Anda Suka???

Monday, February 25, 2013

Sinopsis Drama Kerana Lelaki Itu TV9

Drama terbitan Radios One Production arahan Ramli Long ini akan disiarkan dalam slot Ratu di TV9 menggantikan darama Dalam Setiap Sujudnya.   Para pelakon yang terlibat adalah Ana Dahlia, Fikhree Bakar, Riz Amin, Zarina Zainordin, Tunku Hanis, Siti Elizad, Noryati Taib dan Syafiq Kyle.

SINOPSIS
Drama yang penuh dengan unsur kasih sayang, hasad dengki dan kekecewaan ini bermula dengan perkahwinan dua pasangan berkawan rapat iaitu Dr. Hanafi bersama pasangannya Diana, seorang peguam serta Syukri dan Munirah. Dr. Hanafi dan Syukri telah berjanji untuk memberi kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Setelah dua tahun berkahwin, Diana masih lagi belum mendapat zuriat. Diana tahu perasaan suaminya dan telah mencadangkan suaminya untuk berkahwin dengan Azzah, sahabat baiknya. Setelah mendapat seorang cahaya mata, Dr. Hanafi jarang pulang ke rumah Diana.

Sementara itu, Syukri yang bercita-cita untuk menjadi pengarah, akhirnya berjaya menggapai impiannya untuk menerbit dramanya sendiri dengan bantuan isterinya Munirah. Sebagai isteri, dia tahu Syukri tidak dapat mencapai cita-citanya kerana kekurangan modal. Oleh itu, Munirah telah mencagarkan geran tanah peninggalan bapanya untuk dibuat sebagai modal. Namun, sebagai pengarah muda yang berjaya, Syukri mula digoda oleh Camelia, seorang pelakon baru dan juga adik kepada Dr. Hanafi. Walaupun Syukri cuba menepis godaan Camelia, namun, sebagai seorang lelaki, dia akhirnya mengalah. Hubungan mereka menjadi semakin intim sehinggalah menjadi kecurigaan kepada para media. 

Apakah kesudahan kepada rumahtangga kedua sahabat ini? Adakah peluang kedua bagi Dr. Hanafi dan Syukri untuk memujuk hati isteri mereka yang lara? Semuanya terjawab dalam slot Ratu, ‘Kerana Lelaki Itu’.


Sumber

8 Tip Sihat Awet Muda Mudah

Berdasarkan perkongsian dan perbincangan dengan beberapa individu yang masih kelihatan muda dan aktif di usia lewat 40an, cara hidup dan pemakanan yang betul merupakan asas yang sangat penting.

Ikutilah tip-tip berikut untuk terus kekal muda:

  1. Tidur - Tidur penting untuk kesihatan tubuh badan anda.  Kulit anda juga akan bertambah baik dengan tidur yang mencukupi. Tidur yang mencukupi ialah dengan tidur dalam tempoh 6 – 8 jam setiap hari.
  2. Bersenam - Anda perlu besenam dengan kerap untuk mendapatkan kesihatan yang baik. Senaman ini akan membuatkan tubuh badan anda kekal aktif dan berfungsi dengan baik. Pelbagai aktiviti sukan juga boleh dipilih dan anda tidak semestinya melakukan senaman di gym.
  3. Buah-Buahan & Sayuran - Buah-buahan dan sayuran adalah baik untuk kesihatan dalaman dan juga kulit anda. Pilihan ulam-ulaman tempatan juga baik. Selain murah, ia juga mudah untuk didapati. Di samping khasiatnya yang sangat tinggi, jadikanlah ia sebagai amalan harian anda.
  4. Minum Air - Amalkan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air akan melembabkan kulit anda serta membantu peredaran darah anda.
  5. Jangan Merokok - Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga merosakkan struktur kulit; berdasarkan kajian perubatan, merokok menyumbangkan kira-kira 45% faktor penuaan berbanding dengan mereka yang tidak merokok.
  6. Amalkan Pemakanan Seimbang - Amalkan pemakanan seimbang di dalam kehidupan anda. Pastikan diet anda lengkap dengan kandungan vitamin dan mineral yang diperlukan. 
  7. Tangani Tekanan Dengan Bijak - Tekanan bukan sahaja akan mempengaruhi kesihatan mental sebaliknya ia juga akan mempengaruhi kesihatan seluruh badan anda. Teorinya mudah, bagi mereka yang selalu gembira pastinya akan kelihatan muda remaja berbanding dengan mereka yang selalu berdepan dengan tekanan. Rancang perjalanan kehidupan harian anda dengan baik bagi mengelakkan tekanan.
  8. Berfikiran Positif - Kearah kehidupan yang lebih baik, fikirlah secara positif. Anda pasti akan berasa lebih baik jika sentiasa amalkan kehidupan yang positif. Pembacaan buku-buku motivasi juga boleh membantu anda berfikiran positif.

