Anda Suka???

Sunday, May 26, 2013

5 Bahan Untuk Bersihkan Toksin Dalam Hati


Bahagian hati mempunyai sangat banyak fungsinya kepada kesihatan kita. Hati akan membersihkan semua toksin yang ada dalam badan, sekaligus membolehkan semua sistem dalam badan kita berjalan dengan baiknya. Bahan-bahan dalam pemakanan kita, pencemaran dari luar serta kebergantungan yang tinggi terhadap ubat-ubatan juga sebenarnya hanya menyumbangkan lebih banyak kandungan toksin dalam badan.

Berikut adalah bagaimana untuk membersihkan hati anda...  
 
1. Air Lemon Suam
Air lemon suam merupakan bahan terbaik untuk nyahtoksin daripada badan, terutamanya di waktu pagi. Ini bukan jus lemon, jadi jangan tambahkan gula atau bahan-bahan lain. Pakar pemakanan mengakui bahawa hati menghasilkan lebih banyak enzim jika bertindakbalas dengan air lemon suam.


2. Bawang Putih
Banyakkan bawang putih dalam masakan dan makanan anda lepas ini. Ini kerana bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh membantu mengaktifkan enzim dalam hati. Ianya juga mengandungi allicin dan selenium yang diakui baik untuk melindungi hati.


3. Avokado
Buah ini memang banyak fungsinya. Satu kajian di Jepun mendapati avokado mengandungi sebatian yang dapat melindungi hati daripada kerosakan. Jika dibandingkan dengan 21 jenis buah yang lain, avokado merupakan buah yang paling berpotensi tinggi untuk melindungi hati daripada "galactosamine", iaitu bahan toksin paling kuat dalam merosakkan fungsi hati. 


4. Cilantro / Coriander (Ketumbar)
Cilantro ataupun Coriander juga dikenali sebagai Chinese Parssley, dhania. Herba ini boleh ditambahkan dalam diet pemakanan seharian kerana ianya dapat menyingkirkan logam berat dalam badan, sekaligus meringankan tugas hati semasa kerja pembersihan hati.

5. Kunyit
Penambah rasa dalam makanan yang mempunyai banyak khasiat dan kunyit bukan sekadar melindungi hati daripada rosak, tetapi juga menggalakkan penghasilan sel-sel baru hati. Ianya juga dapat meningkatkan penghasilan hempedu semulajadi, dan membantu dalam memastikan badan sentiasa berada dalam keadaan bebas dari toksin.

Pembersihan hati adalah penting, jadi jangan teragak-agak untuk menggabungkan pembersihan hati ini.  Jom....


Sumber


5 comments:

mamanurul said...

proses mendetox memang saya suka. tapi ada juga yang masih kurang sedar akan kepentingannya

Unknown said...

hai..blogwalking...jemput ke blog saya dan kita tukar link ye..
http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

ukash said...

Thanks you

Unknown said...

haa patutla kalau minum lemon ni rasa cuci bersih ja...

Unknown said...

proses mendetox ini memang menjadi tapi ramai yang tidak mengetahui manfaatnya..Kebanyakkan pengguna menggunakan produk2 yang lebih mahal harganya tapi kadang kala hasilnya tidak memberangsangkan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...