Anda Suka???

Monday, February 25, 2013

Sinopsis Drama Kerana Lelaki Itu TV9

Drama terbitan Radios One Production arahan Ramli Long ini akan disiarkan dalam slot Ratu di TV9 menggantikan darama Dalam Setiap Sujudnya.   Para pelakon yang terlibat adalah Ana Dahlia, Fikhree Bakar, Riz Amin, Zarina Zainordin, Tunku Hanis, Siti Elizad, Noryati Taib dan Syafiq Kyle.

SINOPSIS
Drama yang penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan dua pasangan berkawan rapat iaitu Dr. Hanafi bersama pasangannya Diana, seorang peguam serta Syukri dan Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana.

Sementara itu, Syukri yang bercita-cita untuk menjadi pengarah, akhirnya berjaya menggapai impiannya untuk menerbit dramanya sendiri dengan bantuan isterinya Munirah. Sebagai isteri, dia tahu Syukri tidak dapat mencapai cita-citanya kerana kekurangan modal. Oleh itu, Munirah telah mencagarkan geran tanah peninggalan bapanya untuk dibuat sebagai modal. Namun, sebagai pengarah muda yang berjaya, Syukri mula digoda oleh Camelia, seorang pelakon baru dan juga adik kepada Dr. Hanafi. Walaupun Syukri cuba menepis godaan Camelia, namun, sebagai seorang lelaki, dia akhirnya mengalah. Hubungan mereka menjadi semakin intim sehinggalah menjadi kecurigaan kepada para media. 

Apakah kesudahan kepada rumahtangga kedua sahabat ini? Adakah peluang kedua bagi Dr. Hanafi dan Syukri untuk memujuk hati isteri mereka yang lara? Semuanya terjawab dalam slot Ratu, ‘Kerana Lelaki Itu’.


Sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...