Anda Suka???

Wednesday, September 29, 2010

Mata Wang Yang Paling Cantik Di Dunia

Mail By MHO

Mail By MHO
Mail By MHO
Mail By MHO
Mail By MHO
Mail By MHO
Mail By MHO
Mail By MHO
Mail By MHO
Mail By MHO
Mail By MHO
Mail By MHO
Mail By MHO







Monday, September 27, 2010

Info Taugeh


Khasiat taugeh nie pernah akak masukkan dalam n3 nie tapi akak dapat info nie daripada fb kawan akak cik kentoikusayang kentoi. Akak CnP jer....

Mesti ramai suka makan taugeh. nak pulak campur dlm char kuey teow.  hmmm rangup... tapi nak beli taugeh tu kene buat eksperimen dulu la.  beli sket, jgn makan dulu sebaliknya simpan dulu utk 3 hari. pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. dan kalau boleh jgn beli taugeh yg kaler putih berseri tu.  kepututsan yg mungkin boleh didapati...

lepas 3 hari bau taugeh tu hanching semacam.  bermakna taugeh tu disiram dgn urine aka air kencing. dan air urine tu la jugak menyebabkan kaler putih berseri.  kalau nak tau taugeh keluaran bumiputera senang aje.  kaler dia mcm kekuningan sket dan cepat layu serta kurang rangup, sebabnya langsung tak guna urine sebagai baja.

ni info dari pegawai opis aku yg pernah buat lawatan ke pusat2 penanaman taugeh  dibeberapa negeri tertentu yg diusahakan oleh cha ya nun alip. siap terjumpa satu bilik khas simpan air kencing utk disiram pada pokok2 taugeh tu.

dan kenapa taugeh jodik mangsa? sebabnya taugeh ni jenis pokok menyimpan air siraman bulat2 terus dlm batangnya.  tak spt sayuran lain iaitu sayuran2 berdaun hijau yg mengalami fotosintesis  semasa proses penyerapan baja atau dgn erti kata lainnya air siraman masuk ke tanah dulu barulah akar menyerap dan proses fotosintesis berjalan utk penyerapan zat2
dari baja.

tak mcm taugeh dia serap terus ape yg kita siram sebab pertumbuhan tumbesaran bukan secara fotosintesis. tu sbbnya kalau simpan dlm masa 3 hari bau dia wangiiiiiii semacham...

so bagitau la kat sedara mara, kengkawan pasal nak mengenal taugeh2 hanching dgn taugeh2 bumiputera. Wahai, sahabat-sahabatku & saudara-saudaraku... baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah... semoga kita mendapat keberkatan dariNYA bersama2.. insyallah..

By: Rizal Rosli Putra


(tak taw gak sejauh mana kesahihan info ni... .maybe kalau ada  sesapa tau or tau lebih pengetahuan mengenai info ni plz share ....)



Wednesday, September 15, 2010

Akan Datang Slot AKASIA : Chinta (6.30 ptg - 7.30 malam di TV3)


Drama Chinta akan menggantikan Epilog Syurga Chinta  bakal menemui penonton pada hujung September  ini menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.

Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.

Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.

Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).


Sumber: myMetro

Sunday, September 5, 2010

Riview Filem Melayu September Ini

Kali nie nak share review filem yang bakal ditayangkan pada  September 2010 ini sempena Hari Raya Aidil Fitri.  Meh baca sinopsis filem nie yang akak cedok kat  Sinema Malaysia.

4 MADU
Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus. 

Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.

Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.

Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan? Apakah syarat-syarat yang seterusnya? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka..? 
Filem ini arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen (Grand Brillanced Sdn. Bhd) antara pelakonnya adalah adalah Saiful Apek, Fasha Sandha, Sazzy Falak, Rozita Che Wan, Almy Nadia, Rosnah Mat Aris, Bienda, Marsha Milan Londoh, ato' Haji Rahim Razali, Latif Ibrahim, Mohd Fari Wari dan Yusmal Ghazali.  Bakal ditayangkan pada 9 September 2010.
 
SENARIO ASAM GARAM
Bermula dengan kejadian Asam dan pembantunya Garam cuba mensabotaj warung Cik Hawa/pejabat Pak Adam. tetapi usaha mereka gagal kerana kebodohan sendiri. Asam dan Garam memang sakit hati dengan Pak Adam kerana Pak Adam adalah seorang kontraktor yang jujur dan disukai oleh Cik Hawa. Pak Adam, Asam dan Garam tinggal di sebuah kampung dan menjalankan perniagaan pembinaan. Di kampung itu juga tinggal seorang janda bernama Cik Hawa yang berniaga warung kopi bersama anaknya Amin (10 tahun). Pergaduhan mereka lebih hebat apabila pihak sekolah kampung mereka mengumumkan tender baru dan meminta semua kontraktor menghantar proposal. Pelbagai usaha dilakukan Asam dan garam bagi menggagalkan proposal Pak Adam. 

Pak Adam adalah seorang yang jujur dan sering mendapat projek kerana kualiti kerja yang bagus. Asam dan Garam juga cuba merasuah pihak sekolah agar mengambil syarikat mereka. Jalan terakhir yang dilakukan Asam dan Garam adalah dengan mnculik Cik Hawa dan mengugut Pak Adam memberikan tender tersebut kepada mereka. Asam dan Garam menculik Hawa sebenarnya kerana Hawa menolak pinangan Asam dan mendapat tahu Hawa akan bertunang dengan Pak Adam. Pak Adam mendapat tahu hal tersebut berusahah sedaya upaya menyelamatkan Cik Hawa yang akhirnya terselamat kerana kebodohan Asam dan Garam sendiri serta bantuan Amin dengan gadjetnya. Asam dan Garam akhirnya ditangkap pihak polis kerana selalu menipu dalam projek yang dilakukan syarika mereka dan terlibat dalam rasuah.  Pak Adam dan Cik Hawa akhirnya selamat ditunangkan.

