Anda Suka???

Sunday, September 5, 2010

Riview Filem Melayu September Ini

Kali nie nak share review filem yang bakal ditayangkan pada  September 2010 ini sempena Hari Raya Aidil Fitri.  Meh baca sinopsis filem nie yang akak cedok kat  Sinema Malaysia.

4 MADU
Kisah bermula apabila Azlan, Seorang pekerja biasa di sebuah chalet, menerima sepucuk surat memintanya untuk hadir ke pejabat guaman di Kuala Lumpur. Walaupun musykil, Azlan nekad pergi ke pejabat guaman itu bersama temanya, Firdaus. 

Setibanya disana, Azlan diperkenalkan dengan adik tirinya, Azrul, buat pertama kalinya. Mereka berdua memang terlalu berbeza kerana Azrul seorang ahli perniagaan yang berjaya. Di pejabat guaman tersebut, En. Zahrin Ishak, membacakan wasiat yang telah ditinggalkan oleh arwah ayah mereka. Harta-harta wasiat tersebut yang bernilai RM 50 Juta itu akan menjadi hak milik mereka sekiranya mereka dapat memenuhi syarat-syarat wasiat tersebut.

Setelah kedua-duanya setuju, peguam tersebut telah membacakan wasiat pertama iaitu, mereka harus mecari isteri dalam tempoh 3 minggu serta calon isteri itu mestilah anak yatim piatu. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, mereka pun menandatangani kontrak yang terlibat serta diberikan wang sebanyak RM 10 Ribu. Setelah memenuhi syarat-syarat pertama, mereka pun terbayang RM 50 Juta yang akan mereka perolehi. Keesokan harinya, Azlan dan Azrul bersama isteri masing-masing sudah pun terpacak di pejabat peguam untuk menuntut harta mereka.

Ternyata, angan-angan mereka untuk menjadi OKB meleset. Kini tiba masanya untuk syarat yang kedua, iaitu, mereka perlu memperisterikan wanita yang buta. Dapatkah mereka memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan? Apakah syarat-syarat yang seterusnya? Dan apakah kesudahan Azlan, Azrul dan isteri-isteri mereka..? 
Filem ini arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen (Grand Brillanced Sdn. Bhd) antara pelakonnya adalah adalah Saiful Apek, Fasha Sandha, Sazzy Falak, Rozita Che Wan, Almy Nadia, Rosnah Mat Aris, Bienda, Marsha Milan Londoh, ato' Haji Rahim Razali, Latif Ibrahim, Mohd Fari Wari dan Yusmal Ghazali.  Bakal ditayangkan pada 9 September 2010.
 
SENARIO ASAM GARAM
Bermula dengan kejadian Asam dan pembantunya Garam cuba mensabotaj warung Cik Hawa/pejabat Pak Adam. tetapi usaha mereka gagal kerana kebodohan sendiri. Asam dan Garam memang sakit hati dengan Pak Adam kerana Pak Adam adalah seorang kontraktor yang jujur dan disukai oleh Cik Hawa. Pak Adam, Asam dan Garam tinggal di sebuah kampung dan menjalankan perniagaan pembinaan. Di kampung itu juga tinggal seorang janda bernama Cik Hawa yang berniaga warung kopi bersama anaknya Amin (10 tahun). Pergaduhan mereka lebih hebat apabila pihak sekolah kampung mereka mengumumkan tender baru dan meminta semua kontraktor menghantar proposal. Pelbagai usaha dilakukan Asam dan garam bagi menggagalkan proposal Pak Adam. 

Pak Adam adalah seorang yang jujur dan sering mendapat projek kerana kualiti kerja yang bagus. Asam dan Garam juga cuba merasuah pihak sekolah agar mengambil syarikat mereka. Jalan terakhir yang dilakukan Asam dan Garam adalah dengan mnculik Cik Hawa dan mengugut Pak Adam memberikan tender tersebut kepada mereka. Asam dan Garam menculik Hawa sebenarnya kerana Hawa menolak pinangan Asam dan mendapat tahu Hawa akan bertunang dengan Pak Adam. Pak Adam mendapat tahu hal tersebut berusahah sedaya upaya menyelamatkan Cik Hawa yang akhirnya terselamat kerana kebodohan Asam dan Garam sendiri serta bantuan Amin dengan gadjetnya. Asam dan Garam akhirnya ditangkap pihak polis kerana selalu menipu dalam projek yang dilakukan syarika mereka dan terlibat dalam rasuah.  Pak Adam dan Cik Hawa akhirnya selamat ditunangkan.

Filem ini arahan Hatta Azad Khan, penerbit David Teo dan antara pelakonnya Mazlan Pet Pet, Zaibo, Julia Hana, Azlee Senario, Fimie Don, Nadia Mustafa, Syanie dan Angeline Tan.  Akan ditayang pada 9 September 2010.  



MAGIKA
Ayu and Malik, two sibblings is going through their darkest moments of life when their beloved mother just passed away. Malik feels so depressed believing he was the main cause of his mother’s death. During one of the evenings after a fight with his sister, Malik left to take a stroll in the forest. On and on he went until he realised he was lost and the next very moment, he appeared in another dimension called Magika.

Not only had he gotten himself lost, he was captured by a Nenek Kebayan and her follower, Awang Kenit. He is now subjected to be used as an experiment by the Nenek Kebayan to produce Essence of Youth made of human child’s tears. Upon hearing Malik’s cries for help, Ayu rushed to help her brother and she too is sucked in the Magika mystical land.

Ayu had to endure various types of challenges and obstacles in finding and to save her brother in her journey in the Magika world. And so begins the encounters of both the siblings with famous Malay heroes and myths like Badang, Dragon of Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Pak Pandir, Hang Tuah and the Warriors of Melaka, Puteri Gunung Ledang, Bawang Putih and a lot more characters. The irony of it, all these characters actually sing in their conversation with each other!

Will Ayu be able to rescue Malik and leave the mystical land of Magika? What happens to Badang, Nenek Kebayan and other characters in Magika? Will Malik be able to overcome his dilemma over his mother’s death? 

Filem cereka ini arahan Edry Kru di bawah Syarikat KRU Studio Sdn. Bhd dan antara pelakonnya Diana Danielle, Mawi, Fimie Don, Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, M.Nasir, Raja Azura, Norman KRU, Yusry KRU, Aznil Hj. Nawawi, Ogy Ahmad Daud, Dato' Jalalluddin Hassan, Sharifah Amani, Leya, Adibah Nor, Ruminah Sidek, Sabri Yunus, Saiful Apek, Mazlan Pet Pet, Azlee Senario, Hamdan Ramli, Illya Buang, Vanidah Imran dan Norman Hakim.  Filem ini juga telah dicalonkan untuk Festival Filem Malaysia Ke 23 (2010) kateogori Filem Terbaik dan akan ditayangkan pada 23 September ini.


Sumber : Sinema Malaysia




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...