Anda Suka???

Sunday, April 1, 2012

Patung Wanita Dalam Tasik di Hamburg


Sebuah patung besar terapung telah dipamerkan di bandar Hamburg, Jerman bermula 3 Ogos 2011. Patung tersebut diperbuat daripada besi keluli dan stiforoam menyerupai seorang wanita sedang mandi itu diletakkan di Tasik Picturesque Alster. Ia telah menarik ramai pelawat ke tasik itu bahkan ada yang sanggup menaiki bot kecil untuk melihatnya dengan lebih dekat.




Patung terapung tersebut ialah ciptaan Oliver Voss, ketua akademi pengiklanan Sekolah Miami Ad. Patung yang dikenali sebagai The Bather mempunyai ukuran ketinggian yang mencecah 3.9m dan panjang 29.4m direkabentuk seperti seorang wanita yang sedang berseronok mandi di tasik.


Walaupun patung The Bather berjaya menarik perhatian pelawat ke tasik itu namun terdapat juga segelintir individu yang tidak menyukainya kerana menyifatkan patung The Bather sebagai perosak dan pencemar kepada keindahan Tasik Picturesque Alster. Patung perempuan terapung itu dipamerkan selama 10 sehari (sehingga 12 Ogos) di tasik tersebut sebelum dipindahkan.




Sumber:  newsyahoo.com


 

1 comment:

eita said...

kreatif jgak kan..
walaupun nampak menakutkan...
duk tengah laut tu..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...