Anda Suka???

Thursday, January 31, 2013

Makanan yang buat anda gembira

Tahukah anda bahawa makanan juga boleh membuatkan seseorang gembira. Contohnya, coklat akan menambahkan mood seseorang itu tetapi ia juga boleh membuatkan seseorang itu bertambah berat badan. 

Di bawah ini dipaparkan beberapa makanan yang disarankan oleh pakar pemakanan untuk menaikkan semangat anda walaupun berhadapan dengan masa yang sukar dan susah.


Pisang dan Bijirin
Kedua-dua makanan ini mengandungi tryptophan asas asid amino yang boleh menyebabkan kewujudan serotonin yang mengawal sesetengah bahagian dalam otak manusia.

Pisang dan bijirin ini juga mengandungi vitamin B6 yang boleh menukar protein dalam asid amino kepada dopamine dan adrenaline. Malah, bahan kimia yang terdapat didalamnya boleh merawat dan menaikkan mood seseorang.
Beras Perang
Bijirin beras perang ini boleh mempengaruhi kandungan karbohidrat yang terdapat di dalamnya untuk memperlahankan hormon yang mengawal penyerapan gula oleh tubuh. Secara tidak langsung, ia mengimbangkan kadar gula dalam darah. Kadar kandungan gula yang stabil dalam darah boleh membuatkan cortisol (hormon stres) tidak rosak.

Kailan dan Brokoli
Sayuran brokoli dan kailan ini kaya denga folate, magnisium dan kalsium.  Kesemuanya penting untuk penukaran bahan kimia dalam otak untuk menaikan semangat seseorang.
Ikan Makarel dan Salmon
Hasil kajian menunjukkan bahawa minyak ikan ini mengandungi Omega-3 (EPA/EPA) fatty acids dapat meringankan mood yang sering bertukar dan mengurangkan kesedihan.

Sumber


Monday, January 28, 2013

Drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi

Slot baru Akasia drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi (RBDAD) akan datang Februari ini di TV3, drama terbitan Zeel Production membariskan pelakon Fahrin Ahmad, Tasha Shilla, Sharizal Jaszle, Fauziah Ghaous, Aiman Hakim Ridza, Lydiawati, Dato' Rahim Razali, Raja Ema, Syatilla Melvin dan Hairi Safwan (anak wayang) menggantikan drama Setia Hujung Nyawa.

Fahrin Ahmad membawa watak Firdaus dan menjadi suami kepada Ain lakonan Tasha Shilla. Fahrin juga sebagai abang kepada Sharizal Jazle yang memegang watak Faiz. Ada sebab mengapa Firdaus membawa diri hingga ke Abu Dhabi akibat fitnah ke atasnya, siapakah agaknya yang membuat fitnah tu? 

Raja Ema memegang watak Salina, seorang perempuan jahat yang menjadi ibu ayam. Nak tengok macamana Raja Ema bawa watak agak berbeza dalam drama2 dia sebelum nie… kena le tengok drama bersiri nie, sambil melayan permandangan yang indah dan berbeza di Abu Dhabi.

Fahrin Ahmad akan menyanyikan lagu OST untuk drama ini bertajuk  Siapa Ingin Membawa Ciptaan : Hafiz Hamidun dan Ahmad Fedtri Yahya. 

Bagi yang inginkan perkembangan terbaru mengenai drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi sila ke blog EDtv, blog rasmi drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi.             
Sumber : FB    

Sunday, January 27, 2013

Bunga Hooker's Lips


Tanaman yang diberi nama Psychotria Elata juga memiliki bunga yang menyerupai bibir Mick Jagger. Berwarna merah menyala, serta besar dan tebal. Tak hairan, jika  ramai orang yang menyebutnya sebagai Hot Lips Plant, Flower of Lips atau Hooker's Lips.

