Bacalah
ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan
ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan
juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.
Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum
anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah
rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah.. Berilah salam
kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana
salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam ,
seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.
Tetapi
bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di
akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu..
Ketika Sakit
Sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk
di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para
malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul
mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby.
Khatam al-Quran
Rasulullah
SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara
kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada
seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu
cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina
Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang
kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas
Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab
dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah
Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran.
Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Pahala Membacanya
Berkata
Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah
300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas
dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat
80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah
mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan
kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang
yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda
Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s,
Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam
yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan
ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
No comments:
Post a Comment