Anda Suka???

Friday, May 20, 2011

Bonda Mengidap Kanser

Waduh sudah lama x mengupdet blog. Masih ada ke yang sudi singgah ke belog akak nie... (ade ker...) Bizi, kesihatan akak pula tak mengizinkan mentelah berulang alik daripada Hospital Sultanah Bahiyah kerana bonda akak telah dimasukkan ke wad kerana mengidap kanser dan menjalani pembedahan. 

Kesian bonda, sebelum menjalani pembedahan bonda akak terpakasa menjalani ujian kolonskopi sebanyak 2 kali kemudian endoskopi pula. Selesai ujian endoskopi tu kena buat ujian ct scan.   Selepas mendapat semua keputusan tu barulah dimasukkan ke wad pada 3 Mei yang lalu.  Di dalam wad pula bermacam-macam ujian pula sebelum pembedahan.

Pembedahan dijadualkan pada 11 Mei jam 2.00 petang. Tunggu punya tunggu pembedahan ditangguhkan kerana pesakit sebelum bonda mengalami komplikasi.  Di wad ramai yang membaca yassin untuk bonda agar semuanya selamat dan berjalan lancar.  

Doktor  bagi tarikh baru untuk pembedahan iaitu pada 15 Mei 2011.  Jam 9.30 pagi bonda akak dibawa masuk ke dewan bedah.  Masa terus berlalu, akak dan famili yang lain resah menunggu di luar dewan.   Tiba-tiba doktor memanggil akak dan adik untuk memberitahu perjalanan pembedahan bonda akak.   Lega rasanya bila dapat penerangan daripada doktor kanser di bahagian ovari telah selesai di bedah dan sebahagian perut bonda akak turut dibuang kerana kanser.   Cuma tinggal bahagian usus yang belum selesai.

8.30 malam baru bonda akak di bawa keluar daripada dewan bedah dan terus di bawa di CMR (Close Monitor Room).  Pukul 10.00 malam barulah boleh tengok keadaan bonda akak, tupun hanya dua orang yang dibenarkan masuk.  Keesokannya sekali lagi doktor menerangkan apa yang telah dibedah.  Rupanya barah telah merebak merata di badan bonda.  Kedua-dua ovari dibuang, sebahagian perut turut dibuang dan ada juga di kawasan apendiks.  Usus bonda pula dipotong dan disambung semula.  Syukur bonda tak perlu memakai beg (stoma).   Dua malam bonda dimonitor di bilik tu sebelum di bawa masuk ke wad.

Sehingga hari ini bonda akak masih berpuasa dan tidak dibenarkan makan.  Hanya minum sahaja.   InsyaAllah esok tiub diperut bonda akak akan dibuka dan boleh mula makan makanan yang lembut.  Semoga bonda akak akan terus tabah menghadapi penyakit ini kerana selepas ini bonda perlu menjalani kimoterapi pula.   


 

2 comments:

Fathiah Hamim said...

boleh tau, kanser serviks ke?
semoga bonda akak sembuh semula :)

Aleen Aiden said...

kesiannya..semoga mak akak baik2 je.semoga cepat sembuh,semoga die tabah menjalani dugaan.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...