Sumber

Sunday, February 24, 2013

5 Petua Mudah Untuk Mata Menawan

Mata yang cantik mempesonakan pandangan. Mata yang letih, bengkak dan mempunyai eyebag adalah masalah yang sering menghantui wanita. Mata yang cantik dan bersinar bermula dengan penjagaan yang baik. Ikuti 5 petua mudah ini bagi mengembalikan daya penarik mata anda..^__^

Petua 1
Sama ada anda mengenakan solekan atau tidak, mata perlu dibersihkan setiap hari. Gunakan pembersih khusus kerana mata adalah antara bahagian yang agak sensitif berbanding bahagian wajah lain.

Petua 2
Minum air masak secukupnya bagi mengelakkan bahagian keliling mata daripada kering dan berkedut. Keadaan cuaca yang panas atau dingin penyaman udara boleh mempercepatkan mata menjadi berkedut. Namun elakkan minum air dua jam sebelum tidur bagi menghindari terjadinya eyebag.

Petua 3
Kaedah tradisional seperti meletakkan timun atau uncang teh yang telah dipakai pada mata boleh membantu mata untuk berehat selain menjimatkan kos. Menyapukan ais di keliling mata juga antara kaedah yang dapat membantu melancarkan perjalanan darah.

Petua 4
Lakukan senaman ringan dengan menggerakkan mata ke kanan, kiri, atas dan bawah dalam kiraan 5-12 saat bagi meredakan ketegangan di sekitar otot mata. Ia amat berkesan sekiranya anda melakukan tugasan sepanjang hari di hadapan komputer.

Petua 5
Ambil lobak merah dan timun. Kisarkan bersama susu dan air untuk menjadikannya jus. Amalkan meminum jus ini setiap hari.  InsyaAllah mata anda akan bersinar dan menawan.

Sumber

Wednesday, February 20, 2013

Kucing Paling Setia


Inilah Si Karim, Kucing Yang Setia Mencari Rumah Majikannya Hingga Menempuh 3.218 KM

Seekor kucing berjalan 3.218 kilometer untuk mencari majikannya setelah majikannya pindah rumah tanpa si kucing dari Uzbekistan ke Rusia. Dua tahun kemudian, kucing tersebut berjaya menemui rumah majikannya di Rusia.

Ravila Hairova, 52 tahun, memutuskan meninggalkan kucing hitam peliharaannya bernama Karim kepada jirannya di Gulistan, Uzbekistan. Keputusan tersebut diambil kerana Hairova bimbang perubahan tempat tinggal bakal membuat Karim tidak biasa dengan tempat baru.

Hairova pun meninggalkan kerusi kesayangan Karim dan piring makanan Karim agar Karim merasa selesa. Akan tetapi, dua tahun kemudian, Hairova menemui Karim di pintu rumahnya di Liska, Rusia.