Tanaman ini hanya dapat ditemui di daerah hutan tropika Amerika Selatan, seperti Costa Rika dan Colombia. Warna merah bunga yang menyala, menarik rama-rama dan burung-burung (hummingbird) untuk hinggap di atasnya.


Sumber


Wednesday, January 23, 2013

Farmasi Gula-Gula Barcelona, Sepanyol

Adakah anda penggemar gula-gula? Kalau ya ini adalah berita baik untuk anda. Di Sepanyol terdapat rangkaian kedai menjual gula-gula yang berkonsepkan farmasi. Rangkaian kedai yang dipanggil Happy Pills ini menjual pelbagai jenis gula-gula yang dijual di dalam bekas yang biasanya digunakan untuk meletakkan ubat. 


Sumber



Tuesday, January 22, 2013

Pantai Berpasir Kaca Di California


Jika Hawaii mempunyai pantai pasir hijau dan merah, California ada pantai berpasir kaca. Bebatuan kaca warna-warni menjadikan pantai ini seperti berpasir permata. Lihat sendiri keunikan pantai ini. 


Sesuai namanya, Glass Beach adalah pantai dengan pasir kaca. Bebatuan kaca tersebar di sepanjang pantai ini. Pantai unik ini berada di Taman Nasional MacKerricher, dekat Kota Fort Bragg, California. Pasir gelas ini tidak hadir tiba-tiba, melainkan melalui proses bertahun-tahun. Pada awal abad ke-20, pantai ini menjadi daerah pembuangan sampah oleh penduduk sekitar. Berbagai sampah sempat dilempar ke sini, mulai dari botol hinggalah peralatan rumahtangga.

Oleh kerana itulah pantai ini tersebut disebut "The Dumps" oleh penduduk sekitar. Kadang-kadang, ada pembakaran di pantai tersebut untuk mengurangi sampah yang menggunung. Pada tahun 1967, pemerintah menutup daerah tersebut untuk membuang sampah. Mulai saat itu, pantai tersebut dibersihkan dan diperbaiki. 


Ternyata, ombak berhasil mengubah sampah botol dan gelas di sana menjadi sesuatu yang indah. Setelah bertahun-tahun, sampah kaca di sana berubah jadi bebatuan. Bebatuan kaca ini sudah tidak lagi tajam, melainkan sudah pipih dan lembut. Tidak hanya bentuknya, bebatuan ini pun menarik kerana warnanya yang beraneka ragam.

Fenomena alam ini membuat Glass Beach menjadi tumpuan pelancong. Ramai orang datang ke sini kerana ingin melihat pasir kacanya yang berwarna warni dan lutsinar, ada juga yang ingin membawa pulang pasir/batu unik itu sebagai ole-ole. Dulu, para pengunjung masih boleh mengambil bebatuan kaca ini dengan bebas. Namun setelah pantai seluas 150.000 meter persegi ini diambil alih oleh Taman Nasional MacKerricher, bebatuan kaca ini pun turut terlindungi.



Pengunjung boleh datang dan menikmati pantai ini sepuasnya, namun tidak boleh mengambil bebatuan kaca yang ada di sini. Meski begitu, masih ada pengunjung yang diam-diam mengambil sebuah atau beberapa buah batu kaca untuk dibawa pulang.

Jika datang ke sini, pengunjung sebaiknya menggunakan sandal dengan sol yang tebal. Hal ini untuk menghindari kemungkinan batu kaca yang ada di sini pecah dan akan melukai kaki pengunjung.


Sumber

Monday, January 21, 2013

Air Katira


Air katira sangat terkenal di negeri Johor dan hanya boleh ditemui semasa bulan Ramadhan sahaja. Namun sejarah tentang asal usul minuman ini tidak dapat disahkan dengan tepat kerana ada sumber yang mengatakan ia bermula dari Singapura dan ada juga yang mengatakan minuman ini merupakan minuman kegemaran orang Islam di India Selatan. Buah katira adalah bahan yang istimewa dalam minuman ini.


