Ramai di antara kita yang gemar menggunakan minuman 3-in-1. Keadaan sekeliling juga mempengaruhi penggunaannya. Mudah dan cepat untuk menyediakan minuman sarapan pagi mahupun berada di pejabat. Tidak perlu menyediakan gula, susu, milo dan lain-lain. Hanya membeli paket 3-in-1 sudah memadai untuk menyediakan minuman anda. Terlambat untuk ke pejabat atau kuliah. Anda hanya menggunakan 3-in-1 dan sudah siap bersarapan dengan segera. Adakah anda sedar bahawa minuman 3-in-1 adalah bahaya.
Antara bahaya-bahayanya ialah :
- Mengandungi lebih tiga sudu teh dalam setiap pek.
- Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.
- Selain gula, krimer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
- Mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
- Mengandungi kalori sehingga 200 kalori dalam setiap pek yang sama dengan sepinggan nasi atau 2 keping roti.
- Jika diambil berlebihan (3 pek) boleh menyumbang kepada pertambahan berat badan. Dengan adanya packet 3-in-1. Rakyat Malaysia menjadi semakin mudah untuk membancuh air dan juga menjadi malas untuk menyediakan minuman seawal yang mungkin.
- Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca, tiba-tiba jantung /dada berdebar dengan laju. Apabila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh.
- Kerap merasakan kesakitan pada dada.
- Sering tercungap-cungap dan kadang-kala sewaktu sembahyang pun boleh tercungap-cungap.
- Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas, badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.
- Tapak tangan semakin basah.
- Elakkan daripada meminum Nescafe yang merosakkan buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua jenis krimer yang dibuat daripada selain susu (non-dairy creamer).
- Elakkan daripada mengambil coffee mate kerana ia adalah non-dairy creamer.
- Elakkan memakan ais-krim kerana ia mengandungi krimmer yang tinggi.
- Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer selain susu.
Sumber : Islam itu Suci
No comments:
Post a Comment