Anda Suka???

Saturday, March 10, 2012

The Secret Circle di 8TV


Drama 22 episod ini diadaptasi daripada penulis popular, L J Smith yang sebelum ini terkenal menerusi drama The Vampire Diaries. Ia mengisahkan seorang remaja perempuan yang sedar dirinya mempunyai kuasa sebagai ahli sihir dan terperangkap dengan perjanjian rahsia yang menjadi kunci pada pertempuran kuasa baik menentang jahat.

Sinopsis
The Secret Circle merujuk pada watak utama, Cassie Blake lakonan Britt Robertson yang melalui episod kehidupan yang pelik selepas ibunya meninggal dunia dalam satu kebakaran misteri. Dia yang baru berusia 16 tahun kemudian menetap bersama neneknya, Jane di satu pekan kecil, Chance Harbor, Washington. Berusaha menyesuai diri dengan persekitaran baru, Cassie berkenalan dengan Diana Meade. Mereka berkawan baik sehingga diperkenalkan kepada rakan-rakan lain - Faye, Melissa dan Nick yang selalu bersama dalam satu kumpulan. 
Book of Shadow
Konflik persahabatan mereka mula wujud apabila Cassie bertemu dengan teman lelaki Diana, Adam. Cassie berasakan suatu yang aneh ketika berdepan Adam. Ketika berjumpa dengan Dawn yang juga ibu pada Diana, Cassie mengetahui wanita itu adalah rakan ibunya ketika zaman kanak-kanak. Sebaliknya, Cassie tertanya-tanya mengapa mendiang ibunya tidak pernah menceritakan sejarah silam dia dilahirkan di kawasan itu.

Segala persoalan yang bermain di fikiran Cassie mula merungkai jawapan yang dicari selepas rakannya itu membuat pengakuan mereka adalah ahli sihir dan kehadiran Cassie seolah-olah melengkapkan kumpulan itu sebagai satu bulatan atau 'circle'.

8TV meletak kepercayaan drama bersiri ini dijangka mendapat sambutan positif penonton khususnya remaja dan penggemar kisah ahli sihir yang disiarkan setiap Selasa jam 9.30 malam bermula 6 Mac yang lepas.


Sumber : Harian Metro

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...