Walau apa pun tanggapan orang tentang air katira, ia sememangnya sangat berkhasiat kerana minuman ini mengandungi herba-herba lain seperti buah semangkuk, gajus, kismis, kurma, biji selasih, badam dan halwa kabung. Jika kita amati bahan lain yang terdapat dalam minuman ini, bukankah ia amat berkhasiat? Kandungan herba yang pelbagai dalam minuman ini sudah diketahui umum dan ia semestinya satu minuman yang menyihatkan dan membekalkan tenaga.

Sumber


Friday, January 18, 2013

Khasiat Buah Tembikai Untuk Kesihatan & Kecantikan


Buah tembikai  memiliki kandungan air yang banyak dengan rasanya yang manis dan menyegarkan membuatnya menjadi salah satu pilihan untuk mengatasi rasa haus dan dahaga, sehingga kebanyakan orang cukup menyukai buah yang umumnya berwarna merah dan kuning pada bahagian isinya.

Buah tembikai selain menyegarkan, juga mengandung banyak khasiat dan nutrisi di dalamnya, seperti Vitamin A dan C. Selain kedua vitamin utama tersebut, tembikai juga mengandung zat potasium, vitamin B6, tiamin, lemak, sodium dan kalori yang semuanya bermanfaat bagi kesihatan.

Khasiat buah tembikai dapat ditemui pada hampir seluruh bahagian, mulai dari kulit hingga biji tembikai sekalipun memiliki manfaat tersendiri bagi kesihatan. Pada kulit tembikai  misalnya, dapat digunakan untuk perawatan kulit, atau biji tembikai  yang telah dihaluskan juga dikenal sebagai ubat serawan. (baca cara memanfaatkannya pada bahagian akhir artikel ini)

Khasiat buah tembikai  bagi kesihatan sangatlah banyak. Di bawah ini adalah beberapa perkara mengapa anda memerlukan buah tembikai untuk kesihatan.

Khasiat Buah Tembikai  – Cegah Penyakit Jantung dan Kanser Prostat

Zat Lycopene dalam buah tembikai lebih besar dari lycopene pada tomat serta merupakan zat antioksidan yang terbukti dapat mencegah dan membentuk antibodi untuk melawan kanser prostat (pada lelaki) dan penyakit jantung. Untuk mendapatkan zat lycopene pada buah tomato anda perlu memanaskannya terlebih dahulu di atas kuali dengan sedikit api dan minyak. Akan tetapi untuk mendapatkan zat lycopene pada tembikai  zat tersebut boleh anda dapatkan dengan mengkonsumsinya secara langsung.

Dengan secawan tembikai yang telah dilumat, anda sudah mendapatkan 40 persen antioksidan dari zat lycopene yang dilepas secara automatik oleh buah tembikai.

Kaya A dan Vitamin C

Dengan mengambil sepotong tembikai besar, sudah mencukupi keperluan  vitamin C selama setengah hari anda. Warna merah dan kuning pada buah tembikai adalah warna khas vitamin C yang terkandung pada buah.

Meningkatkan Daya Penglihatan

Selain Vitamin C, buah tembikai juga mengandung vitamin A yang bermanfaat bagi kesihatan untuk melawan infeksi serta mencegah penurunan daya lihat. Vitamin A juga dikenal bermanfaat untuk mencegah menurunnya daya penglihatan.

Membantu Proses Penyembuhan

Bila anda mengalami luka, baik luar mahupun dalaman, anda dapat mengambil isi  putih pada tembikai  yang pada umumnya dibuang. Isi ini memang agak keras, akan tetapi kaya akan zat citrulline dan asam amino yang jarang sekali dihasilkan oleh buah mahupun makanan lain. Zat tersebut dapat dimanfaatkan untuk membantu proses penyembuhan luka dan pembelahan sel agar mempercepat penyembuhan.

