Anda Suka???

Thursday, June 21, 2012

Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menjadi terpanjang di dunia

Jambatan Kedua Pulau Pinang ialah sebuah jambatan baru yang sedang berada pembinaan.  Ia menghubungkan Batu Kawan di Seberang Perai dan Batu Maung di Pulau Pinang.  Ia menjadi jambatan kedua yang menghubungkan tanah besar dan bahagian pulau selepas Jambatan Pulau Pinang yang sedia ada.  Jambatan ini menelan kos RM4.5 billion mempunyai panjang 24 km (15 batu) dan bakal menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara dan yang pertama menggunakan tekonologi mampu menyerap gegaran gempa.

 Fakta Menarik Jambatan Kedua Pulau Pinang
  • Usaha sama antara China Harbour Engineering Company Ltd dan UEM Builders Bhd, yang bermula pada 2008;
  • Mempunyai penahan gempa yang dikenali sebagai Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB) melalui penggunaan sistem pengasingan seismik yang berkesan berupaya melindungi struktur jambatan daripada kerosakan jika terjadi gempa bumi;
  • Mempunyai 4 lorong dengan 2 lorong motosikal akan dbina di atas jambatan ini;
  •  Panjang jambatan ini ialah 24 km (15 batu).  17 km (10 batu) daripada jambatan ini akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau dan Seberang Perai;
  • 1.5 km (1 batu) akan berada di kawasan Batu Maung, sementara 6 km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan;
  • Enam persimpangan lebuh raya akan dbina dalam projek ini;
  • Akan mempunyai dua platform yang meliputi kawasan perkhidmatan Rehat dan Rawat (R&R) di persimpangan tengah;
  • Ia direka seakan-akan memyerupai mutiara;
  • Kawasan rehat ini akan menjadi kawasan rehat lebuhraya terapung pertama di Malaysia;
  • Mencapai 65 peratus (Okt 2011) tahap kesiapan dan dijangka siap lebih awal garipada yang dijadualkan iaitu pada November 2013.
Lagi gambar pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang di SINI

Sumber: SINAR


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...