Kegunaan ubat gigi selain untuk menggosok gigi, memutih, ianya mencerah, menghilangkan kotoran dan mengembalikan dan melindungi enamel.
Artikel ini akak terima melalui email.
Artikel ini akak terima melalui email.
- Mengurangkan rasa sakit sekaligus mengubati di sengat serangga dan menghindarkan dari terluka.
- Mengurangkan rasa sakit sementara apabila terbakar kecil dan melecur terkena api.
- Mengecilkan jerawat. Letakkan satu titik kecil ubat gigi ke jerawat pada malam hari sebelum tidur. Cucinya di pagi hari.
- Mengilatkan kuku
- Sebagai gel rambut apabila gel rambut anda habis.... (biar betul)
- Menghilang bau di tangan seperti bau bawang, hanyir ikan dan sebagainya.
- Membuang dakwat pen di pakaian. Gosok kawasan yang terkena dakwat sebelum membilasnya dengan air dengan segera.
- Untuk kasut kulit, ubat gigi juga boleh membersih malah mengilatkan kasut.
- Membuang kesan krayon di dinding. Gosokkan kain basah dengan yang sudah diletak ubat gigi dengan lembut pada dinding.
- Membuat perhiasan perak berkilau. Gosokkan ubat gigi ke perhiasan perak dan biarkan semalam. Lap bersih dengan kain yang lembut keesokan harinya.
- Menghapuskan kesan calar pada DVD dan CD. Letakkan lapisan yang nipis ubat gigi ke disk dan gosok perlahan, kemudian bilas dengan air bersih.
- Menghilangkan bau masam pada botol bayi. Ingat supaya membilasnya dengan sabun dan air sehingga bersih.
- Menghilang kesan terbakar pada besi seperti sudu dan seterika.
- Membersihkan cermin mata menyelam (google) supaya terang. Penyelam, perenang, dan para atlit mungkin sudah tahu tentang trick ini. Gosokkan setitik ubat gigi di kacamata kemudian bilas dengan rata.
- Membersihkan Casing Monitor/Laptop. Letakkan ubat gigi dan dicampurkan dengan sedikit air kemudian gosok monitor/casing/laptop dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Kemudian lap semula dengan kain lembut dengan berhati-hati.
- Untuk menampal dinding simen yang berlubang kerana kesan paku dan sebagainya. ^_^
Sumber: Email
No comments:
Post a Comment