Mengawal Tekanan Darah

Khasiat buah tembikai selain mengandungi vitamin A dan C, juga mengandungi zat potasium yang berguna untuk mengendalikan tekanan darah. Dengan mengkonsumsi buah tembikai secara teratur dapat mencegah terjadinya hipertensi.

Untuk Diet

Buah tembikai mengandungi sangat sedikit kalori, dengan dua potong tembikai  mengandungi sekitar 96 kalori ditambah dengan zat air yang banyak terdapat didalamnya, membuat anda merasa cepat kenyang. Hal ini dapat membantu diet anda agar berat badan dapat dikawal.


Sebagai Ubat Serawan

Seperti yang disebutkan sebelumnya, biji buah tembikai juga umumnya dimanfaatkan oleh pengubatan tradisional sebagai ubat serawan. Cara menggunakannya adalah jemur biji buah tembikai hingga kering, lalu haluskan hingga menjadi serbuk dan sapukan pada luka serawan.

Khasiat Buah Tembikai Untuk Menghilangkan Noda Hitam

Selain manfaat yang disebutkan di atas, khasiat buah tembikai  juga dapat digunakan untuk mengatasi noda hitam atau flek pada wajah. Caranya adalah:
  • Jemur kulit tembikai di bawah terik matahari hingga kering
  • Lumatkan kulit tembikai hingga menjadi serbuk
  • Ambil sebiji timun dan sebatang lidah buaya
  • Campurkan ketiganya dalam satu bekas dan kacau hingga merata
  • Sapukan campuran tadi ke wajah atau sebagai masker wajah, boleh juga hanya pada noda hitam di wajah anda
  • Biarkan selama kurang lebih 10 menit atau hingga agak mengering
  • Bilas wajah hingga bersih dengan air sejuk

Sumber

Punca Cepat Lapar


Pasti anda pernah mengalami situasi di mana walaupun anda baru sahaja selepas makan, anda amat cepat untuk berasa lapar kembali.Ini akan membuatkan anda untuk makan banyak kali. Ia tidak baik untuk penjagaan kesihatan. Jadi, apakah punca yang menyebabkan masalah ini?

  1. Minum terlalu banyak minuman manis - Hasil daripada kajian oleh University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa anda telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

  2. Makan makanan bertin - Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia seperti bisphonel - A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin seseorang. Ia akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali dan juga dikatakan sebagai punca terhadap masalah obesiti.

  3. Sarapan pagi yang tidak mencukupi - Hasil kajian terhadap 6,746 orang selama empat (4) tahun mendapati bahawa seseorang yang mengambil 300 kalori pada sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua (2) kali ganda berbanding orang yang mengambil 500 kalori. Ini kerana sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan seseorang untuk makan banyak kali sepanjang hari.

  4. Tidak makan sayur-sayuran - Khasiat di dalam sayur-sayuran boleh membantu untuk seseorang berasa kenyang lebih lama dan ini dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

  5. Tidak minum teh kurang gula - Hasil daripada kajian mendapati bahawa seseorang yang minum teh kurang gula selepas makan akan membuatkan mereka berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan anda daripada makan banyak kali.

  6. Kurang minum air masak - Tubuh badan yang kurang air akan menyebabkan seseorang untuk makan lebih banyak kerana ia meningkatkan tahap kelaparan seseorang.   Sebaiknya, sebelum makan anda perlu minum air masak terlebih dahulu.

