Anda Suka???

Tuesday, March 8, 2011

Hari Wanita Sedunia 2011

Hari ini, 8 Mac 2011 adalah Hari Wanita Sedunia yang ke-100 tahun. Tema Hari Wanita Sedunia untuk Tahun 2011 ialah "Kesamarataan Peluang Terhadap Pelajaran, Latihan, Sains dan Teknologi : Laluan Kerjaya Terpuji Untuk Wanita".  

Kenapa Hari Wanita Sedunia diraikan?  Ianya adalah simbolik kepada wanita seluruh dunia yang berjuang untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam hidup wanita.

Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 Mac 1857. Pada tarikh ini satu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus wanita yang menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 , Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 Mac sebagai sebagai Hari Wanita Sedunia.

Matlamat

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat penting kepada wanita yang bekerjaya. (Sumber: SINI)

Layan lagu daripada Sheila Majid - Wanita


1 comment:

{ finieViolet} said...

happy belated women's day... tp hari2 pun mmg hari wanita kan..tanpa wanita tak ceria dunia ini..maybe xde lahirnya manusia..bumi akan kosong.. Allah Maha Besar, Maha Agung..

dah follow yer..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...