Filem ini arahan Hatta Azad Khan, penerbit David Teo dan antara pelakonnya Mazlan Pet Pet, Zaibo, Julia Hana, Azlee Senario, Fimie Don, Nadia Mustafa, Syanie dan Angeline Tan.  Akan ditayang pada 9 September 2010.  



MAGIKA
Ayu and Malik, two sibblings is going through their darkest moments of life when their beloved mother just passed away. Malik feels so depressed believing he was the main cause of his mother’s death. During one of the evenings after a fight with his sister, Malik left to take a stroll in the forest. On and on he went until he realised he was lost and the next very moment, he appeared in another dimension called Magika.

Not only had he gotten himself lost, he was captured by a Nenek Kebayan and her follower, Awang Kenit. He is now subjected to be used as an experiment by the Nenek Kebayan to produce Essence of Youth made of human child’s tears. Upon hearing Malik’s cries for help, Ayu rushed to help her brother and she too is sucked in the Magika mystical land.

Ayu had to endure various types of challenges and obstacles in finding and to save her brother in her journey in the Magika world. And so begins the encounters of both the siblings with famous Malay heroes and myths like Badang, Dragon of Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Hang Tuah and the Warriors of Melaka, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih and a lot more characters. The irony of it, all these characters actually sing in their conversation with each other!

Will Ayu be able to rescue Malik and leave the mystical land of Magika? What happens to Badang, Nenek Kebayan and other characters in Magika? Will Malik be able to overcome his dilemma over his mother’s death? 

Filem cereka ini arahan Edry Kru di bawah Syarikat KRU Studio Sdn. Bhd dan antara pelakonnya Diana Danielle, Mawi, Fimie Don, Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, M.Nasir, Raja Azura, Norman KRU, Yusry KRU, Aznil Hj. Nawawi, Ogy Ahmad Daud, Dato' Jalalluddin Hassan, Sharifah Amani, Leya, Adibah Nor, Ruminah Sidek, Sabri Yunus, Saiful Apek, Mazlan Pet Pet, Azlee Senario, Hamdan Ramli, Illya Buang, Vanidah Imran dan Norman Hakim.  Filem ini juga telah dicalonkan untuk Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) kateogori Filem Terbaik dan akan ditayangkan pada 23 September ini.


Sumber : Sinema Malaysia




Friday, September 3, 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Abang

Hari nie 3 September 2010 genaplah umur anak sulung kak berumur 21 tahun. Cepat betul masa berlalu. Wah... dah boleh mengundi nie...

Selamat Menyambut Ulangtahun ya abang. Masih lagi kat UPM insyaAllah hari senin nie sampailah abang ke kampung.  Dah siap packing ke bang???
Gambaq abang dolu-dolu 
 pic blur maklum la pic lama


sirius ja pic nie (x kan tensi kot bang)
abang ngan adk yana


Gambaq abang la nie


Thursday, September 2, 2010

Kes Buang Bayi Di Seksyen 13, Shah Alam

Terbaru kes buang bayi dilaporkan di Seksyen 13, Shah Alam pada 29 Ogos 2010 di mana seorang bayi lelaki ditemui oleh orang awam dalam sebuah beg kertas dengan badannya dibaluti kain batik berhampiran lampu isyarat simpang 3 sebelah pangsapuri Brunsfield Riverview dan Stadium Shah Alam di dalam sebuah beg yang tergantung di papan tanda "Beri Laluan" kira-kira jam 5.30 petang .  Bayi yang dijumpai ini masih lengkap bertali pusat dan berdarah dipercayai baru dilahirkan antara 1 - 2 jam lepas.  

Lihatlah betapa zalimnya manusia yang sanggup membuat perkara seperti ini.   Akak dapat gambar ini daripada email yang dihantar oleh adik ipar akak..









 Betapa comelnya bayi ini.  Umurnya masih panjangAnak adalah anugerah dan amanah Allah kepada kita, jadi jagalah ia sebaik-baiknya.



Sumber : Email


Wednesday, September 1, 2010

Grudge:The Revolt of Gumiho


Kali nie layan ceta korea lak. Akak memang minat ceta korea   tapi kalau kat 8tv tu x puashati betol la coz ceta  dialih bahasa ke bahasa cina.  Kalau dikekalkan bahasa korea kan best (walaupun x faham sepatah haram pn). Apa2 pun drama nie menarik minat akak untuk godek kat makcik google macamana  cetanya. Akhirnya jumpa. Ok nie la sinopsisnya.


Cerita mengisahkan mengenai Gumiho, musang berekor sembilan yang memiliki bentuk pengalihan kemampuan Gumiho nie bertahan selama 10 tahun dalam perkahwinannya semata-mata nak jadi manusia tetapi suami dia melanggar perjanjian malam sebelum ulangtahun ke-10 perkahwinan mereka.  Merasa diri dikhianati, Gumiho membawa lari anak perempuannya iaitu Yeon yang berumur 9 tahun dan mewarisi kelebihan sepertinya  (Gumiho) dan akan keseluruhannya bertukar semasa ulangtahun ke-10.


Walaupun Gumiho tidak boleh berjaya pada menjadi seorang manusia, dia mahu satu kehidupan bahagia dengan anak perempuannya. Bagaimanapun , impiannya musnah apabila Yeon dibunuh dengan kejam (klu x silap Yeon x mati). Bermulalah dendam Gumiho ceta selanjutnya tengok je kat KBSW 303 hari Isnin dan Selasa jam 9.00 - 10.00 malam dalam 16 episod jer...

Sumber : dramawki dan koreamovie
 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...