  7. Kebosanan - Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Austraia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan seseorang untuk makan lebih banyak.
 Sumber

Thursday, January 17, 2013

Fakta Menarik Megenai Nyamuk

Tahukah anda berapa jumlah spesies nyamuk yang ada di muka bumi ini??? Menurut penelitian terkini ada kurang lebih 3,500 spesies nyamuk di dunia. Lagi fakta menarik kat bawah nie:-
  • Mempunyai 100 mata di kepalanya.
  • Mempunyai 48 gigi.
  • Mempunyai 3 jantung yang lengkap di perutnya.
  • Mempunyai 6 pisau di belalainya yang mempunyai fungsi berbeza.
  • Mempunyai 3 pasang sayap.
  • Dilengkapi alat pengesan haba yang berfungsi seperti infrared untuk memudahkannya mencari mangsa pada waktu malam.
  • Mempunyai alat pembius agar manusia tidak terasa sakit ketika dihisap darah.
  • Dilengkapi alat pemilih darah, nyamuk tidak menghisap sebarang darah. (demand rupanya nyamuk nie hehe)
  • Dilengkapi alat pengalir darah yang mengalirkan darah melalui jarum penghisapnya yang sangat sempit dan lembut.
  • Hasil penemuan moden, terdapat banyak serangga yang sangat kecil hidup di punggungnya, hanya boleh dilihat melalui mikroskop.

Tak cukup dengan fakta di atas? Ini tambahannya:

  1. Nyamuk sudahpun wujud sejak 100 juta tahun lalu (dah lama dah)
  2. Kira-kira 3,000 spesis nyamuk dikenalpasti dan mempunyai kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan persekitan dengan cepat. Diketahui hidup banyak di kawasan tropika dan juga Artik.
  3. Dari telur ke nyamuk dewasa yang macho hanya mengambil masa 4 hingga 7 hari. Ianya bergantung kepada suhu. (Patutlah banyak sangat nyamuk, cepat betul proses perkembangannya!)
  4. Nyamuk betina boleh hidup sehingga 100 hari, tapi nyamuk jantan hanyalah 10 hingga 20 hari saja. Nyamuk betina bertelur sebanyak 100 hingga 300 biji pada satu-satu masa dan sebanyak 1,000 hingga 3,000 biji sepanjang hayatnya. (Fuyoo)
  5. Kibasan sayap nyamuk ialah 300 hingga 600 kali sesaat (itu yang dengar bunyi “nyyyennng” tu..sebab laju sangat sayap dia).
  6. Nyamuk jantan mampu mengesan kahadiran nyamuk betina yang seksi dengan hanya bunyi kibasan sayapnya (memang senjata rahsia ni hehe).
  7. Nyamuk juga boleh kenal nyamuk spesis lain dengan hanya berdasarkan bentuk tompok di sayap (ada tompok rupanya).
  8. Apa makanan nyamuk? Nyamuk makan pelbagai cairan (termasuk darah), dan mineral dari buah-buahan, tumbuhan serta dari sampah sarap dan air bertakung (patutlah banyak nyamuk aedes, dah memang makanannya air bertakung).
  9. Nyamuk mampu terbang sejauh 1.5 kilometer dari habitatnya tapi ada spesis yang mampu terbang sejauh 30 kilometer (jauh perjalanan, ramai ‘pelanggan’ ^-^).
  10. Bagaimana nyamuk mencari mangsa? Nyamuk mempunyai penglihatan infrared iaitu kebolehan mengesan haba dan juga melalui hembusan gas karbon dioksida. Kita membebaskan haba dan melepaskan karbon dioksida bila bernafas. Senanglah nyamuk ‘target’ kita (kalau pakai selimut tebal, mungkinkah pelepasan haba dapat dikurangkan? Lalu nyamuk tak nampak kita?....^______^)
  11. Spesis nyamuk yang paling ganas agresif ialah nyamuk yang hidup di kawasan Artik di Kanada. Satu kajian di mana para pengkaji sengaja mendedahkan kaki, tangan dan badan mereka untuk santapan nyamuk. Keputusannya, 9,000 gigitan dalam masa seminit. Kalau dibiarkan, darah kita akan kering dalam masa 2 jam (pergh ...ganas betul tue!)
  12. Nyamuk betina saja yang suka menggigit kita. Darah sumber protein untuk mereka hasilkan telur. Nyamuk jantan hanya menghisap cairan tumbuh-tumbuhan (macam baik jer nyamuk jantan nie)
  13. Nyamuk memang terkenal menyebabkan penyakit demam malaria, denggi, JE dan sebagainya. Nyamuk juga membawa penyakit kepada haiwan seperti penyakit kecacingan pada lembu dan kuda.
  14. Dilabel sebagai ‘makhluk pembunuh’ sebab penyakit demam malaria sudahpun hampir membunuh setengan dari populasi manusia sejak zaman paleolitik (owh... zaman batu)
  15. Asal usul nyamuk aedes adalah dari Timur Asia. Mereka sampai ke sana melalui tayar-tayar buruk yang diimport.
  Sumber : Email

