Aaron kembali bergandingan dengan Siti Saleha selepas drama Nora Elena yang mencetuskan fenomena dan Habil dan Qabil yang telah ditayangkan di tv3. Aaron Aziz buat pertama kalinya, mengarahkan sebuah telefilem khas buat Media Prima dan ianya juga merupakan arahan pertamanya di Malaysia menerusi Aaron Aziz Productions Sdn Bhd. Skrip telefilem ini pula ditulis isterinya, Dayana Halik.
Sinopsis Telefilem
‘Kekasih Awal dan Akhir’ ini menceritakan tentang Awal, lakonan Aaron Aziz, merupakan seorang pelajar Universiti dan mempunyai perwatakan yang kacak serta bergaya. Perwatakannya itu membuatkan ramai gadis terpikat dengan dirinya. Di Universiti, Awal mempunyai seorang sahabat karib iaitu Julia (Fauziah Ghous). Keakraban mereka membuatkan Julia menaruh hati terhadap Awal. Namun, Awal tidak pernah menganggap Julia lebih daripada sahabat.
Kedua mereka begitu aktif dan masing-masing telah mengambil bahagian menjadi sukarelawan untuk satu kempen. Di situ, Awal berkenalan dengan Akhirah, yang dilakonkan oleh Siti Saleha. Apabila Julia mendapat tahu, dia terus meluahkan perasaan terhadap Awal, namun cintanya ditolak. Julia kecewa dan membawa diri.
Awal mendekatkan diri dengan Akhirah dan sayangnya terhadap Akhirah bertambah apabila mendapat tahu Akhirah tiada ibu dan bapa. Awal nekad untuk mengahwini Akhirah, namun malangnya ketika Akhirah
mengandung tiga bulan, dia terbabit dalam kemalangan menyebabkan dirinya
lumpuh seluruh badan. Demi kebahagiaan suami dan mengenangkan
keadaannya yang lumpuh, Akhirah meminta awal mengahwini Julia. tetapi
selepas berkahwin, Julia amat cemburu dengan Akhirah yang sering menjadi
perhatian Awal dan bermulalah detik hitam buat Akhirah dan anaknya.
Akan ditayangkan pada 9 November 2011 di saluran TV9 pada jam 8.30 malam. Meh kita tonton ghamai-ghamai..
Sumber : Berita Harian
No comments:
Post a Comment