Sedar x sedar dah tahun 2010. Cepat sungguh masa berlalu. Usia makin meningkat dan anak-anak makin membesar. Ketinggalan sungguh akak nie.. rupanya awal pagi tadi ada gerhana bulan. Itupun pagi nie anak bujang akak yang bagi tau... (Paper beli hari-hari tapi x tau la apa yang dibaca ..) Rugi rasanya tak dapat melihat keajaiban tuhan. Tapi jangan bimbang dengan kecanggihan dunia sekarang akak dapat juga info gerhana nie. Ini antara infonya.. akak kopipes je... minta izin ye....
Pada awal pagi 1 Jan 2010 ini, bulan telah mengalami proses gerhana sekali lagi. Kali ini ia merupakan gerhana bulan separa sahaja. Kemuncaknya akan berlaku pada jam 3.24 pagi waktu Malaysia.
Sebanyak 8 peratus daripada bulan sahaja akan berada di dalam bayang-bayang umbra. Namun, ia cukup menarik untuk dicerap kerana bulan penuh akan kelihatan sompek sedikit di awal-awal pagi tahun baru masehi.Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahuhn. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun!
Bagi membolehkan orang ramai membuat pencerapan, Agensi Angkasa Negara dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Falak Syarie Malaysia dan Majlis Mufti Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyediakan sebanyak 10 teleskop untuk mereka melihat fenomena itu secara lebih jelas. Pengarah Pendidikan dan Sains Angkasa Azreena Ahmad berkata bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan kejadian itu, mereka boleh menonton siaran ulangan fenomena gerhana bulan separa itu menerusi laman web www.angkasa.gov.my. Beliau berkata kejadian gerhana bulan boleh berlaku sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun. Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama, bulan melintasi bayang bumi.
Bermula dengan fasa penumbra iaitu bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia, kejadian itu bagaimanapun belum menampakkan kesan gerhana memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap selain faktor keadaan langit berawan. Gerhana, yang dijangkakan jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu bahagian bayang sangat gelap, yang turut digelar fasa gerhana separa pada pukul 2.53 pagi juga tidak dapat dilihat.
Bagaimanapun, orang ramai daripada pelbagai kaum setia menunggu untuk melihat fenomena itu sejak 9 malam, tidak hampa dan sanggup beratur panjang untuk menggunakan teleskop melihat gerhana bulan penuh (maksimum) yang mula kelihatan pada pukul 3.24 pagi. Keadaan gerhana bulan penuh itu bagaimanapun hanya berlaku selama 29 minit sebelum bulan dilihat mula keluar daripada bayangan umbra bumi pada pukul 3.53 pagi. Gerhana dijangkakan terus berlaku sehingga 5.28 pagi namun fenomena itu tidak dapat disaksikan dengan mata kasar pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap. Selain fenomena gerhana bulan separa, orang ramai juga berpeluang melihat kemunculan planet Marikh dan Zuhal menerusi teleskop yang disediakan. Pada 2.30 pagi, umat Islam turut menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu. Gerhana bulan separa juga dapat disaksikan di seluruh Asia dan Afrika.
Pada 15 Jan ini, fenomena gerhana matahari dijangka berlaku.
Sumber : Falakonline , BERNAMA
Kali ni berbaloi ke Melaka !
1 day ago
1 comment:
Salam perkenalan dari mama.Mama dpt ni dari Blog CL.Hari tu pegi tak gathering CL?
Dtglah kat blog mama...oh ye..mama jumpa tajuk yg sama asam garam milik sonata anak kancil..kebetulankan..Nanti mama explore
Post a Comment