Friday, January 11, 2013

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki

Jika selama ini anda malas untuk berjalan kaki, maka fikirkanlah semula.   Menurut sebuah penyelidikan, berjalan laju boleh mengurang 8 jenis penyakit berbahaya. Ini merupakan 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan senaman yang bertumpu pada kaki.

1. Serangan Jantung
Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koronari) agar dapat berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Jalan kaki dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan kaki, kolesterol yang baik (HDL) yang bekerja sebagai span penyerap kolesterol tidak baik (LDL) akan meningkat.

2. Stroke
Dalam sebuah kajian yang dilakukan kepada 70 ribu jururawat di Harvard School of Public Health yang melakukan kegiatan berjalan kaki selama 20 jam seminggu semasa bekerja risiko mendapat stroke menurun sehingga 2/3.

3. Membakar Lemak
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme badan. Selain sejumlah kalori yang terbuang semasa aktiviti berjalan kaki, lebihan kalori yang disimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian penambahan berat badan dapat dielakkan.

4. Melangsingkan Badan
Jika anda mempunyai berat badan lebih, mulakan rutin berjalan kaki. Pergerakan kaki mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada diperut anda akan terhakis. Lakukan aktiviti berjalan kaki selama satu jam sehari (berjoging lebih bagus, tapi jangan over sangat).

5. Kanser
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin berjalan kaki. Kanser yang boleh ditekan adalah jenis kanser usus (colorectal carcinoma). Pergerakan badan dapat melancarkan fungsi usus, termasuklah buang air besar dengan teratur. Kanser usus biasanya terjadi kerana menahan air besar dengan lama. Dalam sebuah kajian lain, berjalan kaki boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis
Sering berjalan kaki bukan hanya menyihatkan otot-otot di badan, tetapi rangka atau tulang anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Mencegah osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan pengambilan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerakan badan dan memerlukan masa paling kurang 15 minit di bawah sinaran matahari.

7. Mencegah Kencing Manis
Dengan rutin jalan kaki sekitar 6 km per jam sekitar 50 minit, anda mampu melambatkan atau menghalang berkembangnya diabetes Type 2, terutamanya untuk mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Gula dalam darah boleh dikawal dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya perlu berjalan kaki secara konsisten untuk terus menjaga kecergasan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Tekanan (Deprasi)
Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresi yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Jadi, berjalan kakilah selalu agar anda tidak murung.. ^_^


Sumber

Macam-Macam


jom main gelongsor
durian crepe or durian crape
 
Sumber : Cari

Thursday, January 10, 2013

Sinopsis Drama Janji Shirah


Drama 13 episod bertajuk Janji Shirah ini akan menemani anda setiap Ahad jam 9 malam di TV3. Antara pelakonnya adalah Nabila Huda, Iqram Dinzly, Fauzi Nawawi dan Aeril Zafril.
 
Sinopsis:
Mengisahkan  seorang gadis bernama Shirah dalam mengharungi kehidupan yang penuh onak dan duri.  Apatah lagi dengan tingkah laku abang ipar yang panas baran.

Sumber

Khasiat Pokok Cili Padi

Siapa suka makan pedas? Tentu sekali cili padi tidak asing bagi anda kan? Selain cili padi, ia dikenali juga sebagai cili api atau cabai burung. Ramai hanya tahu ia hanya penambah selera dalam masakan. Barulah "kick".

