atau belakang telinga,
Tanda-tanda alahan:
- Bersin apabila tercium bau minyak wangi yang dipakai rakan sepejabat dan dalam masa beberapa minit, anda mula sakit kepala.
- Apabila membuka sabun cecair dan terkena pada tangan, tangan anda mula ditumbuhi ruam dan rasa gatal.
- Bersin apabila tercium bau harum daripada lilin aromaterapi.
- Apabila membuka majalah yang ada iklan minyak wangi dengan haruman, mata berair dan anda bersin berulang kali.
- Sakit kepala
- Sesak nafas
- Bersin
- Pernafasan berbunyi kasar dan kuat
- Dada terasa ketat
- Gejala asma bertambah teruk
- Hidung berair atau tersumbat
- Kulit naik ruam, gatal dan merah (bagi individu yang ada masalah alahan kulit)
Panduan Atasi Masalah Alahan
- Pilih produk yang tidak mengandungi haruman atau mempunyai perkataan hipoalergenik.
- Menjauhi orang yang memakai haruman yang boleh menganggu anda.
- Jika anda mengesyaki mengalami alahan haruman, hentikan pengunaan produk berkenaan selama 2 minggu. Biasanya kesan alahan akan hilang dalam masa dua mingu.
- Pasang kipas mudah alih yang kecil di meja anda. Kipas kecil ini boleh menggerakkan udara dalam pejabat, sekurang-kurangnya di sekitar anda. Ia juga cara yang baik untuk menyahkan bau dengan cepat.
- Jika anda berani beritahu si pemakai minyak wangi tentang alahan anda.
Sumber: kesihatanmalaysia
No comments:
Post a Comment