“Saya tahu dia hilang dari rumah jiran saya beberapa hari setelah kami pergi dan itu sangat menyedihkan. Tetapi, setelah itu kami tidak pernah mendengar khabar mengenainya lagi,” ujar Hairova. “Lalu ketika saya berjalan di jalanan, saya melihat kucing yang sepertinya menunggu saya. Ketika saya menghampiri kucing tetsebut, ternyata kucing itu adalah Karim yang berada dalam keadaan kurus serta sedih. Tetapi itu memang benar dia,” ujar Hairova.

“Sekarang Karim sangat gembira, begitu juga dengan kami. Saya tidak tahu bagaimana ia menemui kami. Tetapi saya gembira ia berjaya menemui kami,” tambahnya.
Sumber

Tuesday, February 19, 2013

Kolam Renang Infiniti Di Singapura


Pada ketinggian 200 meter (55 tingkat) tiga menara hotel Marina Bay Sands yang terletak di Singapura ini mempunyai teres yang besar dalam gondola dengan kolam renang dan taman-taman hijau dengan jumlah keluasan 12400 meter persegi. Kolam utama terletak di teres terbuka dan mempunyai susur penghadang yg tidak kelihatan.  Oleh kerana itu kelihatan kesan air jatuh dari atas yang nampak hebat dan kesan ini dipanggil sebagai infiniti. Kolam renang seluas kira-kira 150 meter dan merupakan kolam renang terbesar yang dibina di peringkat ini. Hotel ini mempunyai 2500 bilik, pusat membeli-belah, dewan persidangan, dua teater, muzium dan mempunyai beberapa restoran. Kos pembinaan hotel $8 bilion (RM24 billion) dan ini merupakan resort berkembar yang paling mahal di dunia.

Sumber

Sunday, February 17, 2013

Oscar Kucing Berkaki Bionik

Seekor kucing mendapat dua kaki bionik selepas menjalani pembedahan pertama di dunia yang dapat mengubah masa depan yang mengalami kecacatan kaki.

Kucing tersebut yang diberi nama Oscar yang kehilangan kaki akibat tersepit di mesin penuai kini boleh berlari selepas pembedahan implan. Peralatan sokongan besi yang dimasukkan ke dalam buku lali Oscar itu membolehkan tulang dan kulitnya bercantum di sekitar besi berkenaan.

Tapak kaki palsu juga direka khas di bawahnya bagi melancarkan pergerakan Oscar. Oscar boleh berdiri sehari selepas dibedah doktor haiwan, Dr. Neol Fitzpatrick yang menelan belanja ₤50,000.

Empat bulan kemudian berat Oscar bertambah dan kini ia boleh berlari. Dr. Fitzpatrick memberitahu teknik yang diaplikasi itu dijangka dapat digunakan ke atas manusia.



Sumber


Sunday, February 3, 2013

Peti Sejuk Ini Akan Terbuka Jika Anda Senyum


Penyelidik dari Universiti Tokyo telah mencipta peti sejuk yang boleh mengesan senyuman pengguna. Rekaan peti sejuk  ini ternyata memiliki tujuan khusus, di mana, sistem yang dinamai  "Happines Counter" memiliki tujuan untuk mendorong orang ramai  agar tersenyum setiap hari.

Peti sejuk sebelum ini dinamakan Happines Counter (kamera digital Sony Cybershoot yang telah disokong dengan sensor senyuman). Jadi, ketika anda berada di depan peti sejuk ini dan tersenyum, maka secara automatik pintu peti sejuk ini akan terbuka.

"Kami merasa bahawa 'Happines Counter' akan mendorong tindakan tersenyum saat berada pada tingkat kepenatan yang kita alami tiap hari, sehingga, dengan tersenyum dapat meningkatkan suasana hati yang positif dan komunikasi masyarakat,"kata jurucakap dalam program bual bicara dalam sebuah video dari Mashable, Khamis (11/10/2012).

Agar peti sejuk dapat mengesan senyuman dengan baik, para penyelidik melakukan  percubaan untuk menguji efektifnya ciptaan ini. Selain itu, dalam masa ujikaji ini, Tim menemukan bahawa pada hari-hari pertama orang cenderung memaksakan senyumannya, namun ketika memasuki hari kesepuluh orang mulai tersenyum secara natural.

Tim juga menyatakan bahawa ketika peti sejuk diletakkan di tempat kerja akan meningkatkan semangat dan produktiviti para pekerja. Sebagai contoh "Happines Counter" boleh diletakkan di bilik mesyuarat dan hanya mereka yang tersenyum boleh masuk.
 
Sumber   
      

Saturday, February 2, 2013

Rajin Memberus Gigi Boleh Elak Nyanyuk


LOS ANGELES: Orang yang suka menjaga gusi dan gigi mungkin kurang berisiko untuk mendapat penyakit nyanyuk, menurut kajian penyelidik Universiti California.

Mereka mendapati, wanita lanjut usia yang memberus gigi kurang sekali sehari menghadapi 65 peratus kemungkinan nyanyuk berbanding yang memberus tiga kali sehari.  Perkara itu didedahkan oleh ketua penyelidikan berkenaan, Annlia Paganini-Hill kepada akhbar Daily Mail.

“Kesihatan fikiran anda bukan hanya bergantung kepada amalan membersihkan mulut tetapi kebersihannya juga boleh menentukan sama ada anda mendapat penyakit itu,” katanya lagi.

Kajian itu yang disiarkan oleh Jurnal Persatuan Geriatrik Amerika mengesan kesihatan hampir 5,500 penduduk di kawasan kediaman pesara California mulai 1992 hingga 2010.
Selepas 18 tahun berlalu, 1,145 responden asal menunjukkan tanda menghidap nyanyuk.

Daripada 78 wanita yang memberus gigi kurang sekali sehari pada 1992, 21 mengalami nyanyuk pada 2010 atau satu kes setiap 3.7 wanita.   Sebagai perbandingan, di kalangan mereka yang memberus gigi sekurang-kurangnya sekali sehari, hampir seorang setiap 4.5 wanita menjadi nyanyuk atau 65 peratus berkemungkinan menghidapnya.

Pada masa sama, penyelidik turut menjelaskan bahawa mereka tidak bermaksud mengatakan masalah gigi boleh membawa kepada nyanyuk sebaliknya menyarankan perkara itu terus diselidik. 

Sumber

Friday, February 1, 2013

Perbezaan Antara Mentega Dan Margerin

Nak pilih mentega atau merjerin?  Kadang-kadang tak tau nak pilih yang mana satu, samada nak guna mentega/butter atau marjerin.  Bagi akak sumua sedap apatah lagi butter...betul tak? Biasanya kedua2nya digunakan sebagai sapuan roti dan sebagai bahan utama bagi membuat biskut, kek dan juga digunakan sebagai bahan masakan.

Margerin vs Mentega, manakah yang lebih bagus???  Baca artikel di bawah.

Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda (turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.

Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin dengan pelbagai perasa baru.
TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin dan mentega?


Kedua-duanya mempunyai jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin. Dengan memakan marjerin boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai.

Mentega lebih enak berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin pula. Ia sangat tinggi kandungan asid lemak Trans. Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus). Marjerin menaikkan risiko penyakit barah sebanyak lima kali ganda. Ia mengurangkan jumlah susu badan. Ia juga merendahkan respons pertahanan tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan.

Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan … INI IALAH BAHAGIAN YANG SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKUL untuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan anda mengelak dari memakan marjerin seumur hidup anda  dan setiap barangan yang melalui proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini:

Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh. Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut:

*tiada lalat yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya memberitahu sesuatu kepada anda)

*ianya tidak akan membusuk atau bertukar baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikro organisma juga tidak akan membiak atasnya. Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda meleburkan tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?

Sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...