Namun begitu, rupa-rupanya daun serta akar pokok cili padi ni turut memiliki khasiat tersendiri. Antaranya boleh menyembuhkan bisul, luka, sakit sendi, sengal-sengal otot, bengkak, mengurangkan tekanan darah tinggi serta merawat cirit-birit.

Daun Pokok Cili Padi

Bagi tujuan menyembuhkan bisul dan mengubati luka, anda ambil beberapa helai daun dan tumbuk sampai lumat. Kemudian, tampalkan daun tersebut pada tempat bisul atau luka.

Sekiranya ada yang rasa sengal-sengal otot, sakit sendi ataupun mengalami bengkak; layurkan daun pokok cili padi dan tampal pada tempat yang sakit.

Ulangi langkah tersebut sehingga ia beransur pulih.

Akar Pokok Cili Padi


Akarnya dikatakan mampu mengurangkan tekanan darah tinggi serta menghilangkan cirit-birit.

Petuanya - ambil dan bersihkan akar pokok cili padi. Kemudian rebuskan akar tersebut hingga mendidih. Seterusnya, tapiskan air rebusan ke dalam cawan atau gelas. Tunggu ia suam dan minum.

Begitulah sebahagian khasiat pokok cili padi yang sempat di kongsi dengan anda. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk anda sekeluarga.

Sumber

Wednesday, January 9, 2013

Sinopsis Drama Dalam Setiap Sujud

Drama ini  telah bermula bersiaran pada 8 Januari 2013, setiap Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam di TV9, arahan Raja Ahmad Alauddin ini diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.

Bersiaran selama 14 episod, Dalam Setiap Sujud, menampilkan Nur Fathia, Azlee Khairi, Elfaeza Ul-Haq, Syatillah Melvin, Aidil Aziz, Rozie Othman, Watie Sadali, Mak Engku dan Idris Md. Diah. 


Kemunculan istimewa Keith Foo, pelakon dan model yang popular di Indonesia dalam drama ini, pastinya akan meninggalkan impak tersendiri di hati peminatnya.

Sinopsis
Diinspirasikan daripada peristiwa letupan Gunung Merapi yang meragut ratusan nyawa di Yogjakarta.  Hendra yang kehilangan isterinya dalam peristiwa letusan Gunung Merapi di Yogyakarta.  Kehadiran Jannah (Nur Fathia), sukarelawan daripada Malaysia membibitkan sedikit rasa cinta di hati Hendra apabila melihatkan kelembutan Jannah melayan anaknya kecilnya yang bernama Ilah.

Konflik terjadi apabila Jannah menerima lamaran Puan Endah (Rozie Othman) yang berkenan dengan peribadi Jannah yang sering sahaja tersenyum ketika dia dimasukkan ke hospital. Puan Endah yang juga bekas majikan bapa Jannah mahukan Jannah menjadi isteri kepada anaknya, Fareez (Azlee Khairi).

Malangnya, Fareez yang suka berpoya-poya itu tidak mahu Jannah menjadi isterinya kerana dia sudahpun mempunyai pilihan sendiri iaitu Zulaikha (Elfaeza UI Haq).  Bagi Fareez, Jannah tidak layak untuk menjadi isterinya jika dibandingkan dengan Zulaikha yang lebih moden dan kedudukan Zulaikha juga lebih setaraf dengannya. Tetapi atas desakan Puan Endah, Fareez terpaksa akur dan menerima pilihan ibunya itu jika tidak dia akan kehilangan semua harta keluarganya. Sejak itu Fareez berjanji akan membuatkan Jannah tersiksa dengan hidup bersamanya.

Bagaimana pula dengan Hendra yang jauh di Indonesia tapi tidak pernah sedetik pun melupakan Jannah?  Kalau nak download klik ja SINI.

Sumber


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...