Anda Suka???

Thursday, June 9, 2011

Drama Tahajjud Cinta di TV3


Drama ini menggabungkan 19 pelakon berbakat di slot Zehra, sebanyak 13 episod, bakal menemui penonton bermula pada 8 Julai 2011, setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam, hanya di TV3.

Diterbitkan oleh Rumah Karya Citra dan diterajui oleh Eirma Fatima sebagai pengarah dan penulis skrip, TAHAJJUD CINTA mengisahkan pengorbanan dua orang wanita, Citra Maisara (Fazura) dan Seri (Fouziah Gous) dalam memperjuangkan kebenaran, hak asasi dan reputasi kaum hawa. Berasal dari dua latar belakang yang berbeza, Citra merupakan anak perempuan kepada pasangan suami isteri yang merupakan peneraju sebuah syarikat gergasi. 

Selama 5 tahun belajar di luar negara, ibu bapa Citra sama sekali tidak mengetahui bahawa anaknya yang dihantar ke London untuk mengikuti kursus Perundangan Sivil telah berhijrah secara rahsia ke Jordan untuk mendalami jurusan Perundangan Syariah. Di situ, Citra bertemu semula dengan kawan karibnya, Seri yang berkongsi cita-cita yang sama. 

Perjalanan hidup mereka mula dihujani dengan pelbagai dugaan dan tekanan hebat setelah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di Malaysia. Sekembali di Malaysia, ibu bapa Citra sangat terkejut dengan perubahan dan kelulusan yang diperolehinya. Begitu kecewa dengan tindakan Citra, ibu bapanya tidak merestui Citra yang berazam untuk meneruskan impiannya sebagai seorang peguam Syariah. 

Namun, segalanya berubah apabila kakaknya, Emelda (Tiz Zakiah) terseksa akibat keganasan yang dilakukan oleh suaminya (Heryanto). Melihat kesungguhan Citra membela Emelda daripada penindasan suaminya, ibu bapa Citra akhirnya merestui perjuangannya. 

Berlainan pula dengan nasib Seri, di mana dia terpaksa melupakan cita-citanya sebagai peguam Syariah. Di atas permintaan bapanya (Ahmad Tarmimi), Seri dipaksa bernikah dengan Ustaz Shauki (Eman Manan) yang selama ini telah membiayai pengajiannya Seri di luar negara. Malangnya, Seri menjadi mangsa deraan Ustaz Shauki yang sudah mempunyai 3 orang isteri (Eirma Fatima, Melissa Saila & Dira Abu Zahar). Seri juga terpaksa melupakan cintanya terhadap Solohudin (Remy Ishak), anak kepada Ustaz Shauki.

Situasi ini juga menghiris perasaan ketiga-tiga isteri Ustaz Shauki yang juga sangat cemburu terhadap Seri. Walaupun terseksa, demi keluarga Seri tetap tabah dan redha meneruskan hidup, jauh dari cita-citanya yang ingin berjaya sebagai seorang peguam Syariah. Akan tetapi, situasi bakal berubah apabila munculnya Armani (Neelofa). 

Pelakon: Remy Ishak (Solahudin), Fazura (Citra), Fouziah Gous (Seri), Shahz Jaszle (Azihan), Tan Sri Jins Shamsuddin (ayah Citra), Eman Manan (Ustaz Syauki), Norish Karman (Nora), Tiz Zaqyah (Emelda), Aaron Aziz (suami Nora), Melisa Saila (isteri ketiga), Ziela Jalil (isteri kedua), Erma Fatima (isteri pertama), Dira Abu Zahar (isteri keempat), Ahmad Tarmimi Siregar (ayah Seri), Fadilah Mansor Kak Chik (ibu Seri), Haryanto (Tengku Irfan), Neelofa (Armani), Azizah Mahzan (ibu Citra)



Sumber: Metro dan Tahajjud Cinta

1 comment:

Beeha B. said...

tak sabar nak tengok fazura..hee...

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...