Hari ini, 8 Mac 2011 adalah Hari Wanita Sedunia yang ke-100 tahun. Tema
Hari Wanita Sedunia untuk Tahun 2011 ialah
"Kesamarataan Peluang Terhadap Pelajaran, Latihan, Sains dan Teknologi
: Laluan Kerjaya Terpuji Untuk Wanita".
Kenapa Hari Wanita Sedunia diraikan? Ianya adalah simbolik kepada wanita seluruh dunia yang berjuang untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam hidup wanita.
Peristiwa itu berlaku 143 tahun yang lalu, 8 Mac 1857. Pada tarikh ini
satu mogok besar-besaran telah diadakan oleh beratus wanita yang
menjadi buruh di kilang kain dan pakaian di New York. Mereka
melancarkan mogok kerana menentang kezaliman majikan dan masyarakat
kapitalis yang mengekploitasi keringat dan tenaga dengan bayaran gaji
yang amat rendah, masa kerja yang panjang serta keadaan suasana tempat
kerja yang tidak berperi kemanusiaan. Lima puluh tahun kemudian di
bulan Ogos 1910, Persatuan Wanita Sosialis Antarabangsa telah memilih
tarih ini sebagai hari sambutan wanita sedunia. Pada tahun 1975 ,
Bangsa bangsa bersatu mula merayakan 8 Mac sebagai sebagai Hari Wanita Sedunia.
Matlamat
Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada
dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan keputusan. Wanita
bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada
masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.
Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami
mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan
perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya.Ibu yang
bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang
ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.Tambahan pula, kos menghantar anak
ke pusat jagaan atau didikan awal yang menawarkan perkhidmatan atau
kemahiran tambahan agak tinggi. Umumnya, perkhidmatan jagaan anak
mahupun didikan awal kanak-kanak yang berkualiti merupakan prasyarat
penting kepada wanita yang bekerjaya. (Sumber: SINI)
Layan lagu daripada Sheila Majid - Wanita
1 comment:
happy belated women's day... tp hari2 pun mmg hari wanita kan..tanpa wanita tak ceria dunia ini..maybe xde lahirnya manusia..bumi akan kosong.. Allah Maha Besar, Maha Agung..
dah follow yer